in , ,

Peraduan Jom Menonton Filem WHERE THE CRAWDADS SING

Nah! Ini adalah hadiah istimewa buat semua pembaca setia yang melayari blog ini! Jadi, apa tunggu lagi, cepat sertai peraduan ini untuk memenangi hadiah menonton filem ini di malam premiere, gais!

Filem bercorak drama misteri lagi thriller yang terbaru dari Sony Pictures yang dinantikan oleh sekalian moviegoers berjudul WHERE THE CRAWDADS SING akan ditayangkan pada 29 September 2022. 

Filem yang diarahkan oleh sutradara Olivia Newman ini menampilkan pelakon hebat diantaranya, Daisy Edgar-Jones sebagai “Kya Clark,” Taylor John Smith sebagai “Tate Walker,” Harris Dickinson sebagai “Chase Andrews,” Michael Hyatt sebagai “Mabel,” Sterling Macer, Jr. sebagai “Jumpin’,” dan David Strathairnas sebagai Tom Milton.

WHERE THE CRAWDADS SING

Filem ini dijangkakan mampu membuat penggemar filem thriller akan terbawa dengan corak suspen yang ditampilkan. Apatah lagi filem yang berkisar tentang kisah pembunuhan ini adalah adaptasi dari sebuah novel yang menjadi fenomena dan antara terlaris satu ketika dulu. 

Dari novel yang paling laris itu muncul misteri yang cukup menarik dan memikat hati para pencinta filem. Di mana Crawdads Sing menceritakan kisah Kya, seorang gadis terbiar yang membesarkan dirinya hingga dewasa di kawasan paya berbahaya di North Carolina. 

Selama bertahun-tahun, khabar angin tentang “Gadis Marsh” menghantui Barkley Cove, mengasingkan Kya yang menjadikan beliau seorang yang cukup tabah. 

Tertarik kepada dua lelaki muda dari bandar, Kya membuka dirinya kepada dunia yang baru dan mengejutkan; tetapi apabila salah seorang daripada mereka ditemui mati, dia terus dilemparkan oleh masyarakat sebagai suspek utama. 

Apabila kes itu berlaku, keputusan tentang apa yang sebenarnya berlaku menjadi semakin tidak jelas dan samar-samar, lalu kes ini secara tidak langsung telah mendedahkan banyak rahsia yang terdapat di dalam paya tersebut.

Membaca sinopsis filem ini, Budiey jamin pasti ramai yang tak sabar untuk menonton filem ini di pawagam, kan?

Sinopsis Filem WHERE THE CRAWDADS SING

Ditinggalkan oleh keluarganya, Kya Clark, atau dikenali oleh penduduk bandar Barkley Cove sebagai Gadis Marsh, adalah misteri dan liar. “Where the Crawdads Sing” ialah kisah dewasa tentang seorang gadis muda yang dibesarkan oleh tanah paya di selatan pada tahun 1950-an. 

Apabila rakan kenalan Kya ditemui mati, lalu dia telah dikaitkan dengan pembunuhan ini sedangkan Kya sendiri tidak tahu tentang pembunuhan tersebut. Sedangkan ramai mengatakan Kya Gadis Marsh adalah suspek utama dalam kes pembunuhan itu!

Bagaimanakah kisah selanjutnya? Anda kena nantikan filem THE INVITATION yang akan tayang pada 29 September 2022 di pawagam berhampiran dengan anda seluruh Malaysia!

WHERE THE CRAWDADS SING

Peraduan Tayangan Premiere Filem WHERE THE CRAWDADS SING

Sensasi Selebriti dengan kerjasama Sony Pictures Entertainment (Malaysia) ingin menghadiahkan 20 keping tiket menonton filem ini untuk pembaca setia Budiey.com.

WHERE THE CRAWDADS SING

Premiere Filem WHERE THE CRAWDADS SING:

Tarikh: 28 September 2022; Hari Rabu

Masa: 8:45 malam

Lokasi: GSC The Starling Mall

Apa yang korang perlu buat ialah:

1.  ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @budiey. Untuk info lanjut tentang filem ini, anda juga diwajibkan untuk ‘Like’ Facebook Sony Pictures Malaysia dan ‘Follow’ Twitter & Instagram @sonypicturesmy

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah.

Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan pengarah filem WHERE THE CRAWDADS SING

3. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu menonton filem WHERE THE CRAWDADS SING di pawagam kerana… (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Instagram:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada: [email protected]

dengan tajuk email: Tayangan Filem WHERE THE CRAWDADS SING – Sensasi Selebriti 

Tarikh tutup peraduan:

27 September 2022

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email.

Untuk info lanjut tentang filem ini, anda dijemput untuk ‘Like’ Facebook Sony Pictures Malaysia dan ‘Follow’ Twitter & Instagram @sonypicturesmy

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Terima kasih kepada Sony Pictures Entertainment dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

WHERE THE CRAWDADS SING
WHERE THE CRAWDADS SING

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

RAHMAD MEGA

Rahmad Mega Keliru Setelah Ditegur Oleh Juri Tetap Terpaling Juara

SAMSUNG

Sesuaikan gaya anda dengan Aksesori Galaxy Z Flip4 dan Galaxy Z Fold4