in

HP Mencipta Semula Teknologi dengan Spectre Folio dan Tango X

Inovasi baharu HP meningkatkan kepintaran reka bentuk, menggunakan kerja tangan halus bagi menggabungkan gaya dengan kefungsian.

HP Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan Specter Folio dan pencetak Tango X yang sangat dinanti-nantikan ke Malaysia. Direka dengan indah dan dicipta dengan teliti, produk-produk yang baru dilancarkan menggabungkan gaya dan kefungsian bagi mentakrifkan semula pengalaman PC dan mencetak. Direka untuk pengguna moden, Specter Folio dan Tango X menggabungkan teknologi serta seni reka halus untuk memperkasakan mereka yang sentiasa sibuk, menggabungkan gaya hidup serta persekitaran pengguna dengan lancar. Produk-produk ini adalah penambahan terkini kepada rangkaian sistem peribadi serta portfolio percetakan jenama ini.

Presenting the newly launched HP Spectre Folio and HP Tango X

HP juga melancarkan barisan produk percetakan dan sistem peribadi baru yang dipertingkatkan, yang direka untuk memenuhi keperluan rumah, kerja, serta gaya hidup warga Malaysia yang berkembang.

Untuk Sistem Peribadi, ini termasuk siri Envy dan Pavilion yang dipertingkatkan dengan ciri-ciri canggih terkini.

HP OMEN 15, sebuah komputer permainan digital mudah alih ultra-nipis yang berkuasa dari portfolio permainan HP, turut diperkenalkan pada acara itu.

Untuk kategori cetakan, siri OfficeJet dan OfficeJet Pro baharu menjanjikan keselamatan dalam kelas terunggul dengan ciri yang lebih baik bagi mengekalkan data pengguna dan privasi dokumen.

HP Spectre Folio

“Inovasi kami mewakili komitmen kami untuk mencipta semula demi keperluan warga Malaysia bagi memastikan mereka sentiasa menerajui perubahan.

Specter Folio dan Tango X menggembelingkan reka bentuk, serba guna, dan ketersambungan bagi membawa pengalaman yang luar biasa kepada para pelanggan kami,

Kami tetap memberi tumpuan kepada terus menerajui sempadan inovasi yang digerakkan oleh wawasan bagi menyokong Masa Depan Malaysia.”

– Fayza Amin, Pengarah Urusan Malaysia, HP Inc.
Spectre Folio_Cognac Brown_2

HP Spectre Folio – PC Boleh Ubah Berkemasan Kulit Yang Pertama Di Dunia1:

©Copyright 2019 HP Development Company, L.P. The information contained herein is subject to change without notice. The only warranties for HP
products and services are set forth in the express warranty statements accompanying such products and services. Nothing herein should be
construed as constituting an additional warranty. HP shall not be liable for technical or editorial errors or omissions contained herein. 1

Spectre Folio_Cognac Brown_5

Diperbuat daripada kulit tulen krom yang tahan lama, komputer riba boleh mempamerkan kerja tangan teliti yang diilhamkan oleh pakar seni, menggabungkan keselesaan dengan gaya. Dengan kulit jahitan tangan telus dan jahitan beraksen, ianya menawarkan pengalaman sensasi baru untuk pengguna – semuanya berlandaskan perkakasan yang direka secara teliti. Casisnya yang fleksibel – yang dimungkinkan oleh engsel semula jadi kulit asli – membolehkannya bertukar kedudukan daripada komputer riba tradisional, tablet atau bentuk khemah.

HP Tango X – Pencetak Kediaman Pintar Yang Pertama2:

HP Tango X memberikan pengguna keyakinan untuk menyambung dan mencetak dengan cepat dengan pemasangan Wi-Fi lancar daripada telefon pintar atau tablet anda. Pencetak ini juga memberikan pengalaman percetakan bebas tangan dengan ciri-ciri pengaktifan suara yang menjimatkan masa.

Image 2

Selain daripada keupayaan untuk mencetak sehingga dua kali lebih banyak helaian dengan kartrij dakwat hasil tinggi asli HP, pengguna juga dapat menghantar foto dari pencetak anda ke hampir mana saja. Dengan pemasangan pintar dan mudah melalui aplikasi HP Smart, Tango X adalah pencetak yang dicipta untuk Kediaman Pintar.

