in ,

Peraduan Premiere With Budiey Menonton SUNTI @FACEBOOK

Salam semua, Budiey percaya korang semua selalu ‘main’ Facebook setiap hari. Setiap orang dari kita dah ada Facebook masing-masing. Tipulah kalau korang kata korang takde Facebook. Tapi pernah tak korang dengar Facebook ni ada kaitan dengan jelmaan hantu? Haaa, itu yang Budiey nak ajak korang semua menonton sebuah filem yang ada kaitan dengan Facebook. Haa, tengok pada tajuk filem ni pun kita rasa seram sebab tak terlintas pun Facebook ni boleh mendatangkan bahaya yang menyeramkan?

Untuk info pembaca, SUNTI @FACEBOOK adalah sebuah filem arahan terbaru James Lee diterbitkan oleh Nusantara Seni Karya Sdn Bhd (NSK) dan diedarkan oleh TGV Pictures.

SUNTI @FACEBOOK adalah filem arahan terbaru James selepas Histeria, Sini Ada Hantu, Tolong Awek Aku Pontianak dan filem Cina, The Collector.

Menerusi filem ini, James Lee menterjemahkan kegilaan remaja terhadap Facebook daripada suatu perkara perkara yang dianggap boleh mengisi kekosongan akan bertukar menjadi sesuatu amat menyeramkan jika teknologi itu disalah-guna.

Sebuah filem bergenre seram digalas oleh pelakon muda seperti Fouziah Gous sebagai Sunti Lara, Izzue Islam (Asyiq), Lufya Omar (Jiji), Jenny Cotez (Vida), Anas Mentor (Gel), Syazwan Zulkifli (Adan), Diddy Hirdy (Py), Arief Farhan (Mie), Mizy Radzuan (Lan), Elfaeza Ul Haq (Dura) dan Wana Ariana (Alisya).

Jadi, anggaplah ini hadiah istimewa buat semua Budieyators, pembaca setia & selebriti yang melayari blog ini!

Jika korang semua ada masa dan ruang untuk hadir di Tayangan Premiere SUNTI @FACEBOOK bersama beberapa orang selebriti dan artis terkenal yang dijemput khas, haa bolehlah join peraduan kat bawah ni. Mesti meriahkan menonton filem ni ramai-ramai, kan?

Jadi, ini satu-satunya peluang untuk korang menonton #SuntiFacebook di #PremiereWithBudiey sebelum ianya dibawa ke pawagam. Kalau nak tahu, filem SUNTI @FACEBOOK akan menemui penonton di seluruh pawagam di Malaysia mulai 26 Februari 2015.

Sunti @Facebook

Sinopsis Filem SUNTI @FACEBOOK:

Filem ini mengisahkan Ashiq, remaja playboy yang nakal dan dilahirkan dalam keluarga berada memberikannya kelebihan daripada segala segi. Dia suka bertukar-tukar pasangan ‘online’ yang turut dibantu tiga lagi rakannya – Py, Adan dan Gel.

Saban hari tugas mereka adalah memancing seramai mungkin gadis melalui laman Facebook. Setiap pertemuan berjalan dengan baik walaupun ada beberapa gadis yang kecewa dengan mereka kerana memutuskan hubungan selepas keluar beberapa kali.

Pada suatu hari kolej di mana Ashiq dan kawan-kawannya belajar menjadi gempar apabila berlaku kejadian pembunuhan tanpa diketahui puncanya. Semua yang mati seolah diganggu roh yang hidup dalam rangkaian sosial Facebook. Kejadian misteri itu meninggalkan kesan mendalam kepada Ashiq dan rakan-rakannya.

Apakah puncanya dan siapakah Sunti Lara yang menjadi rakan Facebook mereka? Untuk mengetahui kesudahan filem ini, nantikan tayangannya di seluruh pawagam di Malaysia mulai 26 Februari 2015.

Peraduan Tayangan Premiere Filem SUNTI @FACEBOOK

Sensasi Selebriti dengan kerjasama TGV Pictures ingin menghadiahkan 146 tiket untuk Budieyators dan pembaca setia Budiey.com yang boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:

25 Februari 2015 (Hari Rabu)

Masa Pendaftaran:

8.00 malam

Tayangan Filem:

9 malam

Tempat:

TGV Cinemas 1Utama, Bandar Utama, Petaling Jaya

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere SUNTI @FACEBOOK – Budiey.com di TGV Cinemas 1Utama, Bandar Utama, Petaling Jaya. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey #SuntiFacebook

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/TGVCinemas & www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: @budiey Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey #SuntiFacebook kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan dua watak utama dalam filem SUNTI @FACEBOOK

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu hadir di Tayangan Premiere SUNTI @FACEBOOK- Sensasi Selebriti kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

301679647 9798145995 O | 4

dengan tajuk email: Peraduan Tayangan Premiere SUNTI @FACEBOOK – Sensasi Selebriti

Tarikh tutup peraduan:

23 Februari 2015 (Hari Isnin)

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada TGV Pictures dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 26 Februari 2015.

Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/TGVCinemas dan jangan lupa langgan atau subscribe Youtube Channel TGV Cinemas : www.youtube.com/TGVCinemas

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Chinoiserie Chic at AVENUE K Celebrating Chinese New Year in Classic Elegance

Berselfie Sambil Beramal Dengan Selfie App Line B612