in , ,

Peraduan Jom Menonton Filem MORBIUS Lakonan Jared Leto

Nah! Ini adalah hadiah daripada Budiey istimewa buat semua pembaca setia yang melayari blog ini! Jadi, apa tunggu lagi, cepat sertai peraduan ini untuk memenangi hadiah menarik ini!

Filem terbaru Sony Pictures yang dinantikan oleh seluruh peminat filem berjudul MORBIUS akan ditayangkan pada 31 Mac 2022 ini.

Selain watak utama iaitu Jared Leto yang membawa peranan sebagai Michael Morbius, filem ini juga turut menampilkan pelakon hebat seperti Matt Smith, Adria Arjona, Jared Harris, Al Madrigal dan Tyrese Gibson.

FILEM MORBIUS

Morbius diarahkan oleh Daniel Espinosa (Safe House) dari lakonlayar yang ditulis oleh Burk Sharpless dan Matt Sazaman. Filem ini diterbitkan Avi Arad, Matt Tolmach dan Lucas Foster. 

Tak lama lagi, filem ini semakin hampir menuju ke tarikh tayangannya, kisah anti-hero gelap ini bersedia untuk membawa Jared Leto ke dunia yang turut dihuni Venom.

Pastinya ramai yang tak sabar untuk menonton filem aksi lakonan Jared Leto ini di pawagam, kan?

Sinopsis Filem MORBIUS

Filem ini dibuat berdasarkan karakter dalam Marvel Comics bernama Morbius. Kisah dalam filem Morbius berfokus pada karakter Michael Morbius (Jared Leto) yang mengidap kelainan darah sejak kecil. Dia bertekad menyembuhkan dirinya dari penyakit tersebut dengan mempelajari ilmu kedoktoran.

Dengan penemuannya, Morbius juga ingin membantu orang lain yang bernasib sama dengannya. Dia banyak melakukan eksperimen dan berhasil mendapatkan penghargaan Nobel.

Suatu ketika, Morbius nekad pergi ke daerah terpencil agar dapat menemukan ubat untuk penyakitnya. Namun, pencarian itu ternyata membuat dirinya berubah menjadi vampire.

Apakah Morbius akan berhasil sembuh dari penyakitnya?

Budiey perhatikan tidak ramai di kalangan warganet yang memperkatakan tentang filem MORBIUS ini. Itu yang peliknya, kalau kita buat carian kat Youtube atau Google pun, tak banyak informasi pasal filem ini sedangkan filem ini berada dalam Sony Spiderman Universe.

Mungkin ramai yang tak tahu tentang watak yang dilakonkan oleh Jared Leto ni kan? Hanya segelintir yang berminat baca komik sahaja yang tahu.

Watak Morbius ini wujud dalam komik Spider-Man dan pertama kali muncul dalam komik The Amazing Spider-Man 101 pada Oktober 1971. 

Watak Morbius ini boleh kita kategorikan sebagai anti-hero atau senang cerita dia ni penjahat la kan. 

Kapten Morbius ini mencari ubat untuk mengubati penyakit blood disease yang dihadapinya. Sehinggalah ujian yang dibuat itu telah gagal dan bertukar menjadi vampire gara-gara eksperimen yang dibuatnya itu.

Selain keinginan yang dibuat itu menghirup darah manusia, Morbius ini mempunyai kekuatan dan kuasa luar biasa seperti super humon, kelajuan, dan ketahanan. Contohnya, Morbius ini boleh terbang dan boleh sembuh dalam tempoh yang sangat cepat. 

Dikatakan, karakter yang dipaparkan dalam siri komik mungkin tak sama dengan apa yang dipaparkan dalam filem. 

Peraduan Tayangan Premiere Filem MORBIUS

Sensasi Selebriti dengan kerjasama Sony Pictures Entertainment (Malaysia) ingin menghadiahkan barangan Premium Edisi Terhad dan tiket menonton filem ini untuk pembaca setia Budiey.com.

Glow In The Dark_Iron-on-patch

10 x Morbius Glow In The Dark Patch

CATCHALL-TRAY-01

10 x Morbius Catchall Tray

MAGNETIC-NOTEBOOK

10 x Morbius Notebook with Pen  

Morbius Cap

10 x Morbius Cap

COLOUR-CHANGING-BOTTLE-01

5 x Morbius Colour Changing Container

10 pairs (20 tickets) x In Season Passes

Apa yang korang perlu buat ialah:

1.  ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @budiey. Untuk info lanjut tentang filem ini, anda juga diwajibkan untuk ‘Like’ Facebook Sony Pictures Malaysia dan ‘Follow’ Twitter & Instagram @sonypicturesmy

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah.

Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan pengarah filem MORBIUS

2. Apakah berlaku di minit 1.15 dalam trailer di atas?

3. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu menonton filem MORBIUS di pawagam kerana… (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Instagram:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada: [email protected]

dengan tajuk email: Tayangan Filem MORBIUS – Sensasi Selebriti 

Tarikh tutup peraduan:

10 April 2022

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email.

Untuk info lanjut tentang filem ini, anda dijemput untuk ‘Like’ Facebook Sony Pictures Malaysia dan ‘Follow’ Twitter & Instagram @sonypicturesmy

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Terima kasih kepada Sony Pictures Entertainment dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

tony fernandes airasia-2020

AirAsia Lanjut Tempoh Pas Asean Unlimited (Malaysia) Kepada Tiga Bulan

tony fernandes airasia-2020

AirAsia Tawar Promosi Sempena Pembukaan Sempadan Malaysia