in , ,

Peraduan Premiere With Budiey Menonton Filem RED SPARROW

Sempena dengan tayangan filem aksi-thriller berjudul RED SPARROW yang akan berada di pawagam mulai 15 Mac 2018, Budiey ingin menghadiahkan semua pembaca setia & selebriti yang melayari blog ini tiket-tiket untuk anda menghadiri Premiere With Budiey menonton filem lakonan hebat dari pelakon kelas A dan tinggi bayarannya iaitu Jennifer Lawrence.

Filem RED SPARROW

Pasti korang pun rasa teruja untuk menonton aksi mengujakan dalam filem ini dan menulis pendapat jujur korang di Facebook dan Instagram.

Jadi, jika korang ingin menghadiri Tayangan Premiere RED SPARROW anjuran Budiey.com bersama beberapa orang selebriti, artis dan influencers terkenal yang dijemput khas, apa kata sertai peraduan ini sekarang!

Jom kita tonton trailer ini dan jangan lupa untuk kongsikan di laman sosial korang:

[dropcap]S[/dropcap]ebanyak 200 tempat duduk disediakan untuk anda semua. Mesti meriahkan menonton filem hebat ni ramai-ramai, kan? Haa, barulah happening.

Dalam filem ini, pelakon Hollywood Jennifer Lawrence bergabung dengan pelakon Australia Joel Edgerton di mana Jennifer memegang watak sebagai Dominika Egorova, seorang agen rahasia Rusia.

Film Red Sparrow diadaptasi dari sebuah novel tulisan Jason Matthews dengan judul yang sama. Novel yang dirilis tahun 2013 ini berjaya menggondol dua penghargaan pada tahun 2014.

Filem thriller ini diarahkan oleh pengarah terkenal Francis Lawrence. Menariknya, Jennifer Lawrence dan Francis Lawrence pernah terlibat dalam filem yang sama iaitu The Hunger Games. Meskipun nama belakang keduanya sama, Lawrence, namun sebenarnya mereka berdua sama sekali tidak ada hubungan adik beradik atau saudara mara.

Film Red Sparrow ini bercerita tentang seorang bekas penari balet bernama Dominika Egorova (Jennifer Lawrence). Namun, oleh kerana mengalami kecederaan, beliau terpaksa berhenti menjadi penari.

Oleh kerana beliau merasa masa depannya yang tak menentu, dia memutuskan untuk bergabung dalam sebuah sekolah bernama Sparrow. Sekolah ini dikenali sebagai sebuah agensi mata-mata atau penyiasat dari Rusia.

Setelah melalui sesi latihan yang insentif di Sparrow School, sebuah pusat perisik rahsia yang melatih anak-anak muda luar biasa seperti dirinya, Egorova menjadi agen rahsia paling berbahaya.

Sebagai agen rahsia, Lawrence harus menggoda targetnya untuk mengorek informasi dari seorang penjahat iaitu Nathaniel Nash yang dilakonkan Joel Edgerton.

Selain Jennifer Lawrence dan Joel Edgerton, Red Sparrow juga dibintangi Charlotte Rampling, Mary-Louise Parker dan Ciaran Hinds.

RED SPARROW dikatakan sebagai filem terakhir pelakon pemenang Oscar ini. Jennifer Lawrence pernah mengumumkan akan berhenti berlakon selama setahun untuk menjadi seorang aktivis.

Selama 12 bulan, pelakon dengan bayaran tertinggi di dunia ini akan bekerja dengan sebuah organisasi yang mencuba mendorong agar makin banyak anak-anak muda terlibat dalam kegiatan politik.

Jadi, korang tunggu apa lagi, lekasi sertai peraduan ini untuk menonton lakonan ohsem dan terhebat dari Jennifer Lawrence.

Filem ini bakal beraksi di pawagam mulai 15 Mac 2018.

Pastinya ramai yang menantikan pertempuran hebat dengan aksi lincah dari pelakon-pelakon kelas A ini kan?

Filem RED SPARROW

Sinopsis Filem RED SPARROW

Director: Francis Lawrence

Screenplay by Justin Haythe

Based on novel by Jason Matthews

Produced by Peter Chernin and Steve Zaillian

Cast: Jenifer Lawrence, Joel Edgerton, Matthias Shoenearts, Jeremy Irons, Mary-Louise Parker, Charlotte Rampling

Trailer: https://youtu.be/UnSQpeqCj9M

Plotline:
Dominika Egorova is many things.
A devoted daughter determined to protect her mother at all costs.
A prima ballerina whose ferocity has pushed her body and mind to the absolute limit.
A master of seductive and manipulative combat.

When she suffers a career-ending injury, Dominika and her mother are facing a bleak and uncertain future. That is why she finds herself manipulated into becoming the newest recruit for Sparrow School, a secret intelligence service that trains exceptional young people like her to use their bodies and minds as weapons. After enduring the perverse and sadistic training process, she emerges as the most dangerous Sparrow the program has ever produced. Dominika must now reconcile the person she was with the power she now commands, with her own life and everyone she cares about at risk, including an American CIA agent who tries to convince her he is the only person she can trust.

Filem RED SPARROW

Peraduan Tayangan Premiere Filem RED SPARROW

[dropcap]S[/dropcap]ensasi Selebriti ingin menghadiahkan 200 keping tiket untuk Budieyators / pembaca yang boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:

13 Mac 2018 (Hari Selasa)

Masa Pendaftaran:

8.00 malam

Tayangan Filem:

9.00 malam

Tempat:

GSC 1 Utama

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere RED SPARROW – Budiey.com di GSC 1 Utama. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey #RedSparrowMY

Apa yang korang perlu buat ialah:

1.  Anda perlu menjadi followers Budiey di media sosial.

Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/foxmovies.my & www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: @budiey Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey #RedSparrowMY kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook dan di Instagram. Tapi sebaik-baiknya di Instagram & Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan pelakon utama filem RED SPARROW

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu hadir di Tayangan Premiere RED SPARROW – Sensasi Selebriti kerana… (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Tayangan Premiere RED SPARROW – Sensasi Selebriti 

Tarikh tutup peraduan:

12 Mac 2018

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada Twentieth Century Fox Film dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 15 Mac 2018.

Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/foxmovies.my dan langgan / subscribe Youtube Channel Fox Malaysia : www.youtube.com/FoxMalaysia

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Filem RED SPARROW

Filem RED SPARROW

Filem RED SPARROW

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Temubual Eksklusif Bersama Hyunmin-A: K-Pop; Fenomena atau Trend?

Siri Jelajah Drama Festival Kuala Lumpur di Johor Bahru Meriah