in

Empat Hari Berturut-turut Raikan Tahun Baharu Cina di TV1

Radio Televisyen Malaysia (RTM) menghadiahkan penonton setia saluran TV1 yang meraikan sambutan Tahun Baharu Cina dengan tayangan empat telemovie dan lima hiburan khas disiarkan empat hari berturut-turut mulai 6 hingga 9 Februari 2016.

Debaran sambutan perayaan disambut 8 dan 9 Februari 2016 bermula awal pada 6 Februari ini dengan drama khas bertajuk “Wo Ai Ni di Batu Feringgi”, pukul 3.05 petang lakonan Mandy Chong, Zoey Tan, Xazier Fong, Zizan Nin dan Jason Chong yang mengisahkan Cindy, penghidap kanser payu dara yang telah bertemu cinta hatinya di Batu Feringgi.

Pada 7 Februari pula saksikan telemovie khas dengan tajuk “Hati Yang Tahu”, pukul 10.30 pagi menampilkan pelakon Jogsi Koo, Amran Ismail, Jessi Lim, Fathil Dani, Mandy Chong, Ruby Oii, Sky Leong, Ramasundram, Collan Koo dan Adam. Sebelah malamnya pukul 9.30 malam, berhibur dengan “Konsert #MyRTM Rokestra” mengetengahkan persembahan artis Datuk Hattan, Lan Kristal, Aweera, Mus May Joey BPR, Yantzen, Ayin Black Rose, Alynn dan Shahz Juara Pujaan RTM. Mereka bakal menghiburkan penonton dengan lagu-lagu rock popular era 90an.

Esoknya 8 Februari 2016, luangkan masa menonton telemovie kisah kemasyarakat bertajuk “Sebatang Pensel Sebiji Oren”, pukul 10.05 pagi, kisah kanak-kanak bernama Odah yang gagal mendapatkan pensel berjenama Super Pandai daripada ibunya, dia telah mencuri pensel tersebut di kedai Uncle Lim. Sebagai denda, Odah terpaksa membantu Uncle Lim di kedai. Sepanjang tempoh didenda, hubungan Odah dan Uncle Lim menjadi rapat. Uncle Lim telah mengajar Matematik kepada Odah sehingga Odah menjadi pandai subjek tersebut. Telemovie ini dibintangi oleh Farah Nadiah, Chew Kin Wah, Tzia Aziz, Ramasundram dan Candy Lee.

Hari sama pukul 3.05 petang berhibur dengan rancangan “Robbie Williams Take The Crown”, dan hiburan khas “One Direction Up All Night Live”, pukul 11.05 malam.

Telemovie yang mengambil ‘mood’ perayaan Tahun Baharu Cina, “Cheongsam Untuk Ibu”, pukul 10.05 pagi pada 9 Februari ini mengajak penonton menghayati watak Leong yang keliru dengan keinginan dirinya sendiri. Kerana desakkan perasaan mahu mengejar cita-cita di ibukota Kuala Lumpur, dia sanggup meninggalkan ibunya sendirian di kampung. Semuanya kerana semata-mata mahu meletakkan dirinya setaraf dengan teman-teman sekampungnya yang telah berjaya memperolehi pekerjaan mampu dibanggakan di Kuala Lumpur. Namun nasib setiap individu itu berbeza apatahlagi kerana hasratnya itu tidak mendapat restu orang tua. Drama ini membariskan pelakon Ng Hung Shen, Mandy Chong, Siti Fazurina, Rowena Lee, Erry Putra, Jovinia Jusmin, Satish dan Rosnah Johari.

Saksikan persembahan dan nyanyian memukau daripada artis-artis malar segar seperti Uji Rashid, Hail Amir, Dato’ Khatijah Ibrahim, Sofea Ibrahim, Salleh Yaakub, Rohana Jalil, Nassier Wabah, Azian Mazuan Safwan, Kilafairy, Dato’ Andre Goh dan kumpulan Carefree yang disatukan dalam “Malam Apresiasi Artis Sepanjang Zaman”, pukul 2.00 petang. Diakhiri dengan program Khas Tahun Baharu Cina terbitan RTM Sarawak, pukul 4.05 petang.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ziana Zain Terkilan Tak Dapat Perform di SEIRAS SEIRAMA

Peraduan Menangi Tiket Konsert 5 Divo