in ,

Penyanyi Ai Wahida Disihir Oleh Individu Yang Dikenalinya Sampai, Muntahkan Jarum & Paku!

Penyanyi baru dikenali Ai Wahida, 23, mendedahkan dia terkena ilmu hitam sejak beberapa tahun lalu yang dilakukan oleh beberapa individu dikenalinya.

Ai Wahida yang baru muncul dengan lagu duet Mama Mama bersama penyanyi Ejai Aziz, berkata dia sebenarnya tidak pernah menyedari terkena sihir sehingga menonton satu video tular berkaitan ilmu hitam. 

“Apabila menonton video itu, saya berasakan segala simptom-simptom dikongsi oleh pembuat kandungan berkenaan sama seperti yang dialami. 

“Saya ada rasa sakit badan, berdebar-debar yang teruk, tak boleh bangun dan asyik terbaring saja serta nak solat pun susah, termasuk gangguan ketika tidur.

“Jadi, saya terfikir untuk mendapatkan bantuan mencuba perubatan alternatif seperti rawatan Islam. Sekitar Disember tahun lalu, saya ikhtiar berubat di Kuantan, Pahang,”

Penyanyi Ai Wahida Disihir

Ai Wahida atau nama sebenarnya Wahida Amalin Atan berkata dia sangat terkejut apabila mengetahui dirinya memang terkena sihir sejak beberapa tahun lalu.

“Saya dah kena lama. Ketika berubat itu, macam tak percaya saya muntahkan paku, jarum, serpihan kain dan beberapa bahan kotor lain keluar dari dalam badan saya.

“Jarum pendek ada 12 batang, paku pula tujuh dan jarum panjang sebanyak 22 batang. Sejujurnya, memang mengejutkan,”

Ditanya apakah dia ada bermasalah dengan pihak lain, katanya dia tidak pasti dan hingga kini persoalan itu masih berlegar-legar difikirannya

“Saya pun tak tahu punca sebenar yang berlaku di antara saya dengan beberapa individu dikenali itu sehingga mereka sanggup menghantar sihir kepada saya.

“Nak kata saya penyanyi popular, rasanya masih jauh lagi. Nak kata kaya dan hidup mewah, belum banyak duit pun. Jadi, saya memang tak tahu apa yang mereka sakitkan hati sangat.

“Kenapa tak suka saya sampai macam itu sekali hingga sanggup hantar sihir?. Mereka kenal saya, boleh saja jumpa beritahu secara semuka daripada sanggup sihir saya,” katanya.

Menurut Ai Wahida lagi, jika nak dikaitkan dengan jumlah pengikut media sosialnya, ia kurang wajar kerana Instagramnya mempunyai 300,000 pengikut sahaja.

Melihat positif, itu adalah ujian untuknya Ai Wahida berkata apa yang berlaku sudah ditakdirkan Allah. Ujarnya, kini dia hanya mampu meneruskan rawatan serta berhati-hati pada setiap masa.

“Walaupun keadaan kesihatan saya belum baik sepenuhnya. Sekurang-kurangnya sekarang saya dah boleh bekerja semula. Apapun, saya harus terus berhati-hati dalam setiap langkah,” katanya.

*Sumber: Harian Metro

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

PGA Edar Gambar Sajat Di Pos Kawalan Keselamatan, Elak Dia Bolos Ke Negara Jiran

Ernie Zakri Tak Sangka Dah Bersuami Sebelum Usia 30 Tahun