in ,

Tips Wajah Cantik, Sihat & Segar Dengan CocoBelle

Nampaknya, tahun 2013 dah makin tiba di garisan penamatnya. 2014 akan datang pastinya dengan banyak cabarannya. Tahun ni banyak perkara yang Budiey belajar. Dari cara nak mengurus masa sebagai blogger sepenuh masa sehinggalah menguruskan soal kesihatan diri. Orang kata, pengalaman mematangkan kita.

Masalah Letih & Muka Kusam… Macamana Nak Atasi?

[dropcap]J[/dropcap]adual Budiey yang makin padat sehingga tak terkejar. Sibuk memanjang siang malam dengan kerja menguruskan blog dan menghadirkan diri di event… semua ni membuatkan Budiey jadi penat, lesu, tak bermaya dan ini dah tentu akan menjejaskan kesihatan Budiey. kalau tengok muka kat cermin, memang nampak rabak. Muka nampak penat, ramai yang jumpa Budiey, komen macam tu. Seddey!

Budiey tak terasa hati pun dengan teguran ini. Bagi Budiey, itu satu komen membina. Setidak-tidaknya, ini menggerakkan Budiey untuk mencari cara penyelesaiannya bagaimana untuk kelihatan bertenaga, lebih cergas dan yang penting nampak ohsem dan sihat.

Tips Wajah Cantik, Sihat & Segar Dengan CocoBelle

Apa Yang Best Produk Kolagen?

[dropcap]B[/dropcap]eberapa minggu lalu, kebetulan Budiey diperkenalkan dengan satu produk kolagen berjenama CocoBelle oleh seorang penerbit di Suria FM bernama Zafrina Abdul Rahman. Sebenarnya, Budiey kenal Zaf ni dah lama sejak dia mula bergelar penyampai radio di Suria FM lagi. Sekarang ni, Budiey tengok dia makin cantik dengan wajah yang segar dan fresh. Menurut kata Zaff, sekarang ni dia dilantik jadi duta produk CocoBelle keluaran syarikat Bumiputera, Dzar Global Holdings Sdn Bhd. Tahniah buat Zaf. Jadi, dia kata, dia dah guna produk kolagen CocoBelle ni untuk kecantikan dan kesihatan diri sejak beberapa bulan lalu.

[pullquote align=”right”]Patutlah Budiey nampak kulit Zaff makin cerah dan cantik sekarang ni. Zaf suruh Budiey cuba try guna dulu, tengok macamana hasilnya. Kata Zaf, kolagen ni bagus sebab ia mampu mengembalikan keanjalan kulit.[/pullquote]

Sebut pasal kolagen ni, Budiey tengok kat pasaran memang berlambak pun. Kadang-kadang tu tak tahu mana satu nak beli. Keliru gak yang mana satu yang betul-betul berkesan. Itu satu hal, yang lebih buat Budiey rasa ralat nak ambik kolagen ni sebab rasa dan taste nya tak berapa nak sedap. Kekadang meloyakan. Itu yang buat Budiey tak konsisten untuk ambil benda alah ni. Kadang-kadang ambil, kadang-kadang tak. Kalau macam ni lah, buat membazir duit je kan?

Kebetulan jumpa Zaff, jadi Budiey diberi penerangan yang panjang lebar tentang produk CocoBelle ni. Ternyata, produk CocoBelle ni tak sama dengan produk kolagen yang lain. Setelah dibuat kajian yang terperinci tentang produk kolagen dan amalan pengguna, Dzar Global Holdings Sdn Bhd mengeluarkan dua pilihan kolagen berbeza. Kedua-duanya menepati citarasa pengguna zaman sekarang yang sentiasa bergerak pantas mengejar masa dan ternyata ia mesra pengguna!

Melihat kesan pada wajah Zaf yang segar tu, Budiey jadi mulai tertarik dengan produk ini, lalu Budiey cuba guna trial pek dulu. Kalau kesannya mantap, barulah Budiey sambung penggunaan dan akan dapatkannya kat kedai. Itu janji Budiey pada Zaf.

Cocobelle

Khasiat CocoBelle

[dropcap]M[/dropcap]enurut kata Zaf, dua produk kolagen yang dikeluarkan ialah berbentuk minuman kolagen berperisa oren CocoBelle dan bar coklat Real Dark (coklat gelap) CocoBelle. Budiey difahamkan, produk ini mementingkan mutu dan kualiti yang maksimum. Jadi, khasiatnya memang berhasil dan sesuai untuk Budiey yang sentiasa sibuk ke sana ke mari menghadiri event.