  • HP Envy x360 – PC yang bergaya, berkuasa, dan selamat dengan pemproses AMD® Ryzen & Vega Graphics: Komputer boleh ubah 13.3″ yang direka dengan indah, dibina untuk memberi inspirasi kepada produktiviti menggunakan pemproses AMD® terkini. Direka bagi mengutamakan privasi, ia menawarkan keselamatan PC terbaik dalam kelas dengan Webcam Kill Switch dan HP BIOS Recovery.
  • HP Envy 13 – PC yang rapi dengan pemproses Intel® CoreTM: Ciri-ciri keselamatan yang ringan, kuat, dan pintar – Komputer Riba HP ENVY 33.8 cm (13.3″) dibina untuk memperkasakan kehidupan di mana sahaja. Dengan ciri keselamatan terkini dan reka bentuk ultra rapi – privasi dan data anda tetap selamat – sama ada anda berada di kediaman atau sedang ke sana sini.
  • HP OMEN 15 – Komputer permainan digital mudah alih berkuasa ultra-nipis: Grafik NVIDIA bertaraf penggemar dalam PC kompak semua logam dengan pemproses Siri H Generasi ke-9 8-teras Intel® CoreTMi9 bagi menyediakan kuasa kuda yang diperlukan untuk menjalankan permainan yang intensif- pemproses dan penstriman langsung. Pusat Perintah OMEN juga membolehkan pengguna menguruskan prestasi dan penyesuaian.
  • HP Pavilion Gaming – Sebuah PC permainan digital yang boleh dipercayai dengan grafik reka bentuk Max- Q untuk menguasakan kerja dan permainan digital: Dibina dengan pemproses Generasi ke-9 Intel® CoreTMi7 terkini dan pemproses grafik NVIDIA® GeForce® GTX 1660 Ti Max-Q, Pavilion Gaming menawarkan reka©Copyright 2019 HP Development Company, L.P. The information contained herein is subject to change without notice. The only warranties for HP
    products and services are set forth in the express warranty statements accompanying such products and services. Nothing herein should be
    construed as constituting an additional warranty. HP shall not be liable for technical or editorial errors or omissions contained herein. 2
  • bentuk jenama baru dengan teknologi terma yang dipertingkatkan untuk prestasi yang tahan lama dan dinamik.
  • HP Pavilion x360 – PC boleh ubah yang cantik dengan casis blok warna untuk melaksanakan kerja & bermain dalam setiap mod: Dilengkapi pemproses sehingga ke Generasi ke-8 Intel® CoreTM i7, pilihan grafik diskrit, dan sehingga dua storan, HP Pavilion x360 memberikan anda kuasa yang anda perlukan untuk menyelesaikan tugas. Hidupkan kesemua gambar, video serta projek anda pada paparan skrin sentuh 3 sisi tepian mikro HD atau FHD bertenaga dengan nisbah skrin ke badan yang lebih lebar.
  • HP OfficeJet/ OfficeJet Pro 8000 and 9000 All-in-One series – Pencetak pintar revolusioner untuk perniagaan: Dengan aplikasi cetak mudah alih HP Smart, pengguna bebas untuk bekerja di mana sahaja, pada bila-bila masa. Direka untuk menjimatkan masa anda, Tugasan Pintar3 dalam aplikasi HP Smart membantu anda menyusun dokumen 50% lebih cepat dan menghapuskan tugas berulang. Dihubungkan dengan aplikasi HP Smart (muat turun di Google Play atau App Store), HP OfficeJet Pros membolehkan anda untuk menguasai tugas anda agar anda boleh mencetak dan mengimbas dari mana-mana, pada bila-bila masa. Ia menawarkan keselamatan terbaik dalam kelas dengan ciri-ciri seperti penyulitan data, Secure Boot dengan penyembuhan diri, dan Secure Cloud Printing.Harga dan ketersediaan:
  • HP Spectre Folio in Cognac Brown kini dijual pada harga bermulai RM7,999
  • HP Tango X akan dijual menjelang akhir tahun ini, pada harga bermulai RM799
  • HP Envy 13 kini dijual pada harga bermulai RM4,099
  • HP Envy x360 kini dijual pada harga bermulai RM3,649
  • HP OMEN 15 akan dijual bermula bulan Julai pada harga bermulai RM6,399
  • HP Pavilion Gaming kini dijual pada harga bermulai RM2,979
  • HP Pavilion x360 kini dijual pada harga bermulai RM2,499
  • HP OfficeJet Pro 8020 kini dijual pada harga bermulai RM623
  • HP OfficeJet Pro 9010 kini dijual pada harga bermulai RM832
  • HP OfficeJet Pro 9020 kini dijual pada harga bermulai RM1,250Untuk maklumat lanjut, layari: https://www8.hp.com/my/en/home.html
    Sila merujuk kepada QR kod di bawah untuk imej resolusi tinggi serta risalah data mengenai produk-produk diatas:

