in , ,

Apple Lancar MacBook Pro, AirPods Gen 3, Umum M1 Pro & M1 Max

Di acara Apple Event pagi ini, Apple turut melancarkan MacBook Pro 14.2-inci dan MacBook Pro 16.2-inci.

Setelah sekian lama khabar angin tentang AirPods baharu berlegar-legar di internet, Apple akhirnya melancarkan AirPods generasi ketiga (Gen 3). Seperti desas-desus sebelum ini, AirPods Gen 3 tampil rekaan mirip AirPods Pro tetapi mempunyai sedikit kekurangan ciri-ciri yang ada pada model Pro.

Apple Lancar AirPods Gen 3

Apple Lancar AirPods Gen 3

AirPods Gen 3 merupakan fon telinga jenis open-ear yang mana ia tidak hadir putik telinga silikon seperti mana AirPods Pro. Selain itu, ia juga tiada fungsi pembatalan hingar aktif (ANC).

Pun begitu, AirPods Gen 3 masih lagi dilengkapi Spatial Audio, sokongan Dolby Atmos dan hadir dengan Adaptive EQ – melaras bunyi audio masa nyata berdasarkan cara pengguna memakai AirPods.

Apple Lancar AirPods Gen 3

Tambahan lagi, fon telinga tanpa wayar ini juga mempunyai perlindungan IPX4 yang mana kalis peluh dan air, bateri lebih tahan lama berbanding AirPods Gen 2, AAC-ELD yang menawarkan kualiti suara lebih jelas dan bekas simpanan dengan sokongan pengecasan MagSafe.

Harga jualan baginya adalah RM829 dan mungkin akan tiba di Malaysia tidak lama lagi.

MacBook Pro Baharu Dilancar

Selain melancarkan AirPods Gen 3, Apple turut memperkenalkan MacBook Pro baharu. Apple turut melancarkan MacBook Pro 14.2-inci dan MacBook Pro 16.2-inci. Ia adalah variasi lebih berkuasa menyasarkan penggunaan golongan profesional. Kedua-dua komputer riba ini dijana dengan cip Apple M1 Pro untuk memori sehingga 32GB RAM dan cip Apple M1 Max untuk memori sehingga 64GB RAM.

MacBook-Pro-1422-1622

Bukan sahaja komputer riba ini dilengkapi “nadi” baharu M1 Pro dan M1 Max, ia juga menampilkan rekaan sedikit berbeza berbanding barisan MacBook yang lain.

Model Pro kali ini memang sesuai dengan namanya. Ia dilengkapi paparan Liquid Retina XDR dengan teknologi mini LED, sama seperti yang digunakan pada iPad Pro. Paparannya mampu menawarkan kecerahan 1000nits dengan maksimum 1600nits, resolusi 3456×2234 dan menyokong ProMotion 120Hz.

Apple_MacBook-Pro_16-inch-Screen_10182021

Selain itu, bagi memberikan skrin lebih luas, MacBook Pro juga mempunyai takuk di mana menempatkan kamera beresolusi 1080p.

Tambahan lagi, ia juga akhirnya lebih berbaloi dan bermakna buat golongan profesional yang menggunakan MacBook Pro untuk kerja-kerja penyuntingan.

Hal ini kerana MacBook Pro telah kehilangan Touch Bar dan digantikan kekunci tradisional. Pengecasan MagSafe 3 juga akhirnya kembali ke pangkuan MacBook bersama-sama HDMI, port Thunderbolt 4, bicu audio dan pembaca kad SDXC.

Lain-lain adalah jangka hayat bateri lebih lama, storan dalaman sehingga 8TB, memori sehingga 64GB RAM serta 6 sistem pembesar suara dengan spatial audio.

MacBook Pro 14 inci dijual pada tanda harga bermula RM8799 dan MacBook Pro 16 inci pula bermula RM10799.

MacBook Pro
MacBook Pro
MacBook Pro
MacBook Pro

M1 Pro Dan M1 Max Diumum

Apple sebentar tadi mengumumkan cip pemproses terbaru M1 Pro dan M1 Max. Mereka mendakwa ia merupakan cip paling berkuasa pernah dihasilkan Apple.

Kedua-duanya masih menampilkan seni bina ARM dengan pemproses 5nm tetapi Apple menjanjikan prestasi jauh lebih baik berbanding terdahulu.

M1 Pro Dan M1 Max

M1 Pro hadir dengan 10 teras CPU yang merangkumi 8 teras prestasi tinggi dan 2 teras kecekapan. Dipadankan dengan 16 teras GPU, menyokong memori sehingga 32GB RAM dengan kelajuan sehingga 200GB/s.

Sementara M1 Max adalah dua kali ganda daripada M1 Pro. Terbina di dalam 10 teras CPU yang sama, 32 teras GPU yang prestasinya 7 kali ganda lebih pantas tetapi lebih kurang penggunaan tenaga dan menyokong memori sehingga 64GB RAM serta kelajuan 400GB/s.

M1 Pro Dan M1 Max

Selain itu, kedua-dua cip tersebut juga didatangkan dengan fungsi memproses video ProRes lebih pantas. Namun, masih mengekalkan penggunaan tenaga pada tahap minimum.

M1 Pro dan M1 Max masing-masing adalah nadi utama kepada komputer riba terbaharu Apple, iaitu MacBook Pro 14 inci dan MacBook Pro 16 inci.

Dengan ini, Apple semakin hampir melakukan peralihan penuh penggunaan cip Apple Silikon.

Untuk baiki kerosakan iPhone, boleh ke  https://chamo.my di Seri Kembangan. Untuk maklumat lanjut, berikut adalah details Chamo: 

Chamo
017-282 8089
118-1, Jalan PUJ 3/2, Taman Puncak Jalil, 43300 Seri Kembangan, Selangor

M1 Pro Dan M1 Max
M1 Pro Dan M1 Max

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

VAKSIN RINDU Nyanyian Yasin Sulaiman Tiup Semangat Kala Pandemik

NOH SALLEH

Pentas Maharaja Lawak Mega 2021 Minggu Pertama Perkenal 4 Juri Termasuklah Sang Bara