Menu

Sensasi Selebriti

Portal Berita Hiburan, Trending & Viral, Acara, Travel, Gaya Hidup & Tech Gadget Terkini

in , ,

Peraduan Jom Menonton Filem MONSTER HUNTER

Nah! Ini adalah hadiah daripada Budiey teristimewa buat semua Budieyators, pembaca setia & selebriti yang melayari blog ini! Jadi, apa tunggu lagi, cepat sertai peraduan ini untuk memenangi hadiah menarik ini!

Selain berusaha membawakan karakter-karakter ikonik game ke layar filem, ada beberapa studio yang berusaha untuk membawa tema game modern dan baru ke layar filem. Antaranya, Sony Pictures yang sememangnya terkenal dan tidak dinafikan menjadi salah satu syarikat yang membangunkan game sekaligus filem terbaik pada masa sekarang. 

Sebuah filem berjudul MONSTER HUNTER yang diadaptasi daripada game ciptaan Capcom sekarang ini sudah pun menemui peminat dan bersedia untuk ditayangkan kepada peminat game ini di pawagam. Tayangan filem ini sudah beberapa kali terpaksa ditangguhkan kerana pandemik Covid-19. Jadi kepada penggemar game MONSTER HUNTER ini, apa tunggu lagi, bolehlah ke pawagam sekarang kerana pawagam sudah pun dibuka!

Filem MONSTER HUNTER menemui penonton di seluruh pawagam di Malaysia mulai 11 Mac 2020.

Sinopsis Filem MONSTER HUNTER:

Filem ini diarahkan oleh Paul W. S. Anderson menceritakan tentang nasib Kapten Natalie Artemis (Milla Jovovich) dan pasukannya yang sedang dalam misi pencarian rakan tentara AS mereka yang hilang. Pencarian tersebut membawa mereka kepada gurun pasir dengan yang cukup misteri. 

Di sebalik dunia kita, terdapat dunia lain: dunia monster yang sangat berbahaya dan kuat yang memerintah wilayah mereka dengan keganasan. Ketika Kapten Natalie Artemis (lakonan Milla Jovovich) dan pasukan elitnya diangkut melalui portal dari dunia kita ke dunia baru, mereka begitu terkejut dengan perubahan terbesar yang dialami dalam hidup mereka. Dalam usahanya yang putus asa untuk pulang, Artemis bertemu dengan seorang pemburu misteri (lakonan Tony Jaa), yang mempunyai gaya penampilan yang unik memungkinkannya untuk bertahan hidup. Mereka terpaksa berdepan dengan serangan yang menakutkan dari monster, pejuang ini telah bergabung untuk melawan dan berusaha untuk mencari jalan untuk pulang.”

Selain sinopsis di atas, Budiey dapati ada beberapa poster karakter yang menampilkan Jovovich dan Tony Jaa dengan alat kelengkapan khas pemburu monster.

Dari gambar di atas, kita dapat melihat karakter Jovovich menggunakan sebuah pedang besar yang dimiliki untuk bertahan hidup. Senjata itu kemungkinan besar ianya dihasilkan dari bahannya yang didapati dari monster yang sudah dikalahkan. Sementara itu, Tony menggunakan menggunakan sebuah busur panah yang diperbuat dari tulang atau gigi monster dengan berukuran besar.

Peraduan Tayangan Premiere Filem MONSTER HUNTER

Sensasi Selebriti dengan kerjasama Sony Pictures Entertainment (Malaysia) ingin menghadiahkan barangan Premium Edisi Terhad untuk pembaca setia Budiey.com.

2x ‘Limited Edition’ Monster Hunter Bandana
1x ‘Limited Edition’ Monster Hunter Notebook
2x ‘Limited Edition’ Monster Hunter Tote Bag
3x ‘Limited Edition’ Monster Hunter Jawblade Keychain
5x ‘Limited Edition’ Monster Hunter T-Shirt (Diablos)
5x ‘Limited Edition’ Monster Hunter T-Shirt (Rathalos)

Apa yang korang perlu buat ialah:

1.  ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @budiey

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey #MonsterHunterMy

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah.

Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan siapakah pengarah untuk filem MONSTER HUNTER?

2. Dalam trailer di atas, nyatakan dialog yang disebut oleh watak Kapten Natalie Artemis

3. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu hadir di Tayangan Premiere MONSTER HUNTER – Sensasi Selebriti kerana… (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Instagram:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Tayangan Filem MONSTER HUNTER– Sensasi Selebriti 

Tarikh tutup peraduan:

 4 April 2021

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email.

Terima kasih kepada Sony Pictures Entertainment dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Exit mobile version