in ,

Peraduan Menangi Pass Masuk Ke Festival Filem Malaysia 24

Festival Filem Malaysia merupakan acara kemuncak bagi industri filem Malaysia. Festival tahun ini merupakan yang ke 24 dalam siri FFM. Bakal diadakan di Dewan Planery, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya pada hari Ahad, 20 November 2011 jam 7.30 malam festival ini bertujuan meraikan kejayaan karyawan industri dan merangsang usaha memartabatkan industri perfileman tanahair yang kini menampakkan kegemilangan industri perfileman tanah air.

Festival Filem Malaysia ke-24 akan disiarkan secara langsung di Saluran Astro Prima (105).

FFM24

Festival Filem Malaysia ke-24 akan dihoskan oleh Johan Raja Lawak & Ogy Ahmad Daud. Mesti kecoh, kan?

Filem-filem terbitan tempatan telah berjaya melakarkan garis tertinggi kutipan panggung dan memecah tembok boxoffice kutipan filem Adnan Sempit yang berjaya mengutip RM 7.66 juta. Filem Nyangkong telah berjaya mengutip RM 8.18 juta dan disusuli dengan filem Kurafat yang telah berjaya mengutip sebanyak RM 8.07 juta (masih ditayangkan lagi). Hantu Kak Limah Balik Rumah pula menyusul di tangga ke 3 dengan kutipan sebanyak RM 7.9 Juta. Jelas bahawa ketiga-tiga filem ini berjaya megatasi angka kutipan fenomena Adnan Sempit.

Fenomena yang melanda industri perfileman negara ini boleh menjadi satu lonjakan untuk penerbit-penerbit terus menghasilkan filem tempatan yang bermutu dan mampu merangsang satu kreativiti dan penjanaan ekonomi warga filem tempatan.

Kemunculan kemera berkualiti HD yang lebik kompek dan murah juga telah merangsang penerbit-penerbit indi untuk menghasilkan filem yang lebih murah tetapi setanding dari segi kualiti penerbitan.

Jumlah panggung juga telah membawa kepada limpahan penonton yang menjanjikan masa depan yang lebih gemilang untuk industri perfileman tanahair. Jumlah penonton bertambah dari 44.13 juta pada tahun 2009 ke 48.22 juta pada tahun 2010. Jumlah panggung juga bertambah dari 93 buah kepada 99 buah panggung dengan penambahan skrin dari 485 ke 566 skrin di seluruh Malaysia.

Filem-filem Malaysia dapat menonjolkan diri lebih ke hadapan di arena pasaran tempatan dan antarabangsa lalu bersaing dengan filem import. Filem animasi Upin dan Ipin telah menempa sejarah tersendiri dan telah membuka mata masyarakat dunia akan kemampuan filem kita bersaing di peringkat global.

Bukan itu sahaja, kejayaan demi kejayaan dicapai oleh filem-filem Malaysia di peringkat festival antarabangsa. Walaupun dengan beberapa kontroversi yang dihangatkan oleh media, hakikatnya ialah filem Malaysia sedang mengorak langkah melangkau ke persada lebih besar.

Sesungguhnya seni perfileman kini semakin mendapat tempat di hati karyawan dan juga peminat filem tanah air. Lebih menggalakkan lagi, seni perfileman kini menjadi satu pilihan utama kerjaya anak-anak muda yang lebih berpelajaran, lebih kreatif dan bersemangat tinggi.

Ini menunjukkan kejayaan usaha kerajaan menggalakkan pengeluaran filem cereka melalui bantuan modal, khidmat sokongan, kemudahan teknikal dan lain-lain. Ini juga menunjukkan pengusaha filem yakin terhadap pasaran dan masa depan filem Malaysia, sungguhpun diketahui banyak risiko, saingan dan cabaran dalam bidang perfileman ini. Dan usaha-usaha ini jelas menuju ke arah kejayaan yang lebih besar.

Budiey ada 12 pas masuk ke Festival Filem Malaysia utk pembaca budiey.com

Salam kepada semua pembaca Sensasi Selebriti,

Budiey ingin memberikan kepada anda 14 keping pass menonton Festival Filem Malaysia 24 di Dewan Planery, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya pada 20 November 2011 kepada 7 orang pembaca.

Selain dapat hadir di Malam Anugerah Gemilang Perdana FFM24, pembaca yang menang juga akan mendapat jemputan ke Majlis Perasmian & Malam Anugerah Gemilang Cipta FFM24 yang akan diadakan di Panggung Anniversary, Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur, jam 7.30 malam, hari Rabu, 16 November 2011.

Setiap pembaca yang menang dapat 2 keping tiket) untuk setiap pemenang yang dapat menjawab soalan berikut:

Soalan 1:
1. Namakan dua orang pengacara Festival Filem Malaysia 24?

Soalan 2:
2. Apakah tema Festival Filem Malaysia 24?

Lengkapkan slogan ini dengan kreatif:
Festival Filem Malaysia 24 akan lebih menarik jika…. (tidak lebih daripada 15 patah perkataan)

Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Twitter:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Menangi Pass Masuk Festival Filem Malaysia 24

Tarikh tutup peraduan:
16 November 2011 – jam 2 petang

SYARAT & PERATURAN:

  1. Penyertaan ini terbuka kepada semua pembaca Sensasi Selebriti yang menetap di Semenanjung Malaysia sahaja.
  2. Pertandingan ini adalah terbuka kepada mereka yang berumur 18 tahun ke atas sahaja
  3. Semua pemenang akan dihubungi melalui email & twitter
  4. Pemenang perlulah memberikan butir-butir peribadi yang lengkap seperti Nama, Twitter, No. Kad Pengenalan, Alamat, Nombor Telefon dan Alamat E-mel sebelum layak memenangi tiket yang ditawarkan
  5. Pemenang perlulah menjawab soalan yang diberikan dengan tepat untuk memenangi tiket yang ditawarkan
  6. Setiap orang hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan. Mereka yang menghantar lebih dari satu akan dibatalkan kelayakan.
  7. Hadiah tidak boleh ditukar dengan wang tunai dan pihak penganjur mempunyai hak untuk menukar hadiah dengan sesuatu yang mempunyai nilai yang sama tanpa notis terdahulu.
  8. Tiket-tiket yang dimenangi akan diberikan kepada pembaca sebelum majlis berlangsung.
  9. Keputusan juri adalah muktamad.
  10. Pihak penganjur adalah tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa maklumat yang tidak betul atau tidak tepat yang dihantar oleh para peserta dan tidak boleh dipertanggungjawabkan ke atas apa-apa kesilapan, ketinggalan, gangguan, pemotongan, kecacatan, kelewatan dalam operasi atau transmisi dalam pertandingan ini
  11. Dengan menyertai peraduan ini, pembaca bersetuju terikat dengan Syarat dan Peraturan serta keputusan Sensasi Selebriti.
  12. Pihak penganjur berhak untuk meminda Terma dan Syarat pada bila-bila masa tanpa notis terdahulu

Terima kasih kepada pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Quote of The Day: It’s All Bullshit – Zarina An Jolie

Forensic Investigators