in ,

Penyampai Radio Ditahan Polis Untuk Bantu Siasatan Kerana Miliki 447 Gram Ganja

Semalam, tular di media sosial mengenai satu tangkap layar salinan laporan polis di aplikasi Whatsapp berkaitan seorang penyampai radio lelaki yang telah dicekup kerana memiliki dadah jenis ganja.

Menerusi tangkap layar tersebut, penyampai radio itu difahamkan masih dalam tahanan reman bagi membantu siasatan.

Menurut laporan, serbuan telah dilakukan di kediamannya di Kuala Lumpur dan polis telah menemui dadah jenis ganja seberat 447.44 gram yang telah diasingkan kepada 22 paket plastik.

Difahamkan juga paket-paket ganja itu akan dihantar ke Pulau Tioman, Pahang.

Suspek yang ditahan bersama-sama dadah tersebut mengakui sudah lama terlibat dalam penyalahgunaan ganja sejak tahun 2011 lagi.

Namun ketika meninjau ke laman sosial, ramai netizen menganggap tangkap layar yang tular itu merupakan berita palsu dan fitnah.

Di laman Facebook, ‘kehilangan’ penyampai radio atas talian terjawab apabila lelaki berusia 48 tahun itu dikatakan telah ditahan pihak polis berikutan kesalahannya dalam memiliki dadah jenis ganja.

Penyampai Radio Ditahan Polis Untuk Bantu Siasatan Kerana Miliki 447 Gram Ganja

Menerusi tangkap layar kiriman mesej dipercayai laporan polis, lelaki tersebut yang juga bekas penyampai radio di sebuah stesen radio swasta popular telah ditahan reman bagi membantu siasatan. Dalam tangkap layar tersebut juga telah menyatakan lelaki itu disahkan positif setelah menjalani ujian air kencing malah turut mengaku bahawa dadah tersebut adalah miliknya.

Sudah Seminggu Tak Bersiaran di Konti

Ada juga yang memetik beberapa nama penyampai radio berikutan stesen radio kendalian suspek juga sudah lama tidak ke udara sejak seminggu yang lalu.

Lebih mengejutkan lagi, dia turut akui sudah terlibat dengan kegiatan tersebut sejak tahun 2011. Menjengah ke laman Facebook stesen radio atas talian tersebut, rata-rata peminat membanjiri ruangan komen hantaran terkini meluahkan rasa kecewa serta tidak percaya akan khabar berita tersebut.

Sumber: Oh! Bulan & Murai

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

LANGKAH BARU Dedah Anak Seni Jana Pendapatan Melalui Hasil Seni Muzik

Iqbal Dedah Cik B & Kacak Merestui Perkahwinan Dengan Vida, Tapi Dengan Syarat