in ,

Peraduan Menangi Tiket Persembahan TERINDAH ANUAR ZAIN

Anuar Zain, nama yang sememangnya sinonim dengan persembahan Minggu Setiausaha akan kembali menghangatkan tahun ini dengan satu-satunya persembahan eksklusif beliau bersempena Minggu Setiausaha TERINDAH ANUAR ZAIN pada 29 April 2014 (Selasa) di Hotel One World, Bandar Utama.

Lebih 30 tahun dalam industri seni suara sudah cukup membuktikan kredibiliti dan reputasi serta populariti Anuar Zain. Pastinya ramai peminat yang tak sabar menantikan pertemuan eksklusif ini. Nama TERINDAH diambil bersempena sebuah lagu terbaru yang akan dimuatkan dalam album terbaru Anuar Zain. Lagu TERINDAH ini akan dinyanyikan buat pertama kalinya dalam persembahan ini.

Jika diimbas kembali tahun lepas, Anuar Zain meraikan ulangtahun ke tiga puluh beliau dalam industri hiburan melalui Konsert Tiga Dekad, Muzik, Cinta dan Sanubari bersama enam ribu penonton.

Anuar Zain Tangguh Persembahan Terindah Demi Prihatin Mh370

Selain mengumumkan tarikh penundaan baru-baru ini, Anuar Zain juga menyenaraikan senarai nama penaja hadiah cabutan bertuah yang menanti peminat nanti.[pullquote align=”right”]Selain melantik Budiey.com sebagai Blogger Rasmi, Anuar Zain Network juga telah bekerjasama dengan stesen radio terkenal, Suria FM sebagai Radio Rasmi TERINDAH… ANUAR ZAIN. Syabas Suria FM![/pullquote]Persembahan selama 90 minit itu diadakan bersempena dengan sambutan Minggu Setiausaha yang disambut setiap tahun. Namun, persembahan kali ini akan diserikan lagi dengan slot untuk Anuar Zain bermesra dengan peminat di mana Anuar Zain akan make-over peminat yang bertuah di atas pentas. Selain itu, kali ini Anuar Zain bakal memberikan sesuatu yang istimewa di mana peminat yang hadir akan menjadi orang yang pertama untuk mendengar lagu terbaru beliau.

TERINDAH with ANUAR ZAIN in Paris

[dropcap]M[/dropcap]enyentuh pasal hadiah cabutan bertuah, pastinya korang nak tahu kan? Okay, baik… sekarang Budiey akan beritahu anda ya. Hadiah paling grand menanti peminat di TERINDAH… ANUAR ZAIN ialah TERINDAH with ANUAR ZAIN in Paris di mana seorang pemenang bertuah akan diterbangkan ke Paris untuk bercuti bersama rakan dan mengecapi keindahan dan keunikan di Paris. Lebih seronok lagi, pemenang akan dapat mengecapi makan malam yang romantik sambil belayar di Bateux Parisiens cruise! Haa, best tak?

[pullquote]Hadiah istimewa ini diberikan dan ditaja khas oleh FBA Media Sdn Bhd. Wah, Budiey dapat bayangkan macamana bestnya bila dapat bercuti dengan Anuar Zain di Paris. Budiey dah pun ke sana bersama pelakon Fahrin Ahmad. Jika ada rezeki, dapat pulak ke sana bersama Anuar Zain. OMG bestnya. Haha, okay tak payah nak verangan ye.[/pullquote]

Seperti yang Budiey katakan sebelum ini, dua orang pemenang akan mendapat hadiah dimana pemenang akan di-make-over sendiri oleh Anuar Zain. Kita semua tahu, Anuar Zain ni memang pakar dalam bidang fesyen dan dia juga seorang fashionista yang arif tentang segala gaya yang kena atau tak kena. Anuar Zain akan dibantu oleh ZALORA Malaysia untuk menukarkan peminatnya menjadi lebih trendy dan bergaya. Budiey dengar, ada peminat setia Anuar Zain sendiri sudi menaja beberapa buah gajet untuk persembahan ini. Fuhhh! Sakanlah untung korang yang beli tiket nanti.

Untuk anda yang membeli tiket juga, anda boleh menyertai satu peraduan istimewa di sosial media di mana dua orang peminat wanita bertuah akan berpeluang untuk memenangi busana ready-to-wear rekaan dari pereka fesyen terkenal, Syomir Izwa dengan menggunakan hashtag #TerindahAnuarZain dan #TerindahSyomirIzwa.

Selain itu, banyak lagi hadiah yang menanti peminat di sesi cabutan bertuah persembahan ini. Antaranya barangan gajet seperti iPad Mini sumbangan dari Maxis, Patchi, L’Occitane, May, Antabax, Pods & Petals Giftlab, Nara MediSpa, One World Hotel, Dolce Gusto, Nescafe, dan banyak lagi. Peminat boleh melihat dan pusing-pusing di sekitar foyer Ballroom di mana ada beberapa booth jualan daripada penaja yang terlibat. Anuar Zain pula akan bergaya sekali dengan pakaian yang ditaja oleh The Sartorial.

Melihat kepada persembahan dan aturcara keseluruhannya membuatkan Budiey sendiri rasa dah tak sabar untuk menyaksikan persembahan menarik ini. Teruja sekali nak merakam segala reaksi peminat yang hadir bila mana mereka mendapat hadiah yang lumayan. Bukan itu sahaja, makanan yang dihidangkan juga memang ada kelas!

