in ,

Peraduan Menang CD Album Yuna NOCTURNAL

Selepas beberapa bulan dilancarkan, album terbaru Yuna, NOCTURNAL masih lagi mendapat sambutan hangat daripada pendengar seluruh dunia. Ini menjadikan Yuna semakin bersemangat untuk terus mempromosikan album yang memuatkan 11 buah lagu ini.

Melepasi bulan ketiga tahun ini, jadual kerjaya Yuna makin padat. Dengarnya, jadual kerja Yunalis Zarai telah disusun sehingga Aidilfitri yang bakal disambut pada Julai depan. Sekarang ini, Yuna sibuk mempromosikan album NOCTURNAL termasuk siri jelajah di benua Eropah, tak lama lagi.  Ini menyebabkan Yuna tak berpeluang berhimpun bersama selebrti tempatan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013.

yuna nocturnal album

Budiey mendapat khabar, Yuna yang kini bernaung di bawah label Verve Records ini bakal membawa Nocturnal ke empat bandar raya di Eropah iaitu di Berlin, Paris, London dan Amsterdam sehingga akhir bulan ini. Sebaik sahaja siri jelajah di Eropah berakhir, Yuna perlu kembali ke Los Angeles dan Grass Valley, California sehingga Julai depan.

“Ini adalah siri jelajah pertama di Eropah dan saya sangat teruja. Saya berharap semuanya berjalan lancar dan tak sabar untuk melihat hasil album Nocturnal di sana.”

Semua lagu dalam album ini keseluruhannya dihasilkan oleh Yuna sendiri, album Yuna Nocturnal sudah dilancarkan di Amerika Syarikat (AS) pada 29 Oktober lalu dan mendapat sambutan yang hangat dari penggemar muzik.  Yuna berkata, penerimaan peminat terhadap albumnya itu amat positif dan menggalakkan sejak ia dilancarkan.

Album Yuna Nocturnal yang mengambil masa enam bulan dihasilkan Yuna memuatkan lagu seperti Falling, Mountains, Rescue, I Want You Back, Escape, I Wanna Go, Come Back dan Someone Who Can.

Menariknya, album ini mendapat ulasan yang sangat positif dan memberangsangkan dari media di sana. Antaranya:

Certified indie cred and massive pop potential” – Rolling Stone

Her music is gorgeous” – The New York Times

A deeply refreshing addition to America’s musical landscape” – Complex Magazine

Distinctive blend of organic pop, R&B soul and acoustic folk while also digging deeper into her huge bag of pop star potential” – Okayplayer.com

Her soft and tender chords make Nocturnal work without sonically turning away from her overall cosy and sultry style” – The Daily Cougar

Refreshing to hear her music and lyrics that are honest and eye-opening at the same time, in a realm (pop music) where we so often speak down to a certain groups of people in a record” – Concreteloop.com

Like a Suzanne Vega who doesn’t need a remix” – emusic.com

Nocturnal is one of the most honest and intoxicating albums of 2013” – exclaim.ca

Nocturnal is a crisp and beautiful exploration of sunny pop songs with unique instruments providing a multicultural backdrop” – Groundsounds.com

The deluxe package will include 3 (three) additional brand new studio recordings.

Standard and deluxe both include:

1. Falling
2. Mountains
3. Rescue
4. Lights and Camera
5. Lovely Intermission
6. Someone Who Can
7. I Want You Back
8. Come Back
9. Colours
10. I Wanna Go
11. Escape

Deluxe includes bonus tracks:

12. Hanging On
13. Bravest Everything
14. Call Everyone

Peraduan Menang CD Album Yuna NOCTURNAL

[dropcap]B[/dropcap]uat peminat Yuna, Universal Music Malaysia ingin menawarkan hadiah menarik berupa CD album Yuna berjudul  NOCTURNAL yang ditandatangani sendiri oleh Yuna untuk pembaca Budiey Dot Com!

Terima kasih Universal Music Malaysia.

Yuna Nocturnal Cover Album

5 X CD album Yuna berjudul  NOCTURNAL yang ditandatangani sendiri oleh Yuna

Anda hanya perlu menjawab 3 soalan mudah & cipta slogan kreatif

Soalan 1:
Berapakah persalinan busana yang dipakai oleh Yuna dalam video klip Falling?

Soalan 2:
Apakah maksud Nocturnal?

Slogan: Saya menggemari album Nocturnal dari Yuna kerana… (tidak lebih 15 patah kata)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:
Twitter:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

Tarikh tutup peraduan:
10 April 2014

Tajuk Email: Peraduan Menang CD Album Yuna NOCTURNAL

SYARAT & PERATURAN:

  1. Penyertaan ini terbuka kepada semua pembaca Sensasi Selebriti yang menetap di Semenanjung Malaysia sahaja.
  2. Semua nama pemenang akan diberitahu melalui email.
  3. Hadiah akan dihantar melalui pos.
  4. Keputusan juri adalah muktamad.
  5. Dengan menyertai peraduan ini, pembaca bersetuju terikat dengan Syarat dan Peraturan serta keputusan Sensasi Selebriti.

Terima kasih kepada Universal Music Malaysia dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Yuna

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Wardrobe Sharpens The Art Of Casual Dressing

Bintang Hollywood Terkenal Meriahkan Nickelodeon Kids Choice Awards Ke-27