in ,

Pengurus Tolak Dakwaan Kaitkan Scha Elinnea Dengan Berita Artis Jadi Pelacur Kelas Atasan

Minggu lalu, tular laporan media yang mendakwa terdapat beberapa selebriti tempatan terlibat dengan skandal seks atau menjadi pelacur kelas atasan. Laporan media itu hanya memetik sumber sebagai dan belum ada perkembangan terkini sama berkenaan kesahihan laporan berkenaan.

Syarikat pengurusan artis, Absolut Management menolak dakwaan sekeras-kerasnya apabila salah seorang artis di bawah naungan mereka, Scha Elinnea dikaitkan dengan kisah artis yang menjadi pelacur kelas atasan seperti yang dipaparkan sebuah blog hiburan sehingga menjadi viral.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, mereka menyatakan bahawa dalam artikel tersebut turut dilampirkan screenshoot profil muka depan Instagram artis naungan mereka itu.

Scha Elinnea

“Walaupun di dalam artikel tersebut tidak ada menyebut nama beliau (Scha Elinnea), namun screenshoot yang telah dikaburkan itu tetap boleh dibaca oleh para netizen secara samar.

“Kami tida pasti akan tujuan sebenar blog tersebut dengan berniat sengaja memaparkan profil Instagram artis kami sebagai ‘gambar hiasan’ kepada artikel berkenaan walaupun secara jelas di dalam artikel tersebut tidak ada menyebut nama mana-mana individu,”

– Absolut Management

Menurut kenyataan itu lagi, pihaknya difahamkan bahawa blog itu telah membuang paparan screenshoot berkenaan selepas beberapa jam artikel berkenaan, tetapi ia sudah terlambat.

Scha Elinnea

Ujarnya, tindakan tidak bertanggungjawab itu menyebabkan artis naungan mereka itu menerima kritikan negatif di media sosial dan secara tidak langsung mencalarkan reputasinya sebagai seorang pelakon baharu.

Jelasnya, pihak pengurusan juga mempunyai aliran tunai keluar masuk ke dalam akan bank peribadi Scha Elinnea sejak dahulu lagi dan tidak pernah ada jumlah RM40,000 dikreditkan ke dalam akaun bank gadis tersebut.

“Kami ingin menegaskan bahawa Scha Alinea sama sekali tidak terlibat dalam isu yang diterbitkan blog tersebut.

“Selaku pihak pengurusan kami mempunyai aliran tunai keluar masuk ke dalam akan bank peribadi beliau sejak dahulu lagi dan tidak pernah ada jumlah RM40,000 dikreditkan ke dalam akaun bank beliau,”

– Absolut Management

Sehubungan itu, pihak pengurusan Scha meminta blog berkenaan membuat permohanan maaf secara terbuka kepada artis tersebut dalam tempoh 24 jam.

Menurutnya, sekiranya gagal berbuat demikian, pihak pengurusan akan mengambil tindakan mengikut undang-undang sebagai langkah seterusnya.

“Laporan polis juga sudah dibuat sebagai langkah keselamatan bagi melindungi diri beliau dan juga keluarga,” ujarnya.

– Absolut Management

Tambahnya, laporan polis juga sudah dibuat sebagai langkah keselamatan bagi melindungi diri Scha Elinnea dan juga keluarganya.

*Sumber: KopiPlanet.com

What do you think?

74 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Ayda Jebat Ditanya Betul Ke Tinggal Serumah Dengan Nabil Mahir? Ini Jawapan Ayda

Zizi Kirana Bercuti dari Sosial Media Gara-Gara Stres dengan Isu Covid-19 & Politik Negara