in ,

Penulis Novel Saman Syamsul Yusof Gara-Gara Plagiat

Menurut sumber dari Kosmo!, kes saman penulis novel Aku Bohsia, Elias Idris terhadap pengarah yang juga pelakon Syamsul Yusof dan bapanya, Datuk Yusof Haslam serta syarikat mereka gagal diselesaikan menerusi proses mediasi.

Prosiding melibatkan dakwaan plagiat novel karya Elias itu didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Hasnah Mohammed Hashim semalam dan kes itu akan diteruskan menerusi proses perbicaraan. Peguam Aizul Rohan Anuar yang mewakili Syamsul memberitahu pemberita bahawa mahkamah menetapkan 6 Februari depan untuk pengurusan kes.

syamsul-yusof

Di luar mahkamah, Yusof berkata, pihaknya telah berusaha sebaik mungkin untuk menyelesaikan kes tersebut namun keengganan Elias menyelesaikan secara baik amat mengecewakan.

“Saya dan anak saya, Syamsul cuba menyelesaikan kes ini di luar mahkamah seperti yang dinasihatkan hakim sebelum ini, namun pihak plaintif menuntut ganti rugi,” katanya.

Elias, 63, memfailkan saman terhadap Syamsul atau nama sebenarnya Mohd. Syamsul Md. Yusof, 31, bapanya Md. Yusof Md. Aslam (Yusof Haslam), 61, dan syarikat Skop Production Sdn Bhd pada 24 November tahun lepas kerana didakwa meniru novel Elias itu dalam filem Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam yang diterbitkan pada 2009.

Menerusi pernyataan tuntu­tannya, Elias mendakwa bahawa beliau menulis novel tersebut pada 1995 menggunakan nama pena Anne Natasha Nita serta pemilik hak cipta terpelihara.

Beliau mendakwa terdapat banyak persamaan dari segi tema, plot, watak dan mesej dalam novel Aku Bohsia dengan filem Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam.

sumber : Kosmo!

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Astro Xi Yue HD Malaysia’s First Free High Definition Channel on Njoi

Bekas Isteri Jimmy Shanley Dihukum Penjara 7 Hari