in ,

Ayda Jebat Ditanya Betul Ke Tinggal Serumah Dengan Nabil Mahir? Ini Jawapan Ayda

Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat sekali lagi dihimpit spekulasi apabila netizen mengatakan dia tinggal sebumbung dengan tunangan, Nabil Mahir.

Menjelaskan perkara terbabit, jawab Ayda, dia berada di kediaman Nabil atas tujuan perbincangan mengenai hal perkahwinan mereka.

Ayda Jebat Ditanya Betul Ke Tinggal Serumah Dengan Nabil Mahir? Ini Jawapan Ayda

“Meeting untuk wedding dan kerja dekat rumah dia. Ada mak, ayah, nenek, kakak, abang, orang gaji dan ramai lagi.

“Nak keluar pun nak ke mana? Dah jawab,” tulisnya menerusi ruangan komen Instagram.

– Ayda Jebat

Terdahulu, Ayda ditanya oleh salah seorang pengguna media sosial terbabit sama ada mereka sudah tinggal serumah menerusi sepotong video TikTok Ayda bersama Nabil yang dimuat naik pelakon itu sendiri.

Ayda Jebat Ditanya Betul Ke Tinggal Serumah Dengan Nabil Mahir? Ini Jawapan Ayda

Pada masa sama, situasi keberadaan Ayda di rumah Nabil untuk urusan penting keluarga dipersetujui segelintir netizen yang turut mempraktikkan cara yang sama.

Bagaimanapun, Ayda menafikan dia pernah bermalam di kediaman bakal mentuanya dan tujuan asasnya berada di lokasi tersebut untuk mendalami ilmu agama.

“Saya tak pernah tidur rumah bakal mentua. Tapi boleh meeting dan buat kerja di rumah.

“Saya suka datang sebab boleh belajar solat jemaah dan lain-lain. Belajar apa yang tak pandai.

“Saya tinggal seorang dekat Kuala Lumpur. Jadi keluarga dia, keluarga saya juga,”

– Ayda Jebat

Ayda dan Nabil telah mengikat tali pertunangan secara dalam talian pada 28 April lalu dan dijangka bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

Sumber : Gempak & IG Ayda Jebat

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Covid-19 Jadi Punca Artis Terlibat dalam Sindiket Pelacuran Kelas Atasan

Pengurus Tolak Dakwaan Kaitkan Scha Elinnea Dengan Berita Artis Jadi Pelacur Kelas Atasan