in

Pentas Anugerah Juara Lagu 2007 Terhebat?

Anugerah Juara Lagu 2007 baru sahaja menutup tirainya pada 27 Januari 2008 lalu. Mungkin boleh kami katakan inilah AJL yang terhebat dan terbesar yang pernah diadakan oleh pihak TV3. Ianya mungkin menandakan satu permulaan revolusi industri muzik di Malaysia yang semakin malap. Jika dilihat kepada tatarias, persembahan dan penonton di stadium, dapatlah disimpulkan bahawa TV3 berjaya menghidupkan tema ‘Music Is Magic’ seperti yang mereka war-warkan sebelum ini.

Kejayaan kumpulan Estranged memang tidak boleh disangkal. Dengan populariti lagu ‘Itu Kamu’, kumpulan yang dibarisi oleh anak muda ini berjaya mengenepikan beberapa artis yang lebih veteran dari mereka bagi menjadikan trofi AJL 2007 milik mereka. Untuk persembahan terbaik, Mawi masih mengekalkan aura dengan ‘keajaiban’ yang dipersembahkan ketika mendendangkan lagu ‘Angan Dan Sedar.’

 Walaupun, buat pertama kalinya, undian SMS tidak berpihak kepada Mawi yang cukup popular dengan gelaran Raja SMS, tetapi pilihan juri telah menyelamatkan Mawi dari pulang dengan tangan kosong. Kemenangan Mawi juga telah menidakkan kemenangan Dato Siti Nurhaliza yang sebelum ini beberapa kali merangkul anugerah Persembahan Terbaik selepas dimonopoli oleh Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris.

Buat pertama kalinya, mungkin dalam sejarah anugerah di Malaysia, TV3 memperkenalkan ‘centre stage’ sebagai pentas persembahan. Menurut Encik Azhar Borhan, pentas ilham dari Dato Farid Ridzuan ini memberikan satu tarikan yang kuat buat Anugerah Juara Lagu pada kali ini. Untuk rekod, konsep pentas ‘centre stage’ sebelum ini telah diperkenalkan ketika anugerah Golden Globe untuk tahun 2007.

Secara keseluruhan, TV3 dan seluruh tenaga produksi AJL berjaya memberikan satu magic kepada penonton amnya dan memberikan magic kepada industri rakaman tanahair khasnya yang semakin malap. Dengan bajet yang terbesar dan penggunaan skrin LED yang paling banyak dalam penganjuran sesebuah anugerah, pentas yang menarik dan perjalanan anugerah yang lebih tersusun, tidak boleh tidak, produksi Juara Lagu meletakkan satu tahap  baru atau penanda aras dalam penganjuran anugerah di Malaysia. Walaupun terdapat beberapa gangguan audio ketika persembahan, tetapi pihak produksi secara keseluruhan masih mampu tersenyum lebar kerana berjaya menjadikan Anugerah Juara Lagu 2007 sebagai terhebat dalam penganjurannya selama ini.

Syabas dari kami di Sensasi Selebriti untuk TV3!

[tags]how to be magic, glitter, kes lazar linggam, joni tersingkir, anak pontianak, ida nerina, fauzi nawawi, wedding photo ning baizura, ajl23, anugerah juara lagu 23, keputusan, senarai lagu ajl 23, blog temasek, manjarum blog, cinta mawi, gambar ikin mawi[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pengarah Yusuf Haslam & Gerak Khas Hina Mahkamah?

Lirik Lagu Terbaru Nur Fatimah – Rindu