in , ,

Peraduan Tayangan Premiere Filem RAFATHAR Lakonan Nur Fazura

[dropcap]S[/dropcap]alam semua pembaca Budiey.com, Bulan September ni makin banyak filem menarik yang akan ditayangkan di pawagam. Premiere With Budiey seperti biasa mahu mengajak anda untuk menonton filem-filem terbaru termasuklah sebuah filem komedi dari Indonesia berjudul RAFATHAR yang menampilkan pelakon hebat Nur Fazura. Amacam?

poster rafathar

Filem RAFATHAR bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 28 September ini.

Pastinya, itulah ketentuan rezeki buat Nur Fazura selepas dia terbabit dengan program Facing Up to Fazura yang ditayangkan di saluran E!, ramai penerbit dari Indonesia mengintai beliau dan mahu bekerjasama untuk menjayakan filem. Dalam filem RAFATHAR, Nur Fazura menggalas watak sebagai ibu kepada bayi yang bernama Rafathar.

Filem RAFATHAR diterbitkan oleh Raffi Ahmad dan Anggy Umbar serta diarahkan oleh Bounty Umbara, yang juga turut menjadi penulis skrip filem ini. Filem ini dilakonkan oleh Rafathar Malik Ahmad membawa watak sebagai (Rafathar), Raffi Ahmad sebagai (Jonny Gold), Ence Bagus, Nagita Slavina sebagai (July), Nur Fazura, Agus Kuncoro, dan ramai lagi.

Filem RAFATHAR mengisahkan dua orang perompak profesional bernama Jonny Gold dan Popo Palupi diupah untuk menculik seorang budak yang menjadi anak angkat kepada sebuah keluarga yang sangat kaya lagi terkenal. Namun, apa yang berlaku sangat luar biasa kerana budak yang mereka culik itu mempunyai kekuatan superhuman iaitu kekuatan telekinetik yang mampu mengawal barangan besi dan logam.

Jadi, dalam filem ini, penonton akan dihidangkan dengan babak-babak lucu terutama sekali semasa proses penculikan itu, hingga suatu masa kehadiran RAFATHAR memberikan makna tersendiri buat Jonny dan Popo.

Budiey percaya, anda yang meminati filem Indonesia terutama sekali peminat setia Nur Fazura tidak melepaskan peluang untuk menonton di pawagam, bukan kerana lakonan bersahaja Nur Fazura tetapi mahu gelak ketawa menonton filem yang cukup santai ini.

Budiey dengan kerjasama Antenna Entertainments mahu mengajak anda menghadiri Tayangan Filem Premiere RAFATHAR yang akan diadakan di MM2 Cineplexes, eCurve, Mutiara Damansara pada 23 September 2017.

Kepada anda yang nak tonton filem lakonan Nur Fazura ini, anda juga boleh menonton filem ini yang akan berada di pawagam mulai 28 September 2017.

Untuk kalian yang menyukai filem aksi lucu tak kering gusi ini pastinya filem ini sesuai untuk kalian semua seisi keluarga.

Peraduan Premiere With Budiey – Filem RAFATHAR

Sensasi Selebriti ingin menghadiahkan 20 keping tiket untuk Budieyators / pembaca yang boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:

23 September 2017 (Hari Sabtu)

Masa Pendaftaran:

2.00 petang

Tayangan Filem:

3.00 petang

Tempat:

MM2 Cineplexes, eCurve, Mutiara Damansara

Anda ingin hadir ke acara santai ini? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere RAFATHAR – Budiey.com di MM2 Cineplexes, eCurve, Mutiara Damansara.

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey #Rafathar #SuperKid #RafatharBudiey

Apa yang korang perlu buat ialah:

1.  ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menang hadiah dan seterusnya dapat menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/AntennaEntertainments Iinstagram: @antennaentertainmentswww.facebook.com/budieydotcom

2. Sila rakam ucapan buat Nur Fazura sempena tayangan filem RAFATHAR, cipta caption dengan slogan yang kreatif, jangan lupa tag @missfazura @budiey & @antennaentertainments hashtag #RafatharBudiey, siarkan di Instagram anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

3. Jawab soalan mudah ini:

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu hadir di Premiere With Budiey menonton filem RAFATHAR kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Premiere With Budiey Filem RAFATHAR

Tarikh tutup peraduan:

22 September 2017

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada Antenna Entertainments dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem yang cukup menggetarkan jiwa ini mulai 28 September 2017.

Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/antennaentertainments 

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem QUEEN Semangat Juang Wanita Khas Hari Malaysia

Faizal Hussein Cabar Diri Jadi Hos Program JEJAK REZEKI