in , ,

Peraduan Jom Menonton Teater Muzikal Patung Kertas @ MTC

Salam pembaca Sensasi Selebriti,

Sensasi Selebriti dengan kerjasama Karya Prima ingin menghadiahkan 5 keping tiket bagi menonton Teater Muzikal Patung Kertas. Sebuah teater yang menceritakan kisah pahit manis kehidupan Mak Nyah yang dilakonkan oleh Dato’ Jalaluddin Hassan, Ashraf Muslim, Ebby Yus, Along Fariz dan ramai lagi.

Teater ini akan diadakan di Pusat Pelancongan Malaysia, Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada 25 April hingga 30 April 2008.

Gambar Dato’ Jalaluddin setelah ditranformasi menjadi Mak Nyah

Cantik tak Ashraf jadi watak Adik Chu?

Apa yang korang perlu buat ialah jawab 3 soalan dan menulis slogan kreatif berkenaan dengan teater muzikal ini. Itu sahaja. Senang bukan?

Tempoh Peraduan: 14 April 2008 hingga 18 April 2008
 
Pembaca hanya perlu menjawab 3 soalan mudah & mencipta slogan kreatif berikut:

Soalan 1:
Siapakah pengarah teater muzikal Patung Kertas?
 
Soalan 2:

Dimanakah dan bilakah teater muzikal Patung Kertas ini akan diadakan?

Soalan 3:
Senaraikan 4 orang pelakon Teater Muzikal Patung Kertas.
 
Cipta slogan paling KREATIF:
Saya ingin menonton teater muzikal Patung Kertas kerana… (tidak lebih dari 20 perkataan)
 
Pemenang akan ditentukan berdasarkan kepada jawaban tepat serta slogan paling kreatif.
 
Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Jom Menonton Teater Muzikal Patung Kertas

Tarikh tutup peraduan:
18 April 2008
 
SYARAT & PERATURAN:

  1. Penyertaan ini terbuka kepada semua pembaca Sensasi Selebriti yang menetap di Semenanjung Malaysia sahaja.
  2. Semua nama pemenang akan disiarkan di blog Sensasi Selebriti & diberitahu melalui email.
  3. Tiket hendaklah dituntut pada hari tayangan iaitu pada 28 April 2008 (Isnin)
  4. Keputusan juri adalah muktamad.
  5. Dengan menyertai peraduan ini, pembaca bersetuju terikat dengan Syarat dan Peraturan serta keputusan Sensasi Selebriti.

Terima kasih kepada pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang. Selamat Mencuba!

Terima kasih Karya Prima!

Mana Nak Beli Tiket?
Kepada pembaca yang ingin menonton teater yang dinaungkan oleh Noryn Aziz ini, bolehlah membeli tiket berharga RM 30 dan RM 50 di www.ticket2u.biz atau hubungi 03-4149 8600.

[tags]peraduan, gambar jalaluddin hassan, mak nyah, pondan, gay, biseksual, berita, along fariz, gambar noryn, new album, skrip lokman ghani, shilpa lee, sufiah, afgan, lirik terima kasih cinta, isu expose gay, csi, contest, pemenang tm jutawan[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sneak Preview Istiadat Persandingan Cucunda D.Y.M.M Tunku Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan

Drama Korea Oh Su Jung Vs Karl @ 8TV