in ,

Peraduan Menangi Tiket Konsert 5 Divo

Hanya tinggal beberapa hari lagi untuk kita menyaksikan lima vokal lelaki terhebat dari tiga buah negara bergabung dalam aroma cinta yang berirama mesra bersama peminat setia mereka. Ya, Budiey rasa sangat teruja untuk menyaksikan konsert julung kali ini.

Apa tidaknya, konsert 5 Divo yang bakal dipimpin oleh Dato’ Ramli MS yang akan diiringi orkestranya akan membuatkan konsert penuh cinta ini kaya dengan susunan muzik dan disokong dengan system cahaya, visual dan bunyi yang gah.

Bertempat di Stadium Malawati Shah Alam, konsert yang dianjurkan dengan sokongan Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia ini akan bermula pada pukul 8.30 malam. 5 Divo juga mendapat kerjasama dari pihak Era FM selaku radio rasmi, Budiey.com sebagai blogger rasmi, H Live (program tv rasmi) dan Ticket Pro (www.ticketpro.com.my) selaku tiket rasmi.

Konsert 5 Divo

[dropcap]P[/dropcap]ihak Lol Entertainment dengan bangganya mengumumkan pihak Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia selaku penaja utama serta Mastercard selaku kad kredit rasmi. Turut menjadi penaja konsert istimewa ini ialah Flexis Printing Shah Alam (percetakan rasmi), Dtandoor (makanan rasmi), Malaysia Airlines (penerbangan rasmi) dan Miracle Maria (pengangkutan rasmi).

Selain itu juga, pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini dengan berbesar hatinya menjadi penaja busana rasmi buat konsert yang akan didendangkan oleh 5 penyanyi terkenal yang sentiasa tampil segar dengan imej mereka. Manakala lokasi untuk sidang akhbar pertama ditaja oleh pihak The Kopisyop dan Restoran Qureshi sebagai lokasi sidang akhbar kedua.

Penyanyi : Hafiz, Hazama, Afgan, Judika, Taufik Batisah
Tarikh : 13 FEBRUARI 2016
Lokasi : Stadium Malawati, Shah Alam
Waktu : 8.30 malam

PENGARAH MUZIK : Dato’ Ramli MS (orkestra)

Tiket-tiket untuk Konsert 5 Divo ini boleh didapati di www.ticketpro.com.my bermula 28 Disember 2015. Selain itu pembelian tiket juga boleh didapatkan di rangkaian Rock Corner dan melalui talian HOTLINE +6017 6828038

Harga-harga tiket ialah seperti berikut:

Meet & greet/ VIP : RM 1188
(poster bertandatangan & T Shirt eksklusif)
Diamond : RM 988
Platinum : RM 888
Gold : RM 588
Silver : RM 388
Bronze : RM 188
Normal : RM 128

Konsert 5 Divo

Peraduan Menangi Tiket Konsert 5 Divo

[dropcap]A[/dropcap]nda ingin hadir? Nak dapatkan tiket dari Budiey.com selaku Blog Rasmi Konsert 5 Divo? Ya, boleh tapi ada tugasan la nak kena buat. Budiey ada 20 tiket untuk diberikan.

Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan merakam video anda menyanyikan sebuah lagu nyanyian dari salah seorang penyanyi lelaki yang terlibat dengan Konsert 5 Divo berdurasi 15 saat dan upload video tersebut ke Instagram anda.

Jangan lupa tag @budiey pada video tersebut. Video yang kreatif akan mendapat peluang untuk menang tiket. Kemudian, cipta slogan dan hantar juga emel penyertaan. Setel!

Seorang pemenang akan mendapat 1 keping tiket sahaja untuk hadir di Konsert 5 Divo di Stadium Malawati Shah Alam.

Ingat hashtag ini: #Konsert5DivoBudiey

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai peraduan ini dan komenlah apa pendapat anda tentang konsert ini di ruangan komen berdasarkan artikel ini. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/nora.ariffin & www.facebook.com/budieydotcom

2. Rakam Video Nyanyian Anda Berdurasi 15 saat dan muatnaik ke Instagram

Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan merakam video anda menyanyikan sebuah lagu nyanyian dari lima orang penyanyi lelaki terlibat berdurasi 15 saat dan upload video tersebut ke Instagram anda. Jangan lupa tag @budiey serta hashtag: #Konsert5DivoBudiey pada video tersebut. Oh jangan lupa caption tu, korang kena cipta slogan. Video yang kreatif akan mendapat peluang untuk menang tiket.

2. Cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #Konsert5DivoBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: @budiey Saya mahu menang tiket #Konsert5DivoBudiey kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Slogan: Saya mahu menang tiket #Konsert5DivoBudiey kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter:

Alamat surat menyurat:

Email:

301679647 9798145995 O | 4

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Menangi Tiket Konsert 5 Divo

Tarikh tutup peraduan:

11 Februari 2016

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada Lol Entertainment dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Konsert 5 Divo

Konsert 5 Divo

Konsert 5 Divo

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Empat Hari Berturut-turut Raikan Tahun Baharu Cina di TV1

Cyrill Hassan

Peraduan Tayangan Premiere With Budiey – THE OTHER SIDE OF THE DOOR