©Copyright 2019 HP Development Company, L.P. The information contained herein is subject to change without notice. The only warranties for HP
products and services are set forth in the express warranty statements accompanying such products and services. Nothing herein should be
construed as constituting an additional warranty. HP shall not be liable for technical or editorial errors or omissions contained herein. 3

HP Pavilion Gaming 15 Laptop PC_Acid Green

Latar belakang HP

HP Inc. mencipta teknologi yang meningkatkan kehidupan untuk semua orang, di mana-mana sahaja. Melalui portfolio pencetak, PC, peranti mudah alih, penyelesaian, dan perkhidmatan, kami mewujudkan pengalaman yang mengagumkan. Maklumat lanjut mengenai HP Inc. boleh didapati di http://www.hp.com.

1 Bahagian luaran dan papan kekunci luar adalah 100 peratus kulit asli pada 9/18/18.

2 “Pencetak Kediaman Pintar” ditakrifkan menggunakan kriteria berikut: 1) Direka secara eksklusif untuk peranti mudah alih, dan didorong oleh aplikasi pencetak OEM, seperti peranti IoT yang lain. Peranti HP Tango ini direka khas untuk peranti mudah alih kerana ia memerlukan peranti mudah alih untuk dipasang. 2) Menggunakan kedua-dua penyambungan data Wi-Fi dan awan telefon bimbit tempatan untuk sambungan dua hala dengan aplikasi OEM untuk mengawal pencetak dan mendapat status. 3) Menawarkan sokongan percetakan suara untuk Amazon Alexa, Google Assistant, dan Microsoft Cortana. (Lihat laporan Intelligence Keypoint untuk maklumat lanjut: www.keypointintelligence.com/HPVoicePrint (PDF PDF 372KB)). 4) Unik dalam kelas kerana ia tidak mempunyai skrin/paparan, butang/LED selain butang kuasa, dan sebuah port USB. Peranti kediaman pintar seringkali kekurangan skrin/paparan dan butang/LED dan port USB, kerana ia direka untuk wayarles dan kawalan oleh aplikasi OEM yang disediakan pada peranti pintar seperti telefon atau tablet. Berbanding dengan majoriti pencetak inkjet desktop warna dalam kelas bersaiz surat dan semua-dalam-satu <$ 150 USD. Tuntutan berdasarkan penyelidikan dalaman HP ke atas spesifikasi yang diterbitkan pengeluar pencetak dan Keypoint Intelligence – Buyers Lab March 29, 2018 kajian yang ditugaskan oleh HP. Untuk maklumat lanjut, lihat www.keypointintelligence.com/HPTango. Bahagian pasaran seperti yang dilaporkan oleh IDC CYQ4 2017 Hardcopy Peripherals Tracker.

3 Berdasarkan ujian dalaman HP. Anggaran masa purata berdasarkan: 1) memuat turun aplikasi HP Smart pada peranti mudah alih, 2) menyediakan pintasan Tugas Pintar, 3) mengimbas tugasan yang mempunyai lebih daripada 2-3 tugas yang berkaitan dengannya (imbas ke e-mel, simpan dan ganti nama, simpan ke awan, dan sebagainya). Purata perbandingan penjimatan masa adalah berdasarkan penggunaan perisian pengimbasan pencetak dan komputer untuk menyelesaikan tugas imbasan yang serupa. Memerlukan muat turun aplikasi HP Smart dan pencetak yang disokong oleh HP. Untuk butiran mengenai keperluan percetakan tempatan, sila layari hp.com/go/mobileprinting.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Penyanyi Veteren A Rahman Hassan Meninggal Dunia

“Bapa Pesan Jaga Adab,” – Khir Rahman