in

Penyanyi dan Pelakon Hong Kong Gillian Chung Datang Ke Malaysia

Ingat lagi dengan nama Gillian Chung? Mmm… pasti korang dah lupa dengan nama itu. Atau tengok pada gambar ini… mungkin dapat mengembalikan semula ingatan korang.

Dan apa yang Budiey dengar, Gillian Chung akan datang ke Malaysia pada 4 Disember ini!

Pastinya berita ini mengejutkan ramai peminat selebriti Hong Kong ini. Apa taknya, takde angin dan ribut, tiba-tiba penyanyi dan pelakon ini muncul semula dan mahu datang ke Malaysia. Untuk apa sebenarnya?

Budiey tahu, ramai peminat di luar sana menantikan kedatangan Gillian Chung dan mahu mengambil peluang ini untuk bertemu dengan idola ini secara in person.

Untuk info peminat, Gillian Chung akan muncul bagi mempromosikan produk minuman ini di Restoran & Bistro De Bali di Johor Bahru pada 4 Disember 2009. Gillian Chung akan buat persembahan istimewa untuk mengubat kerinduan peminatnya.

Selidik punya selidik, Budiey dapat tahu yang Gillian Chung akan mempromosikan satu produk yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Kiranya, dia adalah duta dan jurucakap yang baru kepada produk ini.

So, watch out for her imminent visit to Malaysia!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Liyana Jasmay di Pelancaran Album Digital Pertama

XPAX IGNITES NE-YO LIVE IN KUALA LUMPUR 2010