in ,

Peraduan Menangi Wang Tunai KOMEN SINAR

SINAR fm Beri Peluang Kepada Pendengar Untuk Bersuara. SINAR fm, stesen Muzik Retro No.1 di Malaysia dan teman setia pendengar selama 10 tahun kini memberi ruang kepada para pendengar untuk memberi komen tentang lagu-lagu dan kandungan yang disiarkan dalam program-pragram di SINAR fm.

Melalui segmen soal selidik Komen SINAR para pendengar boleh meluahkan pendapat serta melontarkan maklumbalas mereka kepada stesen SINAR fm bagi tujuan untuk membaik pulih serta memantapkan lagi stesen SINAR fm untuk fasa yang akan datang.

Pendengar-pendengar yang menyertai kaji selidik ini dan memberikan komen serta maklum balas akan berpeluang untuk memenangi wang tunai sejumlah RM 150.

Kepada para pendengar yang ingin turut serta memberikan komen dan meluahkan pendapat melalui segmen soal selidik Komen SINAR ini, anda hanya perlu melayari laman web SINAR fm di www.sinar.fm dan mengisi borang soal selidik yang terdapat di situ.

Di akhir soal selidik ini, sila sertakan maklumat diri untuk kami hubungi dan lengkapkan slogan kata “Saya suka SINAR fm kerana… ” (tidak lebih daripada 20 patah perkataan).

Jadi para pendengar setia stesen SINAR fm di jemput untuk turut serta dalam soal selidik Komen SINAR dan memberikan komen-komen yang dapat membantu kami agar sentiasa memberikan kepuasan yang maksimum kepada anda.

Lembah Klang 96.7FM, Alor Setar 97.1FM, Pulau Pinang 97.1FM, Ipoh 96.9FM, Seremban 96.9FM, Melaka 96.0FM, Johor/S’pura 87.8FM, Taiping 96.4FM, Kuantan 97.2FM, Kuala Terengganu 97.5FM, Kota Bahru 93.8FM, Kuching 102.1FM , Kota Kinabalu 104.9FM, Langkawi 100.9FM, Miri 87.7FM, Astro Channels 857

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Menang Tiket Konsert Wings Menakluk Kosmos

Teater SuperHero Lakonan Along Eyzendy, Aqasha & Zulin Aziz