Budiey ada mendapat berita dari Anuar Zain, beliau mengatakan tiket sudah laris sebanyak 70%. Jadi hanya tinggal 30% je lagi yang tinggal. Kepada anda yang belum ada tiket, bolehlah cepat-cepat mendapatkan tiket secara dalam talian di TicketCharge: www.ticketcharge.com.my dan di outlet yang sah. Untuk sebarang tempahan korporat dan VIP, anda boleh menghubungi terus Anuar Zain Network untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi Liz: 019 3177496.

Untuk info lanjut, anda boleh LIKE Facebook rasmi Anuar Zain: www.facebook.com/anuarzainnetwork.

Hashtag #TerindahAnuarZain

Kepada anda yang mengikuti Budiey di Twitter @budiey, bolehlah mengikuti segala berita terbaru berkenaan dengan persembahan istimewa ini melalui hashtag rasmi iaitu #TerindahAnuarZain.

Jadi, jangan lupa untuk follow hashtag ini dan setiap kali anda ingin tweet anda dibaca oleh Anuar Zain, sila guna hashtag ini. Tidak lupa, anda juga boleh mengikuti perkembangan terkini di laman Facebook milik Anuar Zain yang rasmi iaitu www.facebook.com/anuarzainnetwork

Berikut adalah info tentang Persembahan Terindah Anuar Zain

Tarikh: 29 April 2014 (Selasa)

Lokasi: Topaz & Ruby Ballroom, Hotel One World, Bandar Utama.

Masa: 12 tengahari

Untuk info lanjut tentang konsert anda boleh melayari:

Anuar Zain

Peraduan Menangi Tiket Persembahan TERINDAH ANUAR ZAIN

Salam kepada semua pembaca Sensasi Selebriti,

[pullquote align=”right”]Budiey tahu, ramai pembaca yang tak sabar untuk memenangi sepasang tiket dari Budiey.com[/pullquote]

Sebagai Blog Rasmi Persembahan TERINDAH ANUAR ZAIN ini, Budiey ingin memberi peluang kepada anda khususnya peminat Anuar Zain untuk berhibur dengan alunan suara mantap Anuar Zain dan merasai kehangatan persembahan alunan suara Anuar Zain pada 29 April 2014 (Selasa) di Hotel One World, Bandar Utama.

Budiey ada dua keping tiket bernilai RM683 setiap satu untuk diberikan kepada 2 orang pembaca Budiey.com. Good luck buat semua ya!

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini.

3. Sila LIKE Fanpage Rasmi Anuar Zain: www.facebook.com/AnuarZainNetwork

2. Sila cipta slogan paling kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter anda dengan hashtag yang diberikan.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #TerindahAnuarZain. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: Saya mahu ke #TerindahAnuarZain bersama @Budiey kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Rakam Video & Siarkan Ucapan TERINDAH anda buat Anuar Zain di Instagram

Untuk menang hadiah eksklusif ini, anda wajib merakamkan video instagram selama 16 saat dan siarkannya di Instagram milik anda dengan hashtag : #TerindahAnuarZain #BudieyDotCom @budiey

Video yang paling kreatif dengan ucapan yang paling TERINDAH akan menerima hadiah ini. Istimewanya, video anda itu akan ditonton juga oleh Anuar Zain. Jadi, inilah masanya untuk anda luahkan perasaan anda!

Lengkapkan slogan ini dengan kreatif:
Saya mahu sangat ke Persembahan Terindah Anuar Zain kerana…. (tidak lebih daripada 30 patah perkataan)

Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Twitter:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

301679647 9798145995 O | 4

dengan tajuk email: Peraduan Menangi Tiket Persembahan TERINDAH ANUAR ZAIN

Tarikh tutup peraduan:
25 April 2014

SYARAT & PERATURAN:

  1. Penyertaan ini terbuka kepada semua pembaca Sensasi Selebriti yang menetap di Semenanjung Malaysia sahaja.
  2. Pertandingan ini adalah terbuka kepada mereka yang berumur 18 tahun ke atas sahaja
  3. Semua pemenang akan dihubungi melalui email.
  4. Pemenang perlulah memberikan butir-butir peribadi yang lengkap seperti Nama, No. Kad Pengenalan, Alamat, Nombor Telefon dan Alamat E-mel sebelum layak memenangi tiket yang ditawarkan
  5. Pemenang perlulah menjawab soalan yang diberikan dengan tepat dengan slogan paling kreatif untuk memenangi tiket yang ditawarkan
  6. Setiap orang hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan. Mereka yang menghantar lebih dari satu akan dibatalkan kelayakan.
  7. Hadiah tidak boleh ditukar dengan wang tunai dan pihak penganjur mempunyai hak untuk menukar hadiah dengan sesuatu yang mempunyai nilai yang sama tanpa notis terdahulu.
  8. Keputusan juri adalah muktamad.
  9. Pihak penganjur adalah tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa maklumat yang tidak betul atau tidak tepat yang dihantar oleh para peserta dan tidak boleh dipertanggungjawabkan ke atas apa-apa kesilapan, ketinggalan, gangguan, pemotongan, kecacatan, kelewatan dalam operasi atau transmisi dalam pertandingan ini
  10. Dengan menyertai peraduan ini, pembaca bersetuju terikat dengan Syarat dan Peraturan serta keputusan Blog Sensasi Selebriti.
  11. Pihak penganjur berhak untuk meminda Terma dan Syarat pada bila-bila masa tanpa notis terdahulu

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada Anuar Zain Network kerana sudi memberi tiket kepada pembaca Budiey.com.

Terima kasih kepada pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Anuar Zain Terindah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Zoe Saldana Duta Jurucakap Produk Antarabangsa L’Oréal Paris

Spotify Paints It Black With New Look