in , ,

Lagu TERUS HIDUP Nyanyian Aina Abdul Dinobat Juara Lagu AJL 37 

Dimensi Muzik – Refleksi Kepelbagaian Warna & Emosi Alunan Muzik Malaysia

Jutaan tahniah kepada Aina Abdul selaku komposer, penulis lirik dan penyanyi lagu TERUS HIDUP yang berjaya merangkul gelaran Juara Lagu di acara tahunan berprestij anjuran TV3, Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL 37) sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 dan sebuah trofi. Aina Abdul turut memenangi kategori Vokal Terbaik yang menerima RM 12,000 dan sebuah trofi. 

AJL 37 WINNER PEMENANG

AJL 37 meraikan SATU MALAM DI TEMASEK nyanyian Sona One & Joe Flizzow sebagai naib juara dengan hadiah wang tunai RM 50, 000 bersama  trofi. Tempat ketiga menjadi milik lagu ANUGERAH TERINDAH nyanyian oleh Alif Satar & The Locos dengan memenangi RM 30, 000 bersama trofi. Manakala, kategori Persembahan Terbaik yang juga membuka undian atas talian di www.tonton.com.my/ajl37 meraikan lagu IRAMA nyanyian Shiha Zikir sebagai pemenang dan beliau menerima RM12, 000 dan trofi. Alha Alfa Cosmetics juga meraikan Penyanyi Pilihan Alha Alfa iaitu Khai Bahar yang membawa pulang hadiah wang tunai RM 12,000. 

AJL 37 WINNER PEMENANG

Anugerah Juara Lagu 37 (AJL 37) telah bersiaran secara langsung dari Axiata Arena Bukit Jalil pada 12 Februari 2023 (Ahad), pukul 9.00 malam di TV3 dan strim langsung secara HD, hanya eksklusif di platform penstriman Tonton melalui www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton.

“Dimensi Muzik”, tema AJL 37 menggambarkan suasana industri muzik tanah air yang sentiasa rancak dengan karya-karya dari pelbagai genre muzik. Masing-masing mempunyai warna dan emosi yang berlainan dalam penceritaan menerusi alunan muzik. Secara tidak langsung, ia juga mewujudkan persaingan secara sihat di medan pertempuran penentuan lagu terbaik di Anugerah Juara Lagu.

AJL 37 menampilkan Alha Alfa Cosmetics selaku penaja utama, Dikuasai Oleh Samsung Galaxy S23 Series dan MYTV sebagai rakan penaja. AJL 37 turut menampilkan Tonton sebagai platform penstriman eksklusif AJL 37, Hot FM sebagai Rakan Radio serta Oh Bulan, Seismik dan Xtra sebagai Rakan Digital. 

AJL 37 WINNER PEMENANG

Malam anugerah menggandingkan dua figura yang terkenal dengan kepetahan berbicara dan gaya pengacaraan santai iaitu Sherry Alhadad dan Jihan Muse. Karpet Merah Tonton yang dihoskan oleh Muaz Mohamed dan Fiza Frizzy dapat disaksikan eksklusif menerusi strim langsung secara HD di www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton dari pukul 8.00 malam hingga 9.00 malam. Ia diteruskan dengan Backstage AJL 37 yang dihoskan oleh Nadia Hasnan dan Imran Aqil dimana mereka akan berinteraksi dengan finalis AJL 37. 

Terima kasih kepada penonton setia TV3 yang telah memberikan sokongan padu menerusi pembelian tiket AJL 37 di laman web rasmi dan aplikasi Tonton yang telah bermula 23 Januari 2023. Tiket AJL 37 dijual dengan harga RM50 (aras 4), RM 60 (aras 3), RM 150 (Arena) dan RM 300 (Super VVIP). 

Kategori Super VVIP yang hanya terhad untuk 100 tiket telah habis terjual kurang dari masa 24 jam. Super VVIP ini bukan saja diberikan tempat duduk di Arena dengan fast lane AJL 37, malahan mereka juga diberi keistimewaan untuk menikmati pengalaman karpet merah dan acara koktel pra-anugerah, serta barangan cenderahati Tonton dan beg tote AJL 37.

Acara koktel pra-anugerah AJL 37 telah bermula pada jam seawal 6.00 petang. Acara tersebut juga diserikan dengan kehadiran barisan pelakon popular Tonton Original ‘Rombongan Cik Kiah Ke AJL’ iaitu Nabila Razali dan Delimawati. Tayangan khas selama 30 minit untuk filem ‘Rombongan Cik Kiah Ke AJL juga dipaparkan di acara tersebut.

AJL 37 membuka tirai dengan persembahan pembukaan 3 genre muzik iaitu Rock, Etnik Kreatif dan Hip Hop yang dijayakan oleh Azlan The Typewriter (Lagu Untukmu), De Fam & Wany Hasrita (7 Nasihat – Etnik Kreatif), Kaka Azraff dan Syamel (Nuri – Rock) dan Tuju, Loca, Syamel dan Waris (Mentera Semerah Padi & Mantera Beradu – Etnik Kreatif & Hip Hop). Pentas AJL 37 digegarkan dengan persembahan hebat daripada 3 kumpulan band Malaysia iaitu Exist (Janji Padamu / Langkah Seiringan), Blues Gang (Apo Nak Dikato / Khatulistiwa) dan  Kugiran Masdo (Teruna & Dara / Bunga). 

Sidang produksi AJL 37 diketuai oleh Russell Mark Rodrigues sebagai pengurus projek, Jamil Hassan sebagai penerbit eksekutif dan Shahrizan Razalli sebagai penerbit. 

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, jangan lupa ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia serta TikTok @TV3MalaysiaOfficial. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsep Awan Putih Terus Hidup Aina Abdul Telan Belanja RM90,000

Peraduan Filem Marvel Studios’ “Ant-Man And The Wasp: Quantumania”