in , , ,

Pengecas Nirwayar Infinity Gauntlet Ini Boleh Dimiliki Pada Harga RM32,000

Jika anda peminat setia Marvel Cinematic Universe (MCU) pasti anda ingin memiliki ‘Infinity Gauntlet’ ini.

Apakah yang anda sanggup lakukan untuk membuktikan anda peminat tegar filem Avengers? Sudah ada peminat lain yang melakukan maraton tanpa henti kesemua filem di dalam MCU sebelum menonton filem AVENGERS: END GAME.

Bukan hanya sekadar hiasan semata-mata, malah ‘Infinity Gauntlet’ ini dicipta khas untuk kegunaan pengecasan tanpa wayar atau wireless pada telefon pintar.

Walau bagaimanapun harga untuk memilik peranti bukan lah murah kerana ia diperbuat daripada bahan emas oleh syarikat Caviar dari Rusia. 

Bagi golongan peminat yang tidak mempunyai masalah kewangan, pengecas nirwayar berbentuk Infinity Gauntlet kini boleh dimiliki.

Pengecas Nirwayar Infinity Gauntlet Ini Boleh Dimiliki Pada Harga RM 32,000
Harganya pengecas ini adalah USD$ 7660 (RM31,783).

Peranti boleh dicas di telapak tangan sarung tangan ini yang diperbuat daripada emas. Terdapat enam batu bernilai iaitu topaz, chrysolite, amethyst, garnet, citrine dan ambar.

Jika anda mampu, boleh la beli untuk mengecas telefon pintar dengan bergaya.

Pengecas Nirwayar Infinity Gauntlet

Berapakah harga yang perlu dibayar untuk memiliki pengecas nirwayar Infinity Gauntlet ini? Jawapannya ialah hanya $7660 (RM31,783) sebuah dan adalah lebih murah dari mengorbankan nyawa yang tersayang di Planet Vormir.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar Pertunjukan Pentas Fesyen Raya Anjuran LAZADA Malaysia

Mesej Positif Program Ramadan RTM, SUCINYA RAMADAN