in , ,

Peraduan Menang Premium Edisi Terhad Filem Disney’s The Little Mermaid 

Nah! Ini adalah hadiah istimewa buat semua pembaca setia & selebriti yang melayari blog ini! Jadi, apa korang tunggu lagi, cepat sertai peraduan ini untuk memenangi hadiah menarik yang ditawarkan.

Disney kembali menayangkan Live Action dari salah sebuah filem yang berjudul The Little Mermaid. Filem yang dibintangi Halle Bailey ini merupakan filem fantasi muzikal yang diarah oleh Rob Marshall.

Filem ini merupakan adaptasi dari film animasi berjudul sama berdasarkan dongeng ciptaan Hans Christian Anderson yang dirilis pada tahun 1989.

LTMER_006C_G_ENG-MY_27x39_

The Little Mermaid mengisahkan tentang Ariel, puteri duyung yang merupakan anak bongsu dari Raja Triton, penguasa kerajaan bawah laut Atlantica. Ariel yang terpesona oleh dunia manusia akhirnya jatuh cinta dengan pangeran Eric.

Awal pertemuan keduanya adalah saat Ariel menyelamatkan Eric semasa kapalnya karam. Ariel yang jatuh cinta pun memutuskan untuk menemui jejaka idaman di dunia atas air.

Perjalanan sepanjang mencari Eric telah membawa Ariel pada konflik dengan ayahnya yang dibawah cengkaman seorang tukang sihir laut bernama Ursula.

Disney’s The Little Mermaid dibintangi oleh barisan pelakon ternama. Antaranya Halle Bailey yang memegang watak sebagai Ariel. Sementara watak Eric pula dibawa oleh Jonah Hauer-King.

Sementara watak dan karakter Antagonis, Ursula tukang sihir laut berbahaya dibawakan oleh Melissa McCarthy. Ada juga pelakon Javier Bardem yang memerankan Raja Triton, penguasa laut Atlantic dan juga ayah kepada Ariel.

Disney’s The Little Mermaid akan ditayangkan di pawagam tempatan pada 25 Mei 2023.

Peraduan Menang Premium Edisi Terhad Filem Disney’s The Little Mermaid 

Sensasi Selebriti dengan kerjasama The Walt Disney Company (Malaysia) ingin menghadiahkan barangan Premium Edisi Terhad untuk pembaca setia Budiey.com.

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey #TheLittleMermaidMY

TLM_Bucket Hat

Limited Edition Disney’s The Little Mermaid Bucket Hat x 5

TLM_Pen

Limited Edition Disney’s The Little Mermaid Pen x 5

TLM_Accessories Tray

Limited Edition Disney’s The Little Mermaid Silicone Notebook x 5

Limited Edition Disney’s The Little Mermaid Accessories Tray x 5

TLM_Pocket Mirror

Limited Edition Disney’s The Little Mermaid Pocket Mirror x 5

Apa yang korang perlu buat ialah:

Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Jawab soalan mudah ini:

  1. Apakah yang berlaku berdasarkan babak di minit 1:00 dalam trailer filem ini: https://youtu.be/lnOxAk3iDmI
  2. Siapakah yang melakonkan watak jahat dalam filem Disney’s The Little Mermaid
  3. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu menang peraduan Disney’s The Little Mermaid  kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Instagram:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

budiey_ismas[at]yahoo.com

dengan tajuk email: Peraduan Filem Disney’s The Little Mermaid 

Tarikh tutup peraduan:

20 Jun 2023

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email.

Terima kasih kepada The Walt Disney Company dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem yang cukup menarik ini mulai 25 Mei 2023.

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SAMSUNG

Mengimaginasikan Semula Boleh Lipat di Galaxy Z Fold & Galaxy Z Flip

RONAN KEATING

Ronan Keating Kembali Menjayakan Konsert Satu Malam Ogos Ini