in

NTV7 Bakal Siar Anugerah Primetime Emmy 2010

ntv7 bakal menyiarkan Anugerah Primetime Emmy 2010 pada 4 September, Sabtu, 10.00 malam.

jimmy fallon1

Anugerah Primetime Emmy® 2010 telah disiarkan SECARA LANGSUNG dari Teater NOKIA L.A pada Ahad, 29 Ogos di Saluran NBC. Kali ini, penerbit eksekutifnya ialah Don Mischer dan dihoskan oleh Jimmy Fallon.

Anugerah Primetime Emmy® 2010 meraikan kecemerlangan dalam pemprograman slot perdana nasional, memberi penanugerahan di malam gala seni kreatif tahunan serta anugerah siaran slot perdana.

The Cast of GLEE
GLEE

Antara rancangan siaran ntv7 yang terpilih sebagai calon Emmy adalah V, CSI, Fringe, Glee dan Spectacle: Elvis Costello. Paling menarik, komedi yang paling banyak meraih pencalonan adalah Glee, berjumlah 19 pencalonan.

Di majlis beprestij ini, pelakon-pengarah-penerbit George Clooney akan menerima pengiktirafan di sebalik usaha kemanusiannya selama ini, menjadikan beliau penerima Anugerah Bob Hope Humanitarian yang ke-4.

115949_GROUPr6

Anugerah ini meraikan usaha murninya dengan menggerakkan industri hiburan semasa krisis. Anugerah Bob Hope Humanitarian dikurniakan kepada individu industri telekomunikasi yang mana usaha kemanusiannya telah menaikkan nama industri dan amal dan tindakannya telah mencetuskan impak yang berpanjang dalam masyarakat.

Semenjak penubuhannya pada tahun 2002, hanya tiga penerima yang telah terpilih – Oprah Winfrey, penerima sulung, disusuli oleh Bill Cosby pada 2003 serta Danny Thomas pada 2004 (diterima oleh anaknya, pelakon – Marlo Thomas). Penerima-penerima ini akan dijadikan ikon kepada individu lain selain mendedahkan kehidupan dan kejayaan yang diperoleh oleh Bob Hope.

Fringe_ntv7

Komitmen jitu Clooney dalam meningkatkan kesedaran dalam isu hak asasi manusia dan respons yang cukup membangun dalam isu krisis antarabangsa memberikannya peluang untuk ditabalkan sebagai penerima Anugerah Bob Hope Humanitarian

The award will be presented to George, by an old friend and actress, Julianna Margulies. Both of them worked together on the long running hit series ER (Emergency Room) and they were both remembered fondly by their characters Doug Ross and Carol Hathaway. Julianna Margulies is also a nominee for her role in ‘The Good Wife’ playing Alicia Florrick for the episode “Threesome” (CBS).

Pembaca anugerah adalah sahabat lamanya dan juga pelakon, Julianna Margulies. Kedua-duanya pernah bekerjasama dalam siri hit ER(Emergency Room) lamanya. Julianna Margulies juga merupakan calon Anugerah Primetime Emmy® untuk wataknya Alicia Florrick dalam siri ‘The Good Wife’.

Untuk informasi lebih lanjut, kunjungilah www.ntv7.com.my or www.tonton.com.my

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Universal Networks Enters Licensing Agreement NBC Universal International

Pening Raya Lagu Raya Duet Salih Yaccob & M.Nasir