in

Peraduan Jemputan Ke Showcase DEWA Ning Baizura

Budiey ingin memberikan 10 pasang tiket untuk pembaca Sensasi Selebriti bagi menghadiri Showcase DEWA Ning Baizura anjuran Universal Music Malaysia yang akan berlangsung pada hari Jumaat, 8 Julai 2011 ini di Zouk KL, Jalan Ampang, Kuala Lumpur bermula jam 8 malam.

Selain dapat menikmati vokal mantap dengan lagu-lagu terbaru Ning Baizura, setiap pemenang juga akan diberikan sebuah CD Album Terbaru dari Ning Baizura berjudul DEWA.

Kepada pembaca yang nak join tu, senang saje! Begini caranya:

1. Hantarkan email kepada Budiey dengan menyertakan maklumat diri anda seperti:

  • Nama penuh:
  • No. IC:
  • Alamat:
  • No HP:

2. Cipta slogan PALING KREATIF anda:

Saya mahu join Showcase DEWA Ning Baizura kerana… (tidak lebih dari 20 patah perkataan)

3. Hantarkan email anda itu kepada:

Tajuk Email: Showcase DEWA Ning Baizura – Budiey.com

TARIKH TUTUP: Jam 6 petang, 7 Julai 2011

Kepada pembaca yang berjaya dipilih, anda akan dihubungi oleh Budiey melalui email ya.

Terima kasih! Good luck pada semua! Love you all!

final_web

Album Dewa – NING BAIZURA
Setelah sekian lama menyepikan diri, penyanyi dan diva bertaraf antarabangsa, Ning Baizura tampil semula di arena seni tempatan menerusi album studio baru berjudul ‘Dewa’. Kelahiran Dewa yang juga album ke-12 Ning, diterbitkan sendiri oleh Ning bersama komposer Audi Mok menerusi gabungan syarikat mereka berdua iaitu Happenings dan Satu Entertainment, dan diedarkan Universal Music Malaysia. Album ini dilihat bakal membawa sinar baru dalam karier penyanyi bersuara lantang soprano ini.

‘Dewa’ yang bermaksud ‘cahaya’ dalam bahasa Sanskrit, bakal menterjemahkan hala tuju baru Ning, sebagai seorang wanita, isteri, ibu dan penghibur. ‘Dewa’ menampilkan 8 buah lagu berkonsepkan balada, pop, elektro dan dance, termasuk ‘Mama Papa’, ‘Rasaksa’ dan ‘Bila’ yang kini kerap diputarkan di corong-corong radio.

Teras album terbarunya ini disifatkan agak moden dan lebih dekat dengan masyarakat bandar, namun Dewa sebenarnya tidak mempunyai sebarang konsep yang khusus atau tertentu. Menurut Ning, album Dewa adalah yang paling peribadi baginya sepanjang 17 tahun karier sebagai anak seni, kerana diadun mengikut citarasa dan keinginannya selama ini.

Menampilkan lagu rancak yang berentak elektro dan dance, namun masih ada lagu-lagu balada yang jadi ‘makanan’ yang turut diselitkan di dalam album ini. Menurut Ning, perubahan yang dibuat bersebab. Salah satunya kerana ingin peminat melihat dan merasai frasa perubahan dalam hidup serta mengenali definisi baru kehidupannya.

Pemilihan Audi Mok sebagai penerbit bersama dan komposer sepenuhnya untuk album ini juga berdasarkan kepada persahabatan, kepercayaan serta kualiti dan hasil kerja komposer itu sendiri. Apa yang istimewa, Ning turut menulis lirik lagu yang berjudul ‘Propaganda’ untuk album ini.

Album ini juga menampilkan kebolehannya dalam pelbagai teknik vokal yang dan bukannya hanya soprano semata-mata. Sempena kelahiran album ini juga, beliau kini sedang merancang untuk mengadakan konsert di KL Live pada Disember 2011.

Profile Ning Baizura
Ning Baizura binti Sheikh Hamzah (lahir pada 28 Jun 1975), lebih dikenali sebagai Ning, adalah penyanyi pop R&B Malaysia, yang rekod dan menyanyi dalam pelbagai bahasa termasuk Bahasa Malaysia, Inggeris, Jepun, Itali, Perancis, Mandarin dan Kantonis. Beliau dilahirkan di Kajang, dan berdarah kacukan Arab, Melayu, Belanda, Cina, India dan Jawa.

Ning melangkah ke persada nyanyian secara komersial pada tahun 1992 dan menjadi artis rakaman bawah pelbagai label antarabangsa, sehinggalah September 2008 beliau memiliki label muzik sendiri yang mana beliau telah merakamkan lagu-lagu bergenre pop, soul dan R&B. Album beliau meliputi 11 album studio penuh (tiga yang penuh album Bahasa Inggeris), serta pelbagai kompilasi. Ning juga telah memenangi Anugerah Industri Muzik selain membuat persembahan antarabangsa di United Kingdom, Itali, Perancis, China, Indonesia, Korea, Jepun, Singapura, Hong Kong, Malaysia, Monte Carlo, Monaco, Switzerland dan Amerika Syarikat.

Ning terkenal dengan persembahan pentas, selain bergelar pelakon dan mempunyai peranan dalam sepuluh filem utama, filem pendek dan beberapa telefilem. Antara yang menjadi bualan ramai ialah ‘Malaikat Di Jendela’ yang diarahkan oleh Osman Ali. Beliau memainkan peranan sebagai bidan yang dipulau oleh masyarakat kampung itu kerana suaminya telah meninggal dunia kerana HIV. Filem ini mengambil bahagian dalam beberapa festival filem di Cannes, Rotterdam dan Singapura.

Pada tahun 2006, Ning menubuhkan syarikat rakaman sendiri, Artis United Records (AUR). Selain dirinya sendiri, artis nanugannya ialah protege beliau, Nicolette Palikat atau ‘Nikki’ daripada Malaysian Idol musim pertama dan Allahyarham Siti Surianie Julkarim (Yanie) daripada Mentor musim pertama, serta Ahmad Nubhan Ahamad (Nubhan) daripada Akademi Fantasia musim keenam. Sementara itu album Bahasa Inggeris beliau ‘EastToWest’ dilancarkan di Malaysia pada 10 Mac 2008.

Beliau bekerja dengan Allahyarham Yasmin Ahmad dalam filem Muallaf. Ia memenangi beberapa anugerah antarabangsa di Eropah termasuk The Berlin Film Fest dan Singapura Film Fest.

Ning Baizura kini tampil dengan album terbaru beliau, Dewa, pada Jun 2011.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Sekitar Feel Good Run NTV7 2011

Gambar Lutfya di Pelancaran Single & Klip Video DIAM