in

Gambar Sekitar Feel Good Run NTV7 2011

Seramai lebih 10,000 pengunjung membanjiri Sri Pentas semalam termasuklah 5,000 orang pelari yang mengambil bahagian dalam acara Feel Good Run yang julung kalinya diadakan pada hari ini. Kehadiran lebih daripada 70 selebriti menceriakan lagi acara larian amal ini pada Ahad, 3 Julai 2011, yang bertempat di Sri Pentas, Bandar Utama, Selangor.

Jika itu belum mencukupi, penganjur telah pun membariskan 10 persembahan hebat dan sebuah karnival yang tak mungkin dilepaskan termasuklah pesta riang-ria, permainan ‘inflatable’ dan pelbagai lagi acara sampingan lain untuk menceriakan semua peserta larian dan pengunjung yang hadir.

Saluran Ceria Anda meraikan ulangtahun ke-13 kali ini bersama-sama para pengunjung yang hadir ke karnival semalam.

Dikira sebagai salah satu acara larian selebriti yang paling berprestij di negara ini, Feel Good Run menggabungkan ramai artis dan personaliti termasuklah Jehan Miskin, Jaclyn Victor, Dynas Mokhtar, Aishah Sinclair, Nazrudin Habibur Rahman, Phat Fabes, Rina Omar, Julie Woon, Alan Yun, Leslie Chai, Debbie Goh, Cheryl Samad serta blogger seperti Mohd Zulkifli, Niki Cheong dan ramai lagi. Senator Gan Ping Sieu, Timbalan Menteri Belia & Sukan Malaysia turut hadir untuk menyokong dan berlari dalam kategori 3 km.

u

h

m

f

b

a

k

j

l

i

g

r

p

v

s

o

n

d

e

c

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Transformers: Dark Of The Moon Makes History In Malaysia

Peraduan Jemputan Ke Showcase DEWA Ning Baizura