in , ,

Peraduan Premiere With Budiey Menonton Filem BIKERS KENTAL 2

Budiey ada 30 pass untuk korang menonton filem BIKERS KENTAL 2 di Sunway Velocity Mall.pada 5 Mac 2019 (Hari Selasa). Jadi, kepada anda yang mahu tiket, boleh sertai peraduan ini sekarang!

Hai semua pembaca setia…. buat korang semua kaki wayang sekalian, Budiey.com dengan kerjasama TGV Pictures akan menganjurkan sebuah tayangan Premiere With Budiey mengajak anda untuk menonton sebuah filem komedi berjudul BIKERS KENTAL 2 yang diadakan di Sunway Velocity Mall.

Poster BIKERS KENTAL 2
3

Filem ini adalah filem pertama terbitan syarikat produksi MRB Network Sdn Bhd, dengan kerjasama Califworks Studio Sdn Bhd dan TGV Pictures Sdn Bhd, menggabungkan elemen-elemen di dalam dunia permotoran di Malaysia. Ia turut mengetengahkan kemesraan masyarakat Thai, keindahan budaya serta destinasi-destinasi menarik di sekitar Thailand seperti di Phuket dan Hatyai.

MEET THE CAST!

Jom bertemu dengan pelakon-pelakon utama yang membintangi filem BIKERS KENTAL 2 iaitu Zizan Razak, Datuk Afdlin Shauki, Awie dan ramai lagi di Malam Premiere filem ini di Sunway Velocity Mall, Vanity Atrium, Ground Flour.

Budiey dengar, penyanyi Faizal Tahir dan Akim Ahmad turut hadir untuk memeriahkan suasana dengan mendendangkan sebuah lagu tema dari filem ini.

Filem BIKERS KENTAL 2

Sinopsis Filem BIKERS KENTAL 2

Diarahkan oleh pengarah filem terkenal Mohd Helmi Mohd Yusof yang pernah mengarahkan Bikers Kental dan Bopeng filem ini mengisahkan tentang watak lucu lakonan Zizan Razak iaitu Bidin Al-Zaifa yang mahu melamar kekasih lamanya Cherry Porntit (lakonan Meau Julallangtip) yang berasal dari Thailand.

Hasratnya itu bagaimanapun dihalang oleh seorang samseng yang kejam, Albuqueq (lakonan Amerul Affendi) dan abang kandung Cherry yang juga seorang juara Muay Thai, Ananda (lakonan Pont Cranium).

Turut membintangi filem ini ialah Dato’ Awie yang mainkan watak Eddie cuardo dan Datuk Afdlin Shauki sebagai Aidid, seorang pencinta makanan yang obses tentang hal-hal perkahwinan.

Apakah kesudahannya, korang kena tonton di pawagam ya.

Budiey ada 30 pass untuk korang menonton filem yang padat dengan aksi lawak dan permotoran ini di Sunway Velocity Mall pada 5 Mac 2019 (Hari Selasa).

Apa tunggu lagi, usah tunggu-tunggu lama lagi ya untuk mendapatkan tiket bagi menonton filem ini nanti.

Kepada yang tak berkesempatan menonton di tayangan premiere, apa kata korang nantikan sahaja filem ini yang akan berada di pawagam mulai 14 Mac 2019, okay?

Jika masih tertanya-tanya tentang filem ini, apa kata anda semua menonton trailer BIKERS KENTAL 2 yang telah diriliskan di Youtube:

Apa pendapat anda dengan trailer ni? Menarik tak?

Untuk kalian yang menyukai filem ini, tunggu apa lagi… sertai peraduan ini dan dapatkan tiket anda!

Yang seronoknya, anda yang hadir dan yang menang khususnya berpeluang untuk beramah mesra dengan pelakon dan pengarah filem ini.

Jom bertemu dengan pelakon-pelakon utama yang membintangi filem BIKERS KENTAL 2 iaitu Zizan Razak, Datuk Afdlin Shauki, Awie dan ramai lagi di Malam Premiere filem ini. Budiey dengar, penyanyi Faizal Tahir dan Akim Ahmad turut hadir untuk memeriahkan suasana dengan mendendangkan sebuah lagu tema dari filem ini.

Peraduan Premiere With Budiey Menonton BIKERS KENTAL 2

Sensasi Selebriti dengan kerjasama TGV Pictures ingin menghadiahkan 30 tiket untuk Budieyators dan pembaca setia Budiey.com menonton dan boleh menghadirkan diri di tayangan yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:
5 Mac 2019 (Hari Selasa)

Masa Pendaftaran:
7.00 malam (Vanity Atrium, Ground Floor)

Tayangan Filem:
8.45 malam

Tempat:
TGV Sunway Velocity Mall

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere BIKERS KENTAL 2– Budiey.com. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Sila gunakan hashtag ini: #PremiereWithBudiey #BikersKental2

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/TGVPictures & www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: @budiey Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey #BikersKental2 kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan dua pelakon utama filem BIKERS KENTAL 2

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu hadir di Tayangan BIKERS KENTAL 2– Sensasi Selebriti kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Tayangan Filem BIKERS KENTAL 2

Tarikh tutup peraduan:

4 Mac 2019

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada TGV Pictures dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 14 Mac 2019 di seluruh pawagam berdekatan anda.

Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/TGVPictures dan jangan lupa langgan atau subscribe Youtube Channel TGV Pictures: www.youtube.com/TGVCinemas

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Selesai Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Menu Sihat dan Ringkas Dalam Program ELLIE’S REAL GOOD FOOD

Ameer Forteen Selamat Nikah Dengan Siti Nurnaja’a