in , ,

Peraduan Filem Marvel Studios’ “Ant-Man And The Wasp: Quantumania”

Nah! Ini adalah hadiah istimewa buat semua pembaca setia & selebriti yang melayari blog ini! Jadi, apa korang tunggu lagi, cepat sertai peraduan ini untuk memenangi hadiah menarik yang ditawarkan.

Diarahkan dan digarap oleh sutradara Peyton Reed, Marvel Studios’ “Ant-Man And The Wasp: Quantumania” diadaptasi dari cerita komik Marvels. Filem ini diterbitkan oleh Stephen Broussard dan Kevin Feige, dan ceritanya ditulis oleh Jeff Loveness.

Filem ini akan membawa penonton mengembara ke alam Quantum yang tiada sempadan. Jalan ceritanya sangat menarik dan menerima respon yang positif oleh penonton. Ia menyaksikan Ant-Man/Scott Lang (Paul Rudd) dan The Wasp/Hope Van Dyne (Evangeline Lilly)—bersama ibu bapa Hope Janet Van Dyne (Michelle Pfeiffer) dan Hank Pym (Michael Douglas), serta anak perempuan Scott Cassie Lang (Kathryn Newton) memulakan pengembaraan dalam Dunia Quantum yang akan mendorong mereka melampaui had yang mereka fikirkan selama ini.

Peraduan Filem Marvel Studios’ “Ant-Man And The Wasp: Quantumania”

Filem ini dilakonkan oleh Paul Rudd, Evangeline Lilly, Jonathan Majors, Michelle Pfeiffer, Michael Douglas, Kathryn Newton, David Dastmalchian, Katy O’Brian, William Jackson Harper, Bill Murray dan ramai lagi.

Marvel Studios’ “Ant-Man And The Wasp: Quantumania” akan ditayangkan di pawagam tempatan pada 16 Februari 2023.

Sinopsis Filem Marvel Studios’ “Ant-Man And The Wasp: Quantumania”

Filem kali ini menceritakan tentang Super Heroes Scott Lang (Paul Rudd) dan Hope Van Dyne (Evangeline Lilly) kembali untuk meneruskan pengembaraan mereka sebagai Ant-Man dan The Wasp. Bersama-sama, dengan ibu bapa Hope Janet Van Dyne (Michelle Pfeiffer) dan Hank Pym (Michael Douglas), serta anak perempuan Scott Cassie Lang (Kathryn Newton), keluarganya mendapati diri mereka meneroka ke Dunia Quantum, berinteraksi dengan makhluk baharu yang pelik dan memulakan pengembaraan yang akan mendorong mereka melampaui batas apa yang mereka fikir selama ini. 

Diarahkan oleh Peyton Reed dan diterbitkan oleh Kevin Feige dan Stephen Broussard, “Ant-Man and The Wasp: Quantumania” turut dibintangi oleh Jonathan Majors sebagai Kang, David Dastmalchian sebagai Veb, Katy O’Brian sebagai Jentorra, William Jackson Harper sebagai Quaz dan Bill Murray sebagai Lord Krylar. Pengembaraan sci-fi ini dibuka di pawagam pada 16 Februari 2023.

Marvel Studios’ “Ant-Man And The Wasp: Quantumania” ditayangkan di pawagam terpilih seluruh Malaysia bermula 16 Februari 2023.

Peraduan Menang Premium Edisi Terhad Marvel Studios’ “Ant-Man And The Wasp: Quantumania”

Sensasi Selebriti dengan kerjasama The Walt Disney Company (Malaysia) ingin menghadiahkan barangan Premium Edisi Terhad untuk pembaca setia Budiey.com.

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey #QuantumaniaMY

Limited Edition Marvel Studios’ Ant-Man And The Wasp: QuantumaniaSilicone Keychain x5

Limited Edition Marvel Studios’ Ant-Man And The Wasp: QuantumaniaNotebook Setx5

Limited Edition Marvel Studios’ Ant-Man And The Wasp: QuantumaniaCap x5

Limited Edition Marvel Studios’ Ant-Man And The Wasp: QuantumaniaT-shirt x5

Limited Edition Marvel Studios’ Ant-Man And The Wasp: QuantumaniaFolding Weekend Bag x5

Apa yang korang perlu buat ialah:

Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Jawab soalan mudah ini:

  1. Apakah yang berlaku berdasarkan babak di minit 1:00 dalam trailer filem ini: https://youtu.be/vh8Hz2gxyl8
  2. Siapakah yang melakonkan watak jahat dalam filem Marvel Studios’ “Ant-Man And The Wasp: Quantumania”?

4. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu menang peraduan Marvel Studios’ “Ant-Man And The Wasp: Quantumania”kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Instagram:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

budiey_ismas[at]yahoo.com

dengan tajuk email: Peraduan Filem Marvel Studios’ “Ant-Man And The Wasp: Quantumania”

Tarikh tutup peraduan:

1 Mac 2023

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email.

Terima kasih kepada The Walt Disney Company dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem yang cukup menarik ini mulai 16 Februari 2023.

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lagu TERUS HIDUP Nyanyian Aina Abdul Dinobat Juara Lagu AJL 37 

BLUE

Selepas Dua Dekad, Blue Masih Berbisa! Konsert di Kuala Lumpur Gempak!