in ,

Peraduan Menang Pass Langganan NETFLIX

Ini adalah hadiah istimewa Budiey.com kepada Budieyators, pembaca setia & selebriti yang melayari blog ini!

NETFLIX kini sudah boleh ditonton di seluruh Malaysia dan dilancarkan secara global seluruh dunia. Kepada anda yang suka menonton filem dan drama, Budiey kira, NETFLIX adalah salah satu pilihan terbaik di mana pelbagai isi kandungan samada drama, filem, dokumentari dan sebagainya boleh ditonton. Yang memudahkan lagi, selain boleh ditonton di telefon bimbit, gadget, tablet, anda juga boleh menonton dengan menggunakan desktop web browser dengan menggunakan aplikasi yang sedia dimuatturun dari Android, iOS atau Windows Phone.

Budiey sekarang ini, dah makin tertarik dan ketagih menonton filem-filem seram yang terdapat di NETLIX.

Peraduan Menang Pass Langganan NETFLIX

Kepada anda yang nak menonton di layar besar TV juga bolehlah mendapat sokongan dari SMART TV atau bpleh menggunakan terus daripada Google Chromcast atau Apple TV. Bukan dengan cara itu sahaja, jika korang mempunyai gaming console di rumah, boleh juga menonton NETFLIX dengan menggunakan PS3, PS4, Xbox 360 dan Xbox One.

Sebagai langkah permulaan, sudah tentu anda perlu mendaftar dulu akaun baru di www.netflix.com. Senang sahaja untuk mendaftar. Tak sampai lima minit pun. Sekarang ini, anda berpeluang untuk menonton secara percuma langganan sebulan NETFLIX. Jadi tunggu apa lagi, daftarlah sekarang.

Kepada pembaca Budiey.com Budiey nak kasi hadiah di mana anda boleh melanggan secara percuma selama 3 bulan. Jika nak hadiah ini, apa kata, korang sertai peraduan ini!

Netflix telah mula memperkenalkan sokongan paparan HDR secara berperingkat untuk beberapa peranti berkuasa tinggi. Netflix turut memperkenalkan kemaskini untuk aplikasi Netflix untuk iOS, sekaligus menawarkan ciri Netflix HDR untuk pengguna iPad Pro generasi kedua, iPhone 8, iPhone 8 Plus dan juga iPhone X.

Ciri HDR pada mulanya hanya ditawarkan untuk televisyen sahaja, tetapi dengan keupayaan peranti mudah-alih hari ini, ia turut membolehkan Netflix menawarkan ia pada skrin telefon pintar. Dengan sokongan HDR ini, ia menawarkan ciri paparan yang lebih baik, disamping kualiti lebih tinggi berbanding sebelum ini.

Sekiranya anda menggunakan iPad Pro, mungkin boleh mencubanya hari ini. Atau turut boleh menikmati kandungan HDR ini selepas iPhone 8 dilancarkan di Malaysia kelak.

Peraduan Menang Pass Langganan NETFLIX

Sensasi Selebriti ingin menghadiahkan 10 pass langganan selama tiga bulan kepada Budieyators dan pembaca bertuah.

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. Sila klik butang SHARE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Jawab soalan mudah ini:

  1. Namakan laman sesawang untuk mendaftar akaun NETFLIX
  2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu menonton filem menarik di NETFLIX kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Menang Pass Langganan NETFLIX

Tarikh tutup peraduan:

10 November 2017

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada NETFLIX MALAYSIA dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Fanpage Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ABANG LONG FADIL 2 Pecah Rekod Catat Sejarah Tangga Pertama Box Office Malaysia

Peraduan Menang Barangan Premium Club Mickey Mouse