[pullquote]Jadi, pendek kata, produk ini sesuai untuk semua golongan, tak kira jantina, tua atau muda. Kolagen enak CocoBelle ini disasarkan untuk anda yang berumur 27 tahun ke atas.[/pullquote]

Rasanya? Budiey boleh katakan di sini, rasanya sangat best. Enak! Yang penting berkhasiat dan ianya adalah makanan untuk kesihatan dan kecergasan minda juga. Rasanya tak meloyakan macam kolagen yang Budiey cuba sebelum ini. Tambahan pula, kolagen yang digunakan dalam produk CocoBelle ni dibuat daripada bahan kolagen marin. Ini memudahkan Budiey untuk ambil CocoBelle setiap hari. Sekarang dah jadi rutin. Bangun je pagi, Budiey akan rasa segar dan akan ingat untuk ambil segelas CocoBelle. Wajah Budiey pun dah makin segar, bercahaya dan kulit pula sihat, makin cerah. Kesannya sangat drastik juga walaupun dah seminggu Budiey guna.

Cocobelle

[dropcap]B[/dropcap]udiey juga dah cuba CocoBelle Real Dark Chocolate Collagen Bar yang ada banyak khasiat termasuklah melegakan tekanan dan yang penting ia baik untuk kesihatan jantung. Ia juga adalah makanan untuk otak yang sihat dan cergas.

Sebagai blogger dunia hiburan, Budiey tak lepas dari kritikan daripada selebriti dan artis tentang penampilan wajah. Kawan-kawan terdekat pun ramai yang komplen dengan wajah Budiey yang letih dan tak bermaya. Mata kuyu dan sentiasa tak cukup tidur. Budiey berterima kasih kepada mereka yang menegur. Kerana bagi Budiey, mereka adalah cermin diri kita, jadi tak salah untuk mengambil kritikan membina dari mereka yang terdekat.

Kerana komen merekalah menemukan Budiey dengan produk kolagen CocoBelle ni. Semasa produk ini dilancarkan baru-baru ini, Budiey antara blogger yang menyaksikan acara meriah ini disempurnakan oleh penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza kat Ampang, Selangor.

Tips Wajah Cantik, Sihat & Segar Dengan CocoBelle

[dropcap]M[/dropcap]enurut Pengerusi Eksekutif Dzar Global Holdings Sdn Bhd, Datuk Zawati Abd Rahman berkata, secara terperinci, produk CocoBelle dirumus dengan tiga bahan aktif untuk kesihatan dan kecantikan diri, iaitu kolagen daripada sumber marin, astaxanthin dan gluthothion adalah dua agen antioksidan yang kuat yang berupaya memusnahkan radikal bebas dan toksin di dalam badan. Ooh, dari situ Budiey faham mengapa kolagen ni sangat enak rasanya.

Katanya lagi, kolagen akan dapat berfungsi dengan lebih baik sekiranya badan kita bersih daripada toksin dan radikal bebas. Selain itu, produk CocoBelle juga mempunyai kandungan kolagen yang tinggi berbanding produk lain di pasaran. Produk CocoBelle mengandungi 5000 miligram (mg) kolagen.

“Pengguna kolagen CocoBelle akan dapat merasai kesan seawal dua minggu penggunaannya. Antaranya, kulit bertambah licin, anjal dan lembut. Pengambilan yang berterusan akan mengurangkan kedutan dan tanda penuaan. Rambut juga tidak mudah gugur, selain baik untuk gigi dan mengurangkan kesakitan sendi. Kolagen juga baik untuk meningkatkan sistem imunisasi dan antibodi serta dapat menstabilkan tekanan darah.”

Pasti ramai yang nak tahu berapa RM produk ni kan? Harga bagi produk CocoBelle adalah berpatutan dan adalah antara paling murah di pasaran. Minuman perisa oren kolagen enak CocoBelle berharga RM125 sekotak iaitu 15 sachets untuk penggunaan 15 hari, manakala coklat gelap CocoBelle RM130 sekotak iaitu 15 bar untuk penggunaan 15 hari.

Anda boleh memilih sama ada mengambil jenis minuman atau coklat. Kelebihan CocoBelle coklat adalah manfaat yang ada pada ‘dark chocolate’ atau coklat gelap yang baik untuk kesihatan jantung.

Tahap kandungan gula dalam kedua-dua produk CocoBelle memenuhi tahap yang dibenarkan dan penggunaan bagi orang yang menghidap penyakit diabetes mesti berlandaskan saranan doktor. Untuk tambahan, produk CocoBelle juga mendapat sijil kelulusan halal daripada JAKIM.

Kedua-dua produk CocoBelle ini boleh didapati menerusi stokis dilantik dan secara dalam talian. Pengguna yang inginkan maklumat lanjut boleh layari laman web www.dzarholdings.com atau Facebook : CocobelleMy , instagram : @cocobellemy dan Twitter : @cocobellemy

iklan cocobelle zaff

Nak meyakinkan lagi tentang kesan dan impak produk ini, anda boleh baca testimonial kat bawah ni:

“Peningkatan kesihatan fizikal saya sangat ketara dan saya menjadi lebih cergas! System pencernaan bertambah baik dan memberikan saya tidur yang sangat lena dan kulit saya bertambah gebu. Produk kolagen CocoBelle menampakkan hasil hanya selepas 2 minggu menggunakannya.” – Zafrina

“Saya sebenarnya susah makan ubat dan paling tidak suka minum ubat. Tetapi saya suka rasa CocoBelle. Saya telah mencuba bermacam-macam jenis kolagen sebelum ini, tetapi CocoBelle yang paling sedap! Itu yang membuatkan saya boleh minum secara berterusan.” – Nina Johari

“Dahulu sebelum minum kolagen CocoBelle saya sering mengantuk ketika bekerja terutama sekali pada sebelah petang. Selepas minum CocoBelle, rasa mengantuk dan letih hilang! Saya boleh bertahan dan bekerja sehingga sekurang-kurangnya lima jam tanpa henti. Seperkara lagi, kulit saya juga semakin lembab. Saya suka minum CocoBelle bersama air suam, sangat sedap!” – Shafida Saiman

“Macam tidak percaya, ibu saya menegur saya dengan mengatakan kulit badan saya kelihatan lebih segar berbanding dahulu. Belum habis sekotak, kesannya sudah kelihatan. Kulit kelihatan seperti memakai losyen.” – Aznurul Huda

“Kulit saya menjadi cerah dalam masa 2 minggu setelah minum CocoBelle. Orang ramai juga menegur yang kulit saya ‘glowing’. – Zafirah

”Terima kasih kepada Datuk Zawati Abd Rahman kerana mengeluarkan produk bar coklat gelap kolagen CocoBelle ini. Sedap, berbaloi di setiap gigitan dan saya tidak makan coklat lain lagi.” – Nadieya

“Coklat gelap sememangnya diketahui bagus untuk kesihatan, ditambah lagi dengan kandungan kolagen di dalamnya. Untuk saya yang mempunyai sakit gastrik dan sentiasa pedih perut, bekalan coklat kesihatan CocoBelle ini merupakan pilihan yang tepat. Cuba dahulu dan anda pasti akan kembali membuat pesanan belian.” – Norazura Zainul

“Percubaan pertama saya makan coklat gelap kolagen CocoBelle dan saya sukakanya!. Saya makan kolagen, saya makan coklat kerana ia 2 dalam 1 dan semestinya sedap.” – Hanie

“Sejak makan coklat kolagen CocoBelle, saya tidak makan coklat lain lagi. Coklat gelapnya memang sedap dan tidak manis. Tidak jemu dan muak serta coklatnya cair dalam mulut, memang sedap. Saya akan terus menjadi pelanggan tetap coklat CocoBelle.” – Azura

“Saya berusia 67 tahun dan mempunyai masalah kesihatan seiring peningkatan usia. Selepas seminggu minum CocoBelle, peningkatan kesihatan saya amat menakjubkan. Kesihatan fizikal saya bertambah baik dan saya menjadi lebih cergas serta bertenaga. Sakit sendi dan lutut saya juga hilang. cocoBelle sangat berkesan.” – Ahmad Tajudin Bukhari

“Selepas minum CocoBelle 2 minggu, saya rasa perubahan yang ketara pada kulit wajah saya. Pigmentasi dan eye bag berkurangan, kedutan di wajah dan leher juga berkurangan. Perubahan ini cukup meyakinkan saya untuk terus minum CocoBelle setiap hari. Saya syorkan kepada semua untuk mencuba. Percaya atau tidak, saya adalah nenek kepada 6 orang cucu.” – Yusmilawati Ibrahim

“Kelebihan dalam tahap kesihatan CocoBelle sangat menakjubkan. Saya berusia 58 tahun dan telah mengalami sakit sendi dan keletihan sejak dulu lagi. Dalam masa 10 hari setelah minum CocoBelle, sakit sendi dan sakit lutu saya berkurangan dan saya boleh berjalan lebih laju dan tiada masalah ketika bangun atau duduk.” – Zalilah Abd Rahman

 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Menangi Samsung Galaxy S4 Zoom dari Budiey.com

Pemilik Pertama Nissan Leaf Terima Kunci