in , ,

Peraduan Menangi Tiket Filem THE WATCHERS Lakonan Dakota Fanning

Nah! Ini adalah hadiah istimewa buat semua pembaca setia yang melayari portal ini! Apa korang tunggu lagi, cepat sertai peraduan ini untuk memenangi hadiah tiket menonton yang ditawarkan.

Mahukah anda menghadiri Tayangan Premiere filem seram terbaru lakonan Dakota Fanning berjudul THE WATCHERS? Ya, cukup istimewa buat pembaca Budiey.com, di mana anda dapat menonton filem ini lebih awal iaitu pada 5 Jun 2024.

Kalau anda mahu hadir, inilah satu-satunya peluang anda untuk menjadi antara penonton pertama menyaksikan filem yang ditulis dan diarahkan oleh Ishana Night Shyamalan. 

POSTER THE WATCHERS

The Watchers mengisahkan sekumpulan orang yang terpaksa bersembunyi dan terperangkap di dalam bunker di tengah-tengah hutan Ireland. Mereka terpaksa tinggal di bunker kerana apabila matahari terbenam ada makhluk yang mengerikan yang terus memerhati.

Khabarnya, filem ini merupakan permulaan kepada penampilan sulung atau pertama arahan Ishana Shyamalan. Sebelum ini, Ishana pernah bekerja dengan bapanya menerusi siri The Servant.

Filem seram mendebarkan dan penuh dengan babak yang suspen ini dilakonkan oleh pelakon terkenal seperti Dakota Fanning, Georgina Campbell, Olwen Fouéré dan ramai lagi. 

Sinopsis Filem THE WATCHERS 

Filem ini mengisahkan Mina, seorang artis muda berusia 28 tahun yang terkandas di hutan Ireland selepas kereta yang dinaikinya rosak. Mina terpaksa berjalan agak jauh ke dalam hutan untuk mencari bantuan. Apabila langit mula gelap. seorang perempuan pelik memanggilnya.

Wanita itu menjerit ke arah Mina supaya segera memasuki kubu berhampiran. Tanpa Mina mengetahui sebaik sahaja matahari terbenam, seekor makhluk bawah tanah yang dahsyat keluar dari kedalaman hutan. Makhluk yang dikenali sebagai The Watchers memerhatikan tiga orang yang tidak dikenali terperangkap di dalam kubu sebelum ketibaan Mina.

Mina sendiri tidak tahu apa yang The Watchers mahu daripadanya dan tiga orang yang bersamanya di dalam kubu. Tetapi apa yang lebih menakutkan ialah mereka yang tidak dapat masuk ke dalam kubu akan mengalami sesuatu apabila malam tiba. Lebih-lebih lagi, makhluk yang dahsyat ini sentiasa muncul setiap malam untuk mengawasi mereka.

Mina mula ragu-ragu jika dia mahu menyelamatkan diri dan meninggalkan kubu, bolehkah dia keluar dari hutan sebelum malam?

Filem ini akan berada di pawagam mulai 6 Jun 2024.

Peraduan Menangi Tiket Menonton Filem THE WATCHERS Lakonan Dakota Fanning

Peraduan Tayangan Premiere Filem THE WATCHERS  

Budiey Channel ingin menghadiahkan 42 tiket untuk pembaca yang boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara tayangan ini akan diadakan pada:

Tarikh:: 5 Jun 2024 (Rabu)

Masa Pendaftaran: 8:00 malam

Masa Tayangan : 8.30 malam

Lokasi : GSC Starling Mall

Hall : Big Screen

Sebanyak 42 keping tiket perlu dimenangi untuk pembaca yang sudi hadir! Cepat hantar penyertaan anda!

Anda yang mahu menyertai peraduan ini hanya perlu menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere THE WATCHERS di TGV 1Utama. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey #TheWatchers #AreYouWatching

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. ‘Like’ Facebook page Budiey Channel dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan pengarah yang mengarah filem THE WATCHERS 

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu menonton filem THE WATCHERS kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Instagram:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada: budiey_ismas[at]yahoo.com

dengan tajuk email: Peraduan Tayangan Filem THE WATCHERS 

Tarikh tutup peraduan: 3 Jun 2024

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email.

Terima kasih kepada Warner Bros di atas hadiah dan kerjasama. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Menang Tiket Premiere & Merchandise BAD BOYS: RIDE OR DIE

Lepas Kereta Mewah, Saharul Ridzwan Jual Rumah Pula di Cyberjaya