in ,

Peraduan Menangi Pass Anugerah Industri Muzik 18

Salam kepada semua pembaca Sensasi Selebriti,

Yang korang tunggu-tunggu dah pun tiba. Budiey ingin memberikan kepada anda 20 keping pass menonton AIM18 secara live di Stadium Putra Bukit Jalil kepada 10 orang pembaca (setiap pembaca yang menang dapat 2 keping tiket) yang dapat menjawab soalan berikut:

Soalan 1:
1. Sebutkan 3 orang penyanyi yang akan buat persembahan di AIM18

Soalan 2:
2. Sebutkan 2 orang pengacara karpet biru AIM18?

Lengkapkan slogan ini dengan kreatif:
Saya mahu menonton Anugerah Industri Muzik secara live di Stadium Putra Bukit Jalil kerana…. (tidak lebih daripada 15 patah perkataan)

Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Twitter:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Menangi Pas Anugerah Industri Muzik 18

Tarikh tutup peraduan:
10 November 2011

SYARAT & PERATURAN:

  1. Penyertaan ini terbuka kepada semua pembaca Sensasi Selebriti yang menetap di Semenanjung Malaysia sahaja.
  2. Semua pemenang akan dihubungi melalui email.
  3. Setiap orang hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan. Mereka yang menghantar lebih dari satu akan dibatalkan kelayakan.
  4. Hadiah tidak boleh ditukar dengan wang tunai dan pihak penganjur mempunyai hak untuk menukar hadiah dengan sesuatu yang mempunyai nilai yang sama tanpa notis terdahulu.
  5. Tiket perlu diambil dari Budiey sebelum jam 7 malam atau sebelum AIM18 berlangsung
  6. Keputusan juri adalah muktamad.
  7. Dengan menyertai peraduan ini, pembaca bersetuju terikat dengan Syarat dan Peraturan serta keputusan Sensasi Selebriti.

Terima kasih kepada pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Mah tiket AIM utk korang. Jgn lupa join contest budiey.com ya!

20 keping Tiket AIM18 utk pembaca budiey.com. Sape nak, jgn lupa join contest di budiey.com ye!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Pencalonan Filem Anugerah Skrin 2011

AIM18 Umum Pengacara Penyampai & Persembahan