in ,

Menangi Samsung Galaxy S4 Zoom dari Budiey.com

Peraduan ini sudah tamat. Pemenang akan dihubungi. Nantikan!

Salam pembaca setia budiey.com sekalian,

Sempena ulangtahun Budiey.com yang ke-7 yang akan pada 7 Januari 2014, Budiey ingin memberikan hadiah istimewa sumbangan Samsung buat pembaca Sensasi Selebriti iaitu sebuah telefon bimbit Samsung Galaxy S4 Zoom. Terima kasih Samsung Malaysia kerana sudi memberikan hadiah lumayan yang hebat ini.

samsung-galaxy-s4-zoom-sm-c1010-1-2

 

Jom Kenali Lebih Dekat Dengan Samsung Galaxy S4 Zoom

[dropcap]S[/dropcap]amsung Galaxy S4 Zoom adalah peranti telefon bimbit yang memfokuskan kepada kamera, menyertakan skrin bersaiz 4.3-inci qHD Super AMOLED, cip pemprosesan dwi-teras 1.5GHz, dan juga memori sebanyak 1.5GB RAM. Dari segi lensa kamera, ia membawakan kamera belakang 16-megapixel dengan sokongan zoom optikal sehingga 10x bersama-sama dengannya. Ia turut didatangkan dengan sokongan Xenon Flash.

Sebelum ini pengguna sedia maklum bahawa Galaxy S4 merupakan antara model terbaharu segmen telefon pintar yang telah memasuki pasaran awal tahun lalu. Namun kini dengan fungsi sama sepertinya, mereka dapat menggunakan kamera dengan fungsi lensa boleh laras.

[pullquote align=”right”]The GALAXY S4 zoom is a unique device that delivers the perfect combination of industry-leading smartphone functionality and advanced photographic capabilities. In short, it allows users to Talk, Zoom and Share within a single device.[/pullquote]

Peranti yang dikenali sebagai Galaxy S4 Zoom itu merupakan inovasi telefon bimbit pintar bersama kamera yang dijana oleh sistem operasi Android Jellybean 4.2 sekali gus membuatkan penggunanya mengujakan.

Peranti ini mampu merakam gambar secara terus dan berkongsi bersama pemanggil ketika pengguna sedang dalam perbualan telefon. Dipacu oleh kamera 16 mega piksel serta fungsi pengesan CMOS, ia boleh merakamkan gambar dengan baik walaupun di bawah cahaya malap. Galaxy S4 Zoom turut didatangkan bersama paparan skrin sentuh 4.3 inci Super AMOLED dan perkongsian bijak juga dapat dilakukan sama seperti pada gajet baru keluaran Samsung sebelum ini.

Selain itu, aplikasi yang terdapat pada kamera boleh dicapai dengan memusingkan gegelang pada lensa bagi capaian zoom lebih pantas untuk objek jauh.

Di sebalik kesemua aplikasi tersebut, kebanyakan fungsi menarik pada telefon bimbit pintar hibrid ini tertumpu pada aplikasi kamera seperti capaian secara mudah untuk fungsi automatik, galeri, Smart Mode, Manual, program dan pelbagai fungsi kamera lain.

Apa pun, mereka yang ingin mengurangkan beban membawa pelbagai jenis gajet ketika bekerja secara rasmi, mengembara atau bercuti, Galaxy S4 Zoom mungkin jawapannya.

Galaxy S4 Zoom kini telah berada di pasaran dengan harga RM 1,699 dan mereka yang berminat untuk mendapatkan informasi lanjut mengenainya bolehlah layari laman web www.samsung.com atau laman sosial www.facebook.com /samsungmobilemalaysia.

Peraduan Menangi Samsung Galaxy S4 Zoom

Sensasi Selebriti dengan kerjasama Samsung Malaysia ingin menghadiahkan sebuah Samsung Galaxy S4 Zoom untuk pembaca yang menjawab soalah di bawah dengan tepat bersama slogan PALING KREATIF.

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook & Twitter milik anda, tulis apa sahaja pendapat anda tentang alat peranti Samsung Galaxy S4 Zoom di ruangan komen. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE sekali Facebook Samsung Malaysia

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan anda perlu:

  1. Jawab soalan dengan betul dan tepat. Tulis slogan anda itu pada ruangan komen di entri blog ini.
  2. Hantar slogan itu ke emel budiey.
  3. Akhir sekali anda WAJIB juga tweet slogan paling kreatif yang anda reka itu di Twitter anda dengan tag @budiey & @SamsungMalaysia

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #GalaxyS4ZoomBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Tweet Slogan: Saya mahu memiliki Samsung Galaxy S4 Zoom kerana…. #GalaxyS4ZoomBudiey (tidak lebih dari 140 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

3. Jawab soalan & emelkan slogan anda itu:

1. Berikan 3 ciri-ciri utama Samsung Galaxy S4 Zoom.

2. Berapakah resolusi & megapixel yang ada pada kamera Samsung Galaxy S4 Zoom?

3. Namakan 3 tempat lokasi menarik yang ada dalam video klip Havoc dari Joe Flizzow?

Lengkapkan slogan ini dengan kreatif:
Saya mahu memiliki Samsung Galaxy S4 Zoom kerana…. #GalaxyS4ZoomBudiey (tidak lebih dari 140 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Twitter:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Menangi Samsung Galaxy S4 Zoom – Budiey.com

Tarikh tutup peraduan:
20 Disember 2013

SYARAT & PERATURAN:

  1. Penyertaan ini terbuka kepada semua pembaca Sensasi Selebriti yang menetap di Semenanjung Malaysia sahaja.
  2. Pertandingan ini adalah terbuka kepada mereka yang berumur 18 tahun ke atas sahaja
  3. Semua pemenang akan dihubungi melalui email & Twitter.
  4. Pemenang perlulah memberikan butir-butir peribadi yang lengkap seperti Nama, No. Kad Pengenalan, Alamat, Nombor Telefon dan Alamat E-mel sebelum layak memenangi tiket yang ditawarkan
  5. Pemenang perlulah menjawab soalan yang diberikan dengan tepat dengan slogan paling kreatif untuk memenangi tiket yang ditawarkan
  6. Setiap orang hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan. Mereka yang menghantar lebih dari satu akan dibatalkan kelayakan.
  7. Hadiah tidak boleh ditukar dengan wang tunai dan pihak penganjur mempunyai hak untuk menukar hadiah dengan sesuatu yang mempunyai nilai yang sama tanpa notis terdahulu.
  8. Keputusan juri adalah muktamad.
  9. Pihak penganjur adalah tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa maklumat yang tidak betul atau tidak tepat yang dihantar oleh para peserta dan tidak boleh dipertanggungjawabkan ke atas apa-apa kesilapan, ketinggalan, gangguan, pemotongan, kecacatan, kelewatan dalam operasi atau transmisi dalam pertandingan ini
  10. Dengan menyertai peraduan ini, pembaca bersetuju terikat dengan Syarat dan Peraturan serta keputusan Blog Sensasi Selebriti.
  11. Pihak penganjur berhak untuk meminda Terma dan Syarat pada bila-bila masa tanpa notis terdahulu

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada Samsung Malaysia kerana sudi memberi hadiah ini kepada pembaca Budiey.com.

Terima kasih kepada pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Win A Shopping Experience With Nora Danish

Tips Wajah Cantik, Sihat & Segar Dengan CocoBelle