in , ,

Peraduan LEPAK & MAKAN Bersama Sean Lee di Restoran Tony Roma’s

Sempena menyambut bulan kemerdekaan ini, Budiey dengan kerjasama Tony Roma’s akan menganjurkan peraduan LEPAK & MAKAN bersama selebriti yang bakal diadakan di Restoran Tony Roma’s, cawangan Melawati Mall pada 29 Ogos 2018.

Pada 8 Ogos lalu, Budiey telah berjaya mengadakan pertemuan 10 orang peminat Awi Rafael di LEPAK & MAKAN di Tony Roma’s. Tahniah buat 5 orang pemenang. Ternyata, acara makan malam yang cukup santai meninggalkan kenangan manis buat semua yang hadir. Selain dapat menikmati hidangan terbaru dari restoran terkemuka ini, semua nampak sangat gembira dapat berbual-bual bersama Awi Rafael.

Dalam sebulan, Budiey akan menganjurkan dua sessi makan dan lepak secara santai bersama selebriti. Inilah masanya untuk korang mengenali dan bergambar dengan lebih dekat dengan artis pujaan anda!

Untuk setiap sessi tu, seramai 5 orang Budieyators akan dipilih untuk makan-makan sampai kenyang bersama seorang selebriti. Setiap pemenang dapat bawa seorang teman. Amacam?

Sean Lee

Untuk makan malam seterusnya, selebriti kedua yang Budiey pilih ialah Sean Lee atau nama sebenarnya Sean Lee Jia Ern, seorang pelakon, Youtuber dan media influencer di mana korang boleh hangout bersama penyanyi ini di Restoran Tony Roma’s Melawati Mall. Sean Lee salah seorang bakat baru yang begitu menyerlah sekarang ini. Tarikh akan diberitahu kemudian ya.

Sean Lee sebelum ini sangat aktif di Youtube menerusi program sendiri yang diberi nama Seran Lje. Melalui program itu, Sean Lee banyak berkomunikasi dengan penonton dan berkongsi cerita pendek atau pengalaman kehidupan seharian. Sekarang ini, Sean Lee aktif di Instagram sebagai platform untuknya lebih menonjolkan sifatnya yang sangat ceria dan melucukan.

Kepada yang masih ingat, Sean Lee menyerlah dalam sebuah drama bersiri COFFEE PRINCE bersama pelakon popular Fattah Amin dan Janna Nick.

Jadi, kepada korang yang menjadi peminat Sean Lee, jangan lupa sertai peraduan ini ya.

Satu lagi sesi bulan depan akan diadakan bersama selebriti lain pula. Selebriti mana korang nak sangat makan dan ngedate? Citer sikit kat ruangan komen. Follow Instagram @budiey @budieyators

Peraduan LEPAK & MAKAN Bersama Sean Lee di Restoran Tony Roma’s

[dropcap]A[/dropcap]nda minat dengan Sean Lee? Tak pernah jumpa dan makan-makan bersama beliau? Haa, ini adalah peluangnya. Korang ingin hadir di acara santai ini sambil menikmati hidangan lazat yang disediakan oleh Tony Roma’s? Jom sertai peraduan ini. Tak susah pun sebenarnya.

Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menyatakan kenapa anda nak sangat duduk bersantai sambil makan bersama Sean Lee di Instagram korang!

Jangan lupa tag @budiey @seanlje @trmalaysia pada posting di Instagram tersebut. Posting yang kreatif akan mendapat peluang untuk menang pass ke acara ini dan anda akan dapat menang 2 pass, haaa bolehlah bawa kawan seorang untuk menemani anda.

Kemudian, cipta slogan dan hantar juga emel penyertaan. Setel!

Ingat hashtag ini: #LepakMakanSeanLeeTonyRomas #budiey #budieyators #tonyromas

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai peraduan ini dan komenlah apa pendapat anda tentang konsert ini di ruangan komen berdasarkan artikel ini. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/budieydotcom

2. Buat satu posting dan muatnaik ke Instagram

Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan buat satu posting anda dan upload video tersebut ke Instagram anda. Jangan lupa tag @budiey @seanlje @trmalaysia serta hashtag: #LepakMakanSeanLeeTonyRomas #budiey #budieyators pada posting tersebut. Oh jangan lupa caption tu, korang kena cipta slogan. Posting yang kreatif akan mendapat peluang untuk menang 2 pass!

2. Cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah.

Slogan: Saya mahu makan dan lepak bersama Sean Lee di Tony Roma’s kerana.… (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter & Instagram:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan LEPAK & MAKAN Bersama Sean Lee di Restoran Tony Roma’s

Tarikh tutup peraduan:

23 Ogos 2018

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email atau panggilan telefon.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada Tony Roma’s dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan restoran dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Production Begins On Disney’s Live-Action MULAN

Telemovie Khas Aidiladha RTM KORBAN JALIL & JIMAN Lakonan Jalil Hamid