in , ,

Pentas Maharaja Lawak Mega 2021 Minggu Pertama Perkenal 4 Juri Termasuklah Sang Bara

Pentas ‘Maharaja Lawak Mega 2021’ (MLM 2021) telah dibuka dengan rasminya pada Jumaat, 15 Oktober, secara langsung dari Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan dipancarkan terus di Astro Warna (saluran 107).

Dihoskan oleh figura penuh versatil, Dato’ AC Mizal, musim ini menyaksikan sebelas (11) kumpulan yang terdiri daripada gandingan duo dan trio pemain komedi tanah air berentap, menggegarkan pentas keramat MLM 2021 demi merebut hadiah kemenangan lumayan berbentuk wang tunai RM500,000!

Minggu pertama juga turut memperlihatkan MLM 2021 memperkenalkan empat Juri Tetapnya. Pelakon / Pengarah tersohor negara, Datuk Rosyam Nor bertindak sebagai sebagai Ketua Juri dan beliau ditemani oleh gandingan dua pelakon wanita popular, Uqasha Senrose dan Diana Danielle serta penyanyi kumpulan Hujan, Noh Salleh. Menemani keempat-empat juri ini juga adalah Sang Bara, juri misteri dalam karakter seekor Naga, yang tidak akan didedahkan wajah dan identitinya sehingga pentas final akan datang.

Pentas Maharaja Lawak Mega 2021 Minggu Pertama

Komen-komen yang dilontarkan Sang Bara ini kepada peserta dilihat agak pedas sehingga membuatkan penonton teruja dan berteka-teki khususnya di platform media sosial sambil membuat tekaan siapakah individu di sebalik topeng naga ini.

Format pemarkahan tahun ini dilihat sedikit berbeza apabila setiap juri memberikan 1 HA untuk persembahan yang mereka gemari.

Oleh yang demikian, kelima-lima juri mewakili 5 HA dan 70% jumlah pemarkahan akan diberikan oleh barisan Juri Tetap manakala 30% daripada undian penonton, menerusi platform digital,  www.gempak.com/maharajalawakmega atau peminat boleh mengimbas kod QR di skrin televisyen masing-masing sambil menerokai Dunia AR (Augmented Reality) MLM 2021.

Sama seperti musim-musim sebelum ini, di minggu pertama, peserta membuat tugasan dengan tema ‘Bebas’. Kumpulan BORO yang mempertaruhkan gandingan segar Achey, Fad dan Atu berjaya menjuarai carta menerusi persembahan mereka yang begitu bersahaja dengan mengumpul markah keseluruhan sebanyak 74.84%.

Di kedudukan kedua pula adalah kumpulan OTAI yang terdiri daripada gandingan pelawak ‘legend’, Azlee, penyanyi / pelakon Ieda Moin & Acong. Mereka selesa dengan markah keseluruhan sebanyak 66.80%.

Manakala di tempat ketiga adalah gandingan pendatang baharu, trio, kumpulan CAWAN yang dianggotai oleh Aliff Yasraf, Wan Gegau dan Che Mat Raja Lawak, dengan markah terkumpul sebanyak 60.15%.

Jangan lupa, saksikan ‘Maharaja Lawak Mega 2021’ pada setiap Jumaat, jam 9.00 malam, ditayangkan eksklusif di Astro Warna (saluran 107) dan untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform Astro GO dan On Demand.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tim Cook Apple | 20

Apple Lancar MacBook Pro, AirPods Gen 3, Umum M1 Pro & M1 Max

Rita Rudaini | 21

Rezeki Rita Rudaini Dalam Bidang Perniagaan