in ,

Hanya Shuib Sahaja Telah Dipanggil Beri Keterangan Di SPRM

Susulan daripada penyebaran berita mengenai pasangan artis iaitu Shuib Sepahtu dan Siti Sarah yang dipanggil ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), satu kenyataan telah dikeluarkan oleh pengurusan kedua-dua artis berkenaan.

Pengurus kepada pasangan selebriti itu, Nana Mohamad Rom berkata, hanya Shuib sahaja yang ditahan dan kehadiran Siti Sarah ke sana hanyalah sekadar menemani suaminya.

“Buat masa ini pihaknya tidak dapat mengeluarkan apa-apa kenyatan rasmi berkaitan kes tersebut.

“Kita tidak boleh beri keterangan kerana tidak mahu mengganggu siasatan SPRM dan menghormati sistem perundangan negara,”

– Nana
shuib

Menurut Nana, pihaknya akan memastikan Shuib memberi kerjasama penuh terhadap SPRM bagi membantu siasatan.

Jelasnya, pihaknya kini juga sedang menunggu perkembangan selanjutnya dari SPRM.

Petang tadi, media melaporkan yang pasangan itu dipanggil SPRM selepas disyaki terlibat dengan kes pengubahan wang haram melibatkan perniagaan air minuman mereka.

Difahamkan, beberapa individu termasuk selebriti lain yang mempunyai kaitan dengan kes terbabit mungkin akan dipanggil. 

*Sumber: KopiPlanet

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

KEMENTERIAN Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Sedia Bantu M Daud Kilau

Peraduan Menang Pass PERCUMA Japanese Film Festival 2020