in , ,

Peraduan Menang Hamper dari Wellous Malaysia

Baru-baru ini, Budiey diperkenalkan dengan satu produk keluaran dari Wellous Malaysia iaitu TIGROX – Tiger Milk King, Cendawan Susu Harimau. Jadi, kepada anda yang mahu memenangi hamper produk ini, apa kata sertai peraduan ini!

Apa itu Cendawan Susu Harimau? Cendawan Susu Harimau atau nama Inggerisnya TIGER MILK MUSHROOM, atau kalau secara saintifiknya adalah Lignosus Rhinocerus bukanlah seperti cendawan yang lain kerana ianya amat sukar ditemui dan bukanlah sesuatu yang anda boleh perolehi di pasar basah atau pasar kering.

Rata-ratanya cendawan ini ditemui di hutan belantara. Cendawan ini tumbuh secara tunggal atau individual dan bukan berkelompok seperti cendawan lain.

Cendawan ini mempunyai tiga bahagian utama, iaitu payung, batang dan ubi. Khasiat cendawan ini terletak pada bahagian ubinya (sclerotium). Bahagian dalam ubinya berwarna putih susu, seolah-olah seperti warna susu harimau.

Peraduan Menang Hamper dari Wellous Malaysia

Pentingnya Menjaga Kesihatan Paru-Paru (Pernafasan)

Hampir 2 juta penghidap lelah di Malaysia tidak menyedari masalah mereka ini sangat serius dan mengancam nyawa.

Di Malaysia penghidap asma lebih ramai dalam kalangan kanak-kanak sehingga 7.1 peratus berbanding anggaran 4.5 peratus bagi golongan dewasa. Asma adalah penyakit paru-paru kronik yang membengkak dan menyempitkan saluran pernafasan.

Semasa serangan asma, pesakit mungkin mengalami ‘wheezin’ (berbunyi bersiul apabila sedang bernafas), kesesakan dada, sesak nafas dan batuk. Batuk yang sering berlaku adalah pada waktu malam atau awal pagi. Asma boleh menjadi penyakit yang mengancam nyawa jika tidak dirawat. Sekiranya tidak dirawat, gejala mungkin menjadi lebih teruk dan menjadi lebih rumit untuk dikawal.

Apabila keradangan berpunca daripada faktor luaran dan dalaman, dinding-dinding saluran udara membengkak dan lendir berkumpul. Otot saluran pernafasan mengalami bronkospasma menyebabkan saluran udara menjadi lebih sempit dan menyukarkan pertukaran gas.

Oleh kerana asma menyebabkan rintangan atau halangan untuk pertukaran udara, ia juga dikenali sebagai penyakit paru-paru yang menghalang. Penyakit asma boleh menyerang dan kembali pulih seperti biasa. Asma tidak boleh sembuh sepenuhnya tetapi ia boleh dikawal.

Antara faktor-faktor yang boleh menyebabkan asma berlaku adalah:

  1. Jangkitan pernafasan dan selesema
  2. Pendedahan kepada asap rokok
  3. Reaksi alahan atau alergi kepada debunga, kulat, bulu haiwan, bulu, habuk, makanan, dan lipas
  4. Pencemaran udara dalaman dan luaran, termasuk ozon dan pencemaran zarah
  5. Pendedahan kepada udara sejuk atau perubahan suhu secara tiba-tiba
  6. Tekanan (stress)
  7. Latihan (senaman)
  8. Ubat-ubatan termasuk aspirin dan ubatan anti-radang bukan steroid seperti asid mefenamik (ponstan) atau ibuprofen

Cara Mengelak Asma Selain Ubat

  • Berhenti merokok dan pendedahan minimum kepada asap rokok
  • Vaksinasi seperti vaksin influenza dan vaksin pneumonia boleh membantu dalam kawalan penyakit asma
  • Pengambilan suplemen dan gaya hidup yang sihat
Wellous Lancar Produk TIGROX, Lantik Jack Lim Sebagai Duta Produk

MEREKA YANG MEMPUNYAI SIMPTOM INI DIGALAKKAN UNTUK MENGAMBILNYA

✔Lelah & bronkitis
✔Masalah paru-paru
✔Batuk yang berpanjangan
✔Alahan berkaitan pernafasan
✔Perokok/penghidu asap rokok
✔Terdedah kepada pencemaran udara
✔Keadaan badan yang lemah


KEBAIKAN TIGROX – TIGER MILK KING (CENDAWAN SUSU HARIMAU)

📌meningkatkan fungsi paru-paru
📌menyegarkan paru-paru 
📌membantu merawat hidung sensitif dan hidung 
 tersumbat 
📌membantu merawat alahan berkaitan pernafasan
📌meningkatkan ketahanan badan terhadap virus dan kekuatan
 tubuh badan

Kenapa pilih Tigrox – Tiger Milk King (Cendawan Susu Harimau)?

  1. Cendawan Susu Harimau TMK β-Active 50% yang disemai, mirip dengan proses pertumbuhan cendawan susu harimau semula jadi, ianya organik, bebas bahan kimia dan bebas sisa nitrogen.
  2. Cendawan semaian lebih berkhasiat daripada liar kerana cendawan semaian berada di bawah kawalan ketat ketika proses penanaman, mematuhi piawaian keselamatan dan kesihatan, mempunyai penghasilan yang stabil, kualiti yang baik dan lebih berkesan.
  3. Minuman kesihatan yang mesra pengguna, kandungan air dan ramuan yang sempurna! Bersaiz poket, mudah dibawa, senang koyak dan terus minum.
  4. Mempunyai dua perisa buah-buahan iaitu mangga dan loquat, tidak pahit seperti ubat tradisional Cina, manis dan tidak melekit.
WELLOUS MALAYSIA

Budiey Channel dengan kerjasama Wellous Malaysia ingin menghadiahkan hamper untuk pembaca setia.

Caranya mudah sahaja anda hanya perlu menonton Podcast BORAK SINI HABIS SINI – TIPS MENJAGA KESIHATAN PARU-PARU BERSAMA DR JEZAMINE LIM.

Kemudian, anda perlu menjawab tiga soalan ini:

  1. Apa Itu Tiger Milk Mushroom?
  2. Apakah khasiat produk TIGROX – Tiger Milk King?
  3. Apakah url untuk Facebook Wellous Malaysia:

Slogan: Saya mahu menang hadiah hamper dari Wellous Malaysia adalah kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada: budiey_ismas[at]yahoo.com

dengan tajuk email: Peraduan Menang Hamper dari Wellous Malaysia

Tarikh tutup peraduan:

25 Februari 2022

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email.

Terima kasih kepada Wellous Malaysia dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Jom Menonton Filem UNCHARTED

Ismail Izzani Lancar Lagu KAMU bergenre pop elektronik