in

Menu Sihat dan Ringkas Dalam Program ELLIE’S REAL GOOD FOOD

Menu sihat yang mudah disediakan. Perkongsian ini pastinya amat berguna kepada golongan ibu mahu pun bapa dalam usaha menyediakan hidangan menu yang terbaik untuk anak-anak dan keluarga masaing-masing.

Apatah lagi bahan yang diperlukan untuk resipi yang dikongsikan mudah didapati. Paling mengujakan pastinya masa penyediaannya yang singkat dan cepat.

Bersama-sama Ellie Krieger, seorang pakar pemakanan dari Amerika Syarikat yang juga seorang pengarang dan penulis beberapa buku tentang pemakanan sihat dalam13 episodprogram majalah Inggeris,“Ellie’s Real Good Food”yang disiarkan mulai 2 Mac lalu, setiap Sabtu, pukul 11.00 pagi di TV Okey (Astro 109). 

Program Ellies Real Good Food

Ikuti tajuk “Busy Mom Seeks…Help”dimana Ellie menjemput Beth, seorang ibu tunggal kepada seorang remaja lelaki dan juga seorang jururawat ke studio beliau untuk membantu menyediakan makanan yang sihat dan lazat dalam masa yang singkat. Seterusnya, Ellie bersama Beth, menyediakan beberapa jenis makanan yang mudah disediakan dan yang boleh disimpan didalam peti sejuk selama seminggu. Antara menu disediakan antaranya Blueberry-ChiaOvernight Oats, Turkey Stuffed Pizza Pockets dan Cajun Shrimp in Foil.

Episod “Say Yes To Chocolate”memberi fokus kepada penggunaan dan faedah coklat dalam makanan seharian kita. Untuk mendapatkan faedah yang maksimum ianya perlu digunakan dengan cara yang terkawal. Dalam episod ini, Ellie menunjukkan bagaimana menggabungkan coklat ke dalam menu seharian. Beliau menjelaskan cara mengabungkannya dengan bahan-bahan yang lain untuk mendapatkan manfaat kesihatan sepenuhnya. Seterusnya, beliau menyediakan beberapa resipi yang menggunakan coklat seperti Fig and Ginger Truffles, Basic Hot Chocolate, Mocha Java Smoothiedan Double-Chocolate Waffles a La Mode.

Sementara itu dalam episod “Carbo-Diem”memberi tumpuan kepada karbohidrat. Inez, seorang ibu yang ingin mengurangkan berat badannya mengelakkan makanan yang mengandungi karbohidrat namun tindakannya itu membuatkan dia cepat letih. Ellie membantu Inez dan berkongsi resipi yang sihat yang membolehkan beliau menikmatinya bersama keluarganya. Resipi dihidangkan sepertiWhole Grain Penne with Chicken, Mushroom and Spinach, Spaghetti Squash with Basil Pesto, French Bread Pizzadan 3 Ingredient Quinoa Pilaf.

Dalam tajuk “Cheese- Loving Dad”, penonton berkongsi segalanya tentang keju. Jef, seorang bapa yang suka keju diberi nasihat dan panduan untuk mengurangkan keju dalam makanan seharian beliau. Seterusnya, Ellie berkongsi resipi sihat yang membolehkan Jef menikmatinya bersama keluarganya. Mereka menyediakan menu seperti Skillet Mac and Cheese, Pan-steamed Broccoli with Lemon, Garlic and Parsley “Gremolata” danParmesan-crusted Chicken Breast.

Ketahui gaya pemakanan sihat bagi ahli sukan dalam episod “No Brainer Breakfast”, menyediakan sarapan pagi. Ellie membantu Mary Zengo, seorang ibu dan juga seorang ahli sukan yang terlalu sibuk dengan tugasan harian beliau hingga tidak sempat menyediakan sarapan pagi untuk keluarganya. Beliau menyediakan resipi Morning Glory Baked Oatmeal, Avocado Toast with Egg, Peanut Butter & Grapes Wrapdan Mini Fritatas with Leeks and Asparagus.

“Office Food Overhaul”,pula episod yang mana Ellie melawat sebuah pejabat di mana kakitangan pejabat tersebut selalu makan makanan ringan dan makanan segera yang tidak sihat. Dalam pada itu, Ellie berkongsi idea tentang makanan alternatif yang lazat dan sihat. Ellie juga memberi nasihat dan panduan serta berkongsi resipi yang sihat yang membolehkan kakitangan tersebut menikmatinya. Beliau juga menyediakan resipi menarik Asian Chicken Wrap, Herbed Farro Salad with Walnuts, Feta and Spinach danBuffalo Chicken Salad.

Tajuk “Gluten – Free Home”  tentang Ellie membantu adik tirinya David Wilder untuk menyediakan makanan tanpa gluten. Ellie berkongsi beberapa resipi yang membolehkan David masak makanan yang lazat dan sihat tanpa gluten. Resipi dikongsi Wholegrain Mixed Berry Pancakes (Gluten Free), Steak au Poivre Salad, Roasted Salmon and Fennel with Lemon & Thymedan Greek Yogurt with Walnut & Honey.

Ellie membantu sepasang suami isteri, Ed dan Beth dalam tajuk“Crazy Schedule Dinner Challenge”.

Mereka berdua bekerja syif dengan masa yang berlainan. Ellie berkongsi beberapa resipi yang membolehkan kedua-dua mereka menyediakan makanan malam yang lazat dan sihat serta tidak memerlukan banyak masa. Beliau menyediakan menu Shrimp with Spinach, Garlic and Smoked Paprika, Peach Chicken with Crispy Bread Crumbsdan 3 Ingredients Mango-Coconut Sorbet.

Perkongsian tajuk “Herbivore Vs Carnivore” bersama-sama Ellie membantu suami isteri, Amanda dan Brad. Amanda seorang vegetarian tetapi suaminya suka makan daging. Ellie berkongsi beberapa resipi yang membolehkan kedua-dua mereka menyediakan makanan lazat dan sihat yang boleh dimakan oleh mereka berdua. Resipi dimasak iaitu Grilled Veggies & Lamb Kababs served with Tahini Sauce, Panzanella with White Beans and Chicken Sausage, Warm Spinach Saladdan Forbidden Rice Bowl.

Topik “Teeny Kitchen”pula Ellie membantu Analisia yang hanya memiliki ruang dapur yang kecil. Ellie berkongsi idea serta tip dan beberapa resipi yang membolehkan mereka menyediakan makanan lazat dan sihat, walaupun dapur mereka bersaiz kecil. Beliau memasak Beef & Many Vegetable Stew, Lemon Garlic Chicken with Potatoes & Brussels Sproutsdan Salmon and Orzo with Feta.

Dalam tajuk “It’s My Party”,Ellie berkongsi idea dan resipi untuk menyediakan makanan yang lazat untuk sebuah majlis jamuan. Resipi yang disediakan adalah yang boleh dibuat terlebih awal dan disimpan didalam peti sejuk. Antara resipi-resipi yang disediakan adalah Chicken Phyllo Pies Chipotle Black Bean Dip, Avocado-Wasabi Saucedan Asian Shrimp Cakes.

Episod akhir, “Spring Break With No Regrets”,Ellie menyediakan makanan menyelerakan yang dipelajari beliau semasa beliau bercuti di beberapa tempat. Antara resipi-resipi yang disediakan adalah seperti Mango Cucumber Salsa, Caribbean Chicpea Curry Wrapsdan Grilled Pineapple with Coconut Whipped Cream.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dance Your Way To Cash Prizes Contest

Peraduan Premiere With Budiey Menonton Filem BIKERS KENTAL 2