in ,

Penulis Lirik Loloq Meninggal Dunia

Penulis lirik popular, Rosli Khamis, 50 tahun atau lebih dikenali dengan nama Loloq telah meninggal dunia pada tengahari tadi. Arwah pulang ke rahmatullah selepas dilaporkan koma akibat pendarahan dalam otak.

Mengikut sumber, semalam Loloq dilaporkan stabil dan menunjukkan sedikit perubahan selepas menjalani pembedahan kelmarin. Semalam, Allahyarham Loloq ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Pakar Damansara, Kuala Lumpur. Pada mulanya, keadaan Loloq menunjukkan tanda positif apabila beliau ketika itu sudah mampu bernafas sendiri tanpa bantuan alat pernafasan. Namun, sewaktu beberapa temannya termasuk Amy Search melawatnya kelmarin, jururawat bertanggungjawab menjaganya memberitahu keadaannya agak kritikal.

Malaysia telah kehilangan seorang penulis lirik berbakat dan pelakon yang begitu prolifik dalam menghasilkan karya dan sentiasa menampilkan lakonan yang unik. Selain menulis lirik untuk penyanyi popular dan menulis skrip Loloq juga pernah berlakon dalam filem seperti Man Laksa dan Zombi Kampung Pisang. Dia juga juri rancangan Bintang Kecil yang diterbitkan dan disiarkan di TV9.

Salam takziah buat keluarga dan sanak saudara allahyarham. Semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.

[tags]loloq meninggal dunia, lolog death, rosli khamis meninggal, pencipta lagu dead, death, passed away, gambar loloq, lolok mati[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Artis di Post Party Anugerah Juara Lagu 22

Teater Nyonya Lakonan Juhara Ayob di Istana Budaya