in ,

Mesej Positif Program Ramadan RTM, SUCINYA RAMADAN

RTM tampil dengan tagline SUCINYA RAMADAN sepanjang bulan Ramadan Al-Mubarak ini dalam kempen mempromosikan program terbaik untuk saluran TV1, TV2, TV Okey dan radio terbitannya.

Merangkumi pelbagai program berbentuk keagamaan, telemovie, drama bersiri, dokumentari, majalah dan masakan tontonan seisi keluarga, RTM terus utuh dalam membariskan kandungan yang sarat dengan mesej-mesej positif.

Memilih lokasi utama, Malaysia, Kemboja dan Vietnam, program tonggak iaitu ‘Syahadah 2019 musim ke-14’yang memaparkan kehidupan masyarakat Islam yang teguh melaksanakan syariat agama Islam disiarkan setiap hari mulai 6 Mei ini, pukul 6.30 petang menerusi TV1, manakala TV2 mulai 8 Mei ini, pukul 5.00 petang.

Musafir 1

TV1 sebagai saluran utama menyiarkan 30 episod program ‘Ketuk-Ketuk Ramadan musim ke-15’ mulai 6 Mei ini, setiap hari, pukul 12.30 tengah hari.Kali ini menampilkan resepi menarik dengan artis popular Emma Maembong, Bella Astillah, Khai Bahar, Alif Satar, Syamel dan ramai lagi.

Saksikan drama bