in , ,

Iqbal Dedah Cik B & Kacak Merestui Perkahwinan Dengan Vida, Tapi Dengan Syarat

Kisah percintaan usahawan kosmetik terkenal iaitu Datuk Seri Vida bersama bekas pembantu peribadinya, Iqbal Zulkefli masih menjadi viral dan topik hangat dalam kalangan pengguna media sosial.

Terdahulu, mereka berdua mengumumkan akan bernikah pada bulan Disember ini namun hasrat murni itu mendapat tentangan dan tidak dipersetujui oleh anak-anaknya iaitu Cik B dan Kacak.

Terbaru, anak lelaki Vida, Kacak tampil memohon maaf secara peribadi dengan Iqbal atas gurauan yang dibuat menerusi aplikasi TikTok serta kenyataan yang telah dikeluarkan.

Menerusi satu perkongsian di Insta Story, Iqbal memuat naik paparam mesej memaparkan Kacak telah memohon maaf kepadanya di atas kenyataan dikeluarkan sebelum ini.

Iqbal Dedah Cik B & Kacak Telah Merestui Perkahwinan Dengan Vida, Tapi Dengan Syarat

Kacak Luah Rasa Kesal

Dalam mesej tersebut, Kacak mengakui kesal dengan kesilapannya serta berharap Iqbal memaafkan dirinya akibat terlanjur kata sehingga menyakitkan hati Iqbal.

Dalam pada itu, Iqbal berkata selama ini Vida tidak pernah menjelaskan kepada anak-anak mengapa mereka ingin berkahwin dan hanya membiarkan anak-anak memberontak sehingga timbul salah faham bahawa dia mahu mengikis harta.

Iqbal Dedah Cik B & Kacak Telah Merestui Perkahwinan Dengan Vida, Tapi Dengan Syarat

Dakwa Iqbal lagi, selama ini dia sudah berkali memujuk anak-anak Vida namun dia dibiarkan sahaja seolah-olah dirinya yang terhegeh-hegeh mahukan usahawan tersebut dan mahu menumpang harta kekayaannya.

Hormati Cik B & Kacak, Iqbal Putus Asa Untuk Bernikah dengan Vida?

Cik B Sudah Izinkan Iqbal Nikah dengan Ibunya

Sementara itu, dalam satu perkongsian lain, Iqbal berkata Cik B sudah pun memberikan kebenaran untuk dia berkahwin dengan Vida, namun meletakkan syarat dimana dia inginkan sebuah kereta jenis Mercedes Benz yang bernilai lebih RM1 juta.

Bagaimanapun, Iqbal berkata dia sudah terlalu kecewa kerana banyak perkara diputar beli sehingga menjatuhkan maruahnya.

Dalam pada itu, usahawan berusia 27 tahun ini memohon agar orang ramai memberi sokongan serta mendoakan untuk kebahagiaanya.

Iqbal tampil mendedahkan dia tidak akan lagi berkeras untuk memperisterikan pengasas kosmetik, Datuk Seri Vida sekiranya wanita terbabit tidak cenderung untuk kembali kembali mendirikan rumah tangga.

Dia pada masa sama turut memohon maaf atas isu tular berpanjangan melibatkan hal yang berkaitan, selain akui perlu hormati perasaan dua anak Vida, Cik B dan adiknya, Kacak.

Hormati Cik B & Kacak, Iqbal Putus Asa Untuk Bernikah dengan Vida?

Bukan Strategi Marketing

Menyifatkan apa yang berlaku bukan satu strategi marketing, ahli perniagaan asal Kelantan itu turut mendedahkan dia tidak pernah terfikir untuk mengambil harta selain reda andai mereka tiada jodoh.

Manakala Datuk Seri Vida sekali lagi mencuri perhatian apabila dia dilihat telah dikecam netizen kerana didakwa mempermainkan hati dan perasaan Iqbal Zulkefli.

Kecaman dan kritikan itu mula timbul susulan daripada pendedahan Iqbal yang mendedahkan bahawa dia menerima layanan yang kurang baik daripada pengusaha kosmetik itu.

Kata Iqbal, dia pernah dibuang kerja oleh syarikat Vida sebelum dipanggil semula dan ditawarkan dengan wang bernilai jutaan ringgit dan kereta mewah.

Berikutan itu, ramai penyokong Iqbal tampil memberi sedikit nasihat kepada DS Vida dan mengkritik cara layanan wanita itu kepada Iqbal.

Difahamkan, DS Vida sebelum ini ada menguar-uarkan kepada kakitangan dan rakan-rakan mengenai sikap Iqbal yang suka meminta-minta dan menumpang hasil kekayaan dirinya.

Malah, DS Vida juga didakwa pernah melakukan kekerasan terhadap Iqbal kerana cemburu melihatnya bersama wanita lain.

Isu ini menjadi melarat dan berlarutan apabila muncul pula dakwaan seperti segala yang terjadi hanyalah bertujuan untuk melariskan produk serta beberapa tuduhan lain yang terlalu banyak diperkatakan oleh netizen.

Namun, Sabtu lalu, Iqbal memaklumkan bahawa dia sudah putus ada dan tidak akan memaksa DS Vida untuk bernikah dengannya kerana ingin menjaga maruah diri setelah diperkotak-katik sedemikian rupa oleh usahawan terkenal itu.

Iqbal Dedah Cik B & Kacak Telah Merestui Perkahwinan Dengan Vida, Tapi Dengan Syarat

Tabur Duit Depan Wartawan, Nafi Nak Kikis Harta DSV

Ahmad Iqbal Zulkefli menafikan dakwaan berhasrat untuk mengahwini bekas majikannya, usahawan sensasi, Datuk Seri Vida semata-mata kerana wang ringgit atau dengan tujuan marketing.

Menerusi video yang dimuat naik portal mStar Online, Iqbal dilihat menayang barangan berharga yang dibelinya hasil titik peluh sendiri. Wartawan yang berkunjung ke rumah usahawan itu terpegun melihat kemewahan yang dimilikinya.

iqbal abur Duit Depan Wartawan, Nafi Nak Kikis Harta DSV

Iqbal turut memperincikan harga bagi setiap barangan termasuk dua ekor kucing yang berharga RM15,000 dan RM8,500. Untuk barangan kucing sahaja, dia membelanjakan sehingga RM50,000.

Usahawan ini turut menunjukkan koleksi minyak wangi dan jam tangan yang dimilikinya. Paling mahal dia pernah membeli jam yang mencecah harga RM1 juta.

Untuk menghargai pengikut Instagram yang bertuah, Iqbal akan menyediakan barangan kemas sebagai giveaway.

Jelas Iqbal lagi, dia bukanlah seorang yang gemar menunjuk-nunjuk. Namun, dia terpaksa memberitahu umum untuk menangkis dakwaan liar mengenai dirinya.

Lebih mengejutkan apabila Iqbal bertindak menabur wang yang disimpan dalam sebuah beg.

Saya kena macam ini ke? Aku kaya aku tak nak duit orang. Macam itu?

– IQBAL

Tindakan mencampak duit itu adalah reaksi marahnya kepada netizen yang telah memandang rendah kepadanya.

Baru beberapa jam dimuat naik, video telah meraih sehingga 800,000 tontonan dan 9,000 perkongsian.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Penyampai Radio Ditahan Polis Untuk Bantu Siasatan Kerana Miliki 447 Gram Ganja

Rocketfuel Entertainment Perkenal Indie Space Station Buat Semua Label & Pengkarya Indie