in , , ,

Penyanyi Veteren A Rahman Hassan Meninggal Dunia

Salam takziah buat seluruh keluarga penyanyi popular era 60-an, Datuk A. Rahman Hassan, 73, yang telah menghembuskan nafas terakhir pukul 12.40 tengah malam tadi akibat komplikasi paru-paru.

Penyanyi era 1960-an, Datuk A Rahman Hassan, 73, meninggal dunia di Hospital Ampang (HA), dekat sini, jam 12.40 tengah malam tadi, akibat jangkitan kuman pada paru-paru dan lemah jantung.

Anak saudaranya, Azlee Senario, berkata Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di sisi isteri dan anak-anak.

“Doktor meminta isteri, anak-anak dan ahli keluarga datang bertemu arwah apabila keadaannya semakin kritikal selepas Maghrib.

“Arwah hanya bergantung pada alat bantuan pernafasan sejak dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sejak tiga hari lalu.

“Jenazah akan dibawa ke kediamannya di Taman Sri Ukay, Hulu Klang, selepas urusan bedah siasat selesai,”

– Azlee Senario

Allahyarham yang juga vokalis kumpulan Orkes Nirwana yang popular dengan lagu ‘Tak Mengapa’ akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat di sini, selepas solat Zuhur, hari ini.

A Rahman Hassan Meninggal Dunia

Allahyarham dikejarkan ke hospital selepas pitam di sebuah stesen minyak di Ampang sebelum dihantar ke HA menaiki ambulans, Isnin lalu.

Pada 1 Jun lalu, A Rahman dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat masalah jantung. Bagaimanapun, arwah dibenarkan pulang dua hari menjelang Aidilfitri.

Difahamkan, Presiden Persatuan Penyanyi, Pemuzik dan Penulis Lagu Tanah Air (PAPITA) itu mengalami kesukaran bernafas dan ditahan dalam bilik rawatan selama 12 jam dan dibenarkan pulang sehari sebelum menjelang Syawal. 

Sementara itu, A. Rahman meninggalkan tiga anak termasuk pelakon dan pengarah Khir Rahman, hasil perkahwinannya dengan Datin Azizah Mohamad, juga penyanyi era 60-an yang meninggal dunia pada 26 April 2013 akibat kanser.

A Rahman Hassan

A. Rahman berkahwin dengan pelakon Fadilah Mansor, 59, pada 25 Disember 2014 dalam satu majlis yang berlangsung di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). 

A. Rahman Hassan yang juga pengasas Kumpulan Orkes Nirwana merupakan seorang penyanyi Melayu era 60-an dan 70-an dan popular dengan dendangan lagu-lagu berentak pop yeh yeh.

Beliau pernah memenangi Anugerah Tokoh Kepimpinan Industri Muzik dalam Anugerah Kecapi Papuita tahun 2006.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

How to Win Tickets to GFRIEND’s Concert in Singapore

HP Mencipta Semula Teknologi dengan Spectre Folio dan Tango X