in ,

Peraduan Menang Premium Edisi Terhad Disney’s Mary Poppins Returns

Disney’s Mary Poppins Returns terbitan Walt Disney Pictures yang ditayangkan bersempena dengan Hari Natal kali ini membangkitkan isu kesempitan hidup disamping jenayah kolar putih yang diambil kesempatan oleh pengurus bank bagi merampas hakmilik orang awam. Sertai peraduan ini untuk memenangi hadiah-hadiah menarik!

Salam semua pembaca Budiey.com, sebuah filem dalam rangkaian filem Mary Poppins yang berjudul Disney’s Mary Poppins Returns kembali beraksi dan mengegarkan pawagam seluruh Malaysia mulai 24 Disember 2018 ini dengan aksi yang cukup mengujakan. Haa, pasti ramai yang tertanya-tanya, bagaimana pula kisah selanjutnya dalam filem ini kan?

MPOPR_001A_G_ENG-MY_27x39
©2018 DISNEY

Disney’s Mary Poppins Returns terbitan Walt Disney Pictures yang ditayangkan bersempena dengan Hari Natal kali ini membangkitkan isu kesempitan hidup disamping jenayah kolar putih yang diambil kesempatan oleh pengurus bank bagi merampas hakmilik orang awam.

Kisah berlakar di London pada 1935 sewaktu zaman inflasi dunia, Michael Banks lakonan Ben Whishaw yang kehilangan isteri terpaksa menyara sendiri tiga anaknya yang masih kecil. Disebabkan salah pengurusan wang, Presiden Fidelity Fiduciary Bank, William “Weatherall” Wilkins Jr. (Colin Firth), mengambil kesempatan dengan melupuskan dokumen saham kepunyaan keluarga Banks yang memungkinkan Banks mencagarkan sebagai penyelamat daripada rumah peninggalan keluarga mereka daripada digadai pihak bank.

Mary Poppins Returns
©2018 DISNEY

Dari situlah Mary Poppins lakonan  Emily Blunt kembali sekali lagi bagi menyelamatkan keluarga Banks. Dalam siri yang lalu, Mary Poppins pernah rapat dengan keluarga Banks sebelum ini.

Sebagai malaikat yang turun ke bumi, tugas Mary Poppins hanya perlu sedarkan kepada umat manusia yang dibantu bahawa tidak ada yang mustahil di dalam dunia ini dan tidak salah untuk berkhayal dalam mencapai cita-cita, terutama berusaha untuk mencapai sesuatu.

Disney’s Mary Poppins Returns ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 24 Disember 2018.

Peraduan Menang Premium Edisi Terhad Disney’s Mary Poppins Returns

Sensasi Selebriti dengan kerjasama The Walt Disney Company ingin menghadiahkan Premium Edisi Terhad untuk Budieyators dan pembaca setia Budiey.com. Selain barangan Premium Edisi Terhad, anda juga berpeluang untuk menang 20 tiket menonton filem ini di tayangan premiere:

MPR_Pocket Mirror
Limited Edition Disney’s Mary Poppins Returns Pocket Mirror x 5

MPR_Umbrella
Limited Edition Disney’s Mary Poppins Returns Umbrella x 5
MPR_Memo Pad
Limited Edition Disney’s Mary Poppins Returns Memo Pad x5
MPR_USB Drive_2
Limited Edition Disney’s Mary Poppins Returns USB Drive x5
MPR_Scarf
Limited Edition Disney’s Mary Poppins Returns Scarf x5

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey #MaryPoppinsReturns

Apa yang korang perlu buat ialah:

1.  ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menang hadiah barangan Premium Edisi Terhad ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

3. Jawab soalan mudah ini:

  1. Apakah yang berlaku di minit 1:00 dalam trailer filem ini.
  2. Namakan watak yang memegang watak antagonis dalam filem ini.

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu menang peraduan Disney’s Mary Poppins Returns kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Menonton Filem Disney’s Mary Poppins Returns

Tarikh tutup peraduan:

15 Januari 2019

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada The Walt Disney Company dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem yang cukup menarik ini mulai 24 Disember 2018.

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Buletin Utama Perkenal Pembaca Berita Baharu

Filem KESEMPATAN KEDUDA Lakonan Zizan Razak