in , ,

Peraduan Tayangan Premiere With Budiey GOOSEBUMPS 2: HAUNTED HALLOWEEN

Budiey dengan kerjasama Sony Pictures Malaysia mahu memberikan hadiah berupa tiket-tiket untuk menonton filem ini di sebuah tayangan istimewa. Terima kasih banyak Sony Pictures Malaysia!

Salam semua pembaca Budiey.com, sebuah filem aksi yang cukup menarik berjudul GOOSEBUMPS 2: HAUNTED HALLOWEEN akan menemui penonton tidak lama lagi.

GOOSEBUMPS 2: HAUNTED HALLOWEEN merupakan filem bergenre seram komedi yang digarap oleh Ari Sandel (When We First Met, Monster High) selaku pengarah diadaptasi dari buku kanak-kanak berjudul Goosebumps karya dari R. L. Stine. Filem ini menjadi sekuel dari filem pertamanya, GOOSEBUMPS yang dikeluarkan pada tahun 2015 lalu.

GOOSEBUMPS 2: HAUNTED HALLOWEEN

Jadi, dengan itu, Budiey dengan kerjasama Sony Pictures Malaysia mahu mengajak anda menghadiri Tayangan Premiere Filem GOOSEBUMPS 2: HAUNTED HALLOWEEN yang akan diadakan di GSC 1 Utama pada 23 Oktober 2018. Terima kasih banyak Sony Pictures Malaysia!

Filem Goosebumps 2 tak dibintangi oleh pelakon dalam filem pertamanya melainkan digantikan iaitu Jeremy Ray Raylor (It, It Chapter Two), Madison Iseman (Jumanji Welcome to the Jungle, The Fox Hunter), Caleel Harris (Skyward, Castle Rock) dan Wendi McLendon-Covey (What Men Want, Whaling).

Mereka membawa watak sesuai dengan babak yang telah dibuat oleh Rob Lieber (Time Freak, Peter Rabbit) setelah mengembangkan cerita dari buku kanak-kanak ke dalam filem ini.

Filem ini awalnya berjudul Goosebumps HorrorLand, kemudian diubah menjadi Goosebumps: Slappy’s Revenge. Sebelumnya pengarah filem, Ari Sandel menyarankan jika filemnya berjudul Goosebumps: Slappy Halloween di dalam posting instagramnya dan diperkuat oleh R. L. Stine melalui twitter. Namun pada akhirnya, film kedua Goosebumps secara rasmi berjudul Goosebumps 2: Haunted Halloween melalui pelancaran rasmi trailer filemnya.

Diterbitkan oleh Deborah Forte (Mortal Engines) dan Neal H. Moritz (PassengersThe Fate of the Furious) dengan produksinya iaitu Columbia Pictures, Sony Pictures Animation, Original Film Scholastic Entertainment dan Silvertongue Films.

Kepada yang nak tonton filem ini, nantikan sahaja filem ini yang akan berada di pawagam mulai 25 Oktober 2018.

Untuk kalian yang menyukai filem yang mengujakan ini pastinya filem aksi hebat dan suspen ini sesuai untuk kalian semua.

Sinopsis Filem GOOSEBUMPS 2: HAUNTED HALLOWEEN

Filem GOOSEBUMPS 2: HAUNTED HALLOWEEN mengisahkan dua orang kanak-kanak yang tak sengaja melepaskan anak patung bernama Slappy yang ingin menghancurkan Halloween bersama dengan kuncu-kuncunya. Tugas kedua-dua orang budak ini ialah menyelesaikan permasalah yang telah mereka lakukan… Budiey tak nak ulas banyak, nantikan kisah selanjutnya.

Slappy the Dummy merupakan karakter jahat dan antagonis yang ada dalam novel Goosebumps, iaitu merupakan salah satu kuasa jahat atau villains dari seri Night of the Living Dummy saga.

Dia adalah boneka ventriloquist dengan Napoleonic complex yang membuatnya hidup dan memiliki kata-kata ini sebagai senjatanya, “Karru Marri Odonna Loma Molanu Karrano” yang artinya “Kau dan aku adalah satu sekarang”. Mereka dapat ditemukan pada selembar kertas di poket jaket Slappy. Setelah hidup, Slappy akan mencoba membuat seseorang yang menghidupkannya kembali melayani dia sebagai budak.

Jika dalam filem pertamanya, suara karakter Slappy diisi oleh Jack Black, yang juga berperan sebagai R. L. Stine. Namun pada filem keduanya, pengisi suara Slappy adalah Avery Lee Jones.

GOOSEBUMPS 2: HAUNTED HALLOWEEN

Peraduan Tayangan Premiere Filem GOOSEBUMPS 2: HAUNTED HALLOWEEN

Sensasi Selebriti ingin menghadiahkan 97 keping tiket untuk Budieyators / pembaca yang boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:

23 Oktober 2018 (Hari Selasa)

Masa Pendaftaran:

8.00 malam

Tayangan Filem:

8.45 malam

Tempat:

GSC 1 Utama

Anda ingin hadir? Senang sahaja.

Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere GOOSEBUMPS 2: HAUNTED HALLOWEEN – Budiey.com di GSC 1 Utama. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Pemenang dipilih berdasarkan slogan PALING KREATIF : Jangan lupa hashtag ini: #PremiereWithBudiey #Goosebumps2MY

Apa yang korang perlu buat ialah:

1.  ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni.

Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/SonyPicturesMalaysia & www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

3. Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan pengarah filem GOOSEBUMPS 2: HAUNTED HALLOWEEN.

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu menonton filem GOOSEBUMPS 2: HAUNTED HALLOWEEN kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Instagram:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada: 

dengan tajuk email: Peraduan Tayangan Premiere With Budiey GOOSEBUMPS 2: HAUNTED HALLOWEEN

Tarikh tutup peraduan: 22 Oktober 2018

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada Sony Pictures (Malaysia) dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 25 Oktober 2018.

Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/SonyPicturesMalaysia dan langgan (subscribe) Youtube Channel Sony Pictures : www.youtube.com/SonyPicturesMalaysia

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

GOOSEBUMPS 2: HAUNTED HALLOWEEN

GOOSEBUMPS 2: HAUNTED HALLOWEEN

GOOSEBUMPS 2: HAUNTED HALLOWEEN

GOOSEBUMPS 2: HAUNTED HALLOWEEN

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan LEPAK & MAKAN Bersama Syamel di Restoran Tony Roma’s

Peraduan Tayangan Filem HOTEL SOUL GOOD