in

Penggemar Ais Krim Jadi Chef Pakar Pencuci Mulut

Penggemar Ais Krim bertukar menjadi chef pakar pencuci mulut!

Kuala Lumpur, 29 April 2011 – Ais krim merupakan kegemaran yang sejati, sama ada ia dinikmati pada waktu tengahari Ahad atau pada bila-bila masa, setiap sudu ais krim yang enak adalah satu ganjaran yang amat digemari. Kini, cuba bayangkan ais krim yang dicampurkan dengan bahan-bahan kegemaran anda.

Wall’s, jenama ais krim paling terkemuka di Malaysia, baru-baru ini memperkenalkan satu piawaian baru berorientasikan kenikmatan melalui siri ais krim Selection Gold baru yang mengetengahkan perisa-perisa unik sekaligus memberikan pengalaman gourmet dengan setiap sudu yang begitu memikat selera.

A SWEET SUCCESS -The ultimate dessert chefs walked away with big cheers and smiles from the audience.

A SWEET SUCCESS -The ultimate dessert chefs walked away with big cheers and smiles from the audience.

Rangkaian Selection Gold baru Wall’s telah dicipta untuk membelai deria anda dengan rasa serba mewah, diserlahkan dengan kombinasi buah-buahan, coklat dan kacang bagi melahirkan pengalaman penuh sensasi. Ia ditawarkan dalam tiga perisa kegemaran ramai – Chocolate Truffles, Hazelnut Brownie dan Berry Strawberry. Setiap sudu ais krim memberikan rasa kontras dengan kemanisan yang mencair bersama ledakan buah-buahan serta kacang yang begitu lazat dan enak.

Dihasilkan oleh tiga pakar kulinari terkemuka daripada Filipina, Wall’s baru-baru ini menawarkan peluang kepada warga Malaysia untuk mempamerkan kebolehan mereka dalam mencipta pencuci mulut menggunakan ais krim mewah Selection Gold baru dari Wall’s.

Bagi melancarkan acara ranggi ini, Wall’s berganding bahu bersama Hot FM bagi menganjurkan sebuah peraduan radio di mana para pendengar perlu menghantar penyertaan kreatif mereka ke laman web Hot FM dengan resipi pencuci mulut khas yang menggunakan ais krim serba mewah Wall’s Selection Gold. Setelah mengumpul sebanyak 662 penyertaan, lima penyertaan paling kreatif telah disenaraipendekkan dan peserta dikehendaki menyediakan pencuci mulut unik mereka di parti ais krim Hot FM di samping mempamerkan bakat terpendam mereka bagi menghidupkan satu pengalaman gourmet yang tersendiri.

“Wall’s Selection Gold adalah pencuci mulut ais krim mewah yang dicipta khas untuk membolehkan semua orang menikmati pengalaman gastronomik pada bila-bila masa. Bagi menyemarakkan pengalaman ini, Wall’s telah menganjurkan satu acara khas buat penggemar ais krim di mana mereka boleh menggunakan perisa tersendiri Selection Gold untuk mencipta pencuci mulut peribadi. Parti ais krim ini meraikan setiap sudu Wall’s Selection Gold dan membolehkan individu berbakat mempamerkan kreativiti khas mereka bagi menghasilkan suasana yang mencetuskan inspirasi”, kata Hugo Verkuil, Pengarah Makanan Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd.

Penggemar coklat pasti bersorak keriangan setelah menikmati keenakan fudge mewah dengan ais krim coklat pekat Wall’s Selection Gold – Chocolate Truffles yang sememangnya lebih lazat berbanding perisa biasa. Pengalaman penuh coklat ini diteruskan dengan Wall’s Hazelnut Brownie yang penuh dengan serdak pes Kacang Hazel Belgian serta brownie fudge lembut yang pasti mengubah sebarang sajian menjadi adunan yang kaya dengan coklat.

Bagi penggemar buah-buahan, Wall’s Selection Gold – Berry Strawberry menambahkan perasaan kasih sayang kepada sebarang sajian dengan ais krim French Vanilla yang lazat berserta kepingan buah strawberi yang dikeringkan yang bakal melahirkan rasa romantik.

“Memiliki adunan terbaik perisa ais krim dan keriangan meraikan detik-detik indah menikmati ais krim sememangnya satu acara khas yang layak diperingati dengan Wall’s Selection Gold. Bakal chef ais krim dan peminat Wall’s akan berpeluang  mengalami adunan unik Wall’s yang begitu lazat. Detik-detik sebegini membolehkan para peminat menikmati ais krim yang 100% tersendiri ditemani rakan-rakan dan keriangan – inilah kelaziman kami di Wall’s”, tambah Verkuil.

Ais krim Wall’s Selection Gold yang berkrim lagi lazat menjadi tumpuan utama dalam acara petang ini di mana para peminat Wall’s menikmati pencuci mulut enak yang dihasilkan oleh ‘connoisseur’ ais krim yang baru diperkenalkan. Sewaktu pemilihan ciptaan paling lazat, para hakim tidak teragak-agak untuk memilih Rabitah Binti Harun sebagai chef pencuci mulut terunggul yang memenangi hadiah utama berupa RM5,000 serta produk Wall’s Ice Cream bernilai RM100. RM500 dan produk Wall’s Ice Cream bernilai RM50 telah disampaikan kepada para peserta hebat yang lain – Zetty Asyireen Amirnudin, Adzzie Shazleen Binti Azman, Hasan Bin Amat dan Yusniza Md Yusoff yang pulang menguntum senyuman ditemani sorakan daripada hadirin lain.

Wall’s Selection Gold didatangkan dalam bekas 465ml yang ideal untuk sesiapa sahaja menikmati ais krim mengikut gaya gourmet asli. Dijual pada harga RM9.90 setiap satu, Wall’s Selection Gold boleh didapati di semua pasaraya hyper dan pasaraya di seluruh negara.

Latar belakang WALL’S

Wall’s adalah jenama ais krim yang terkemuka di Malaysia selama lebih 43 tahun. Wall’s adalah salah satu jenama syarikat multi-nasional tersohor Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd. Unilever adalah peneraju dunia di dalam industri ais krim dan telah, dalam tahun-tahun yang lalu, melancarkan pelbagai produk ais krim yang berjaya. Antara inovasi-inovasinya termasuklah Selection, Cornetto, Magnum, rangkaian Paddle Pop dan rangkaian Mini.

NEW DESSERT CHEF Rabitah binti Harun in preparation of her delicious dessert indulgence with Wall's Selection Gold ice-cream

NEW DESSERT CHEF Rabitah binti Harun in preparation of her delicious dessert indulgence with Wall’s Selection Gold ice-cream

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

A Culinary Collaboration Airasia X & Chef Shingun

Majlis Hi-Tea Untukmu Ibu Bersama Rabbani, Aishah & Siti Norbahyah