in , ,

Menangi Hadiah Percutian ke Korea Bersama Pelakon She Was Pretty & Blimey!

Sekiranya anda mengikuti perkembangan terkini tentang siri terbaru Viu Original, She Was Pretty, anda mungkin mahu mula merancang untuk percutian lima hari empat malam ke Korea Selatan!

Peraduan ini diumumkan oleh Blimey semasa majlis pelancaran drama Viu Original di Tropicana Gardens Mall pada 21 Jun. Peraduan ini bakal menyaksikan dua pasangan bertuah memenangi percutian ke Korea Selatan, ditemani pelakon utama She Was Pretty, Diana Danielle dan Alvin Chong, dan Blimey! 

Anda hanya perlu mengikuti akaun rasmi Instagram dan TikTok @ViuMalaysia dan @BlimeyToYou, serta nantikan posting  babak terpilih She Was Pretty setiap minggu.

Peraduan Menang Hadiah Percutian ke Korea bersama pelakon She Was Pretty & Blimey!

Muat naik video anda melakonkan semula atau memparodikan adegan tersebut di akaun Instagram atau TikTok anda, dan jangan lupa untuk dan hashtag #SheWasPrettyMalaysia #SheWasPrettyContest, serta tag @ViuMalaysia @Blimeytoyou. 

Dapatkan dan isi borang peraduan di sini atau di akaun Instagram Viu Malaysia dengan butiran peribadi anda dan pautan ke video anda, beserta slogan ‘Saya nak bercuti di Korea bersama BLIMEY, Diana Danielle dan Alvin kerana….’ tidak lebih daripada 15 patah perkataan. 

Peraduan Menang Hadiah Percutian ke Korea bersama pelakon She Was Pretty & Blimey!

Arahan-arahan ini boleh didapati daripada video oleh Blimey di sini

Peserta dengan penyertaan lengkap setiap minggu dengan karya video kreatif dan slogan yang menarik akan mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk menang. Pertandingan ini berlangsung bermula 30 Jun hingga 28 Julai.

Adaptasi drama Korea She Was Pretty versi Malaysia dibintangi oleh Diana Danielle, Aiman Hakim iuRidza, Alvin Chong dan Daniella Sya kini ditayangkan di Viu, dengan dua episod setiap Khamis, dan tiga episod pada minggu akhir tayangan.

Penonton Viu boleh menonton siri ini di aplikasi Viu, yang boleh didapati secara percuma di App Store, Google Play, Huawei App Gallery dan televisyen pintar terpilih serta laman web www.viu.com.

Tertakluk kepada terma dan syarat.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

11 Program Khas Aidiladha Di TV2, Bertemakan Indahnya Pengorbanan

Al-Issa dan Penubuhan Wacana Sederhana dari Mekah ke Asia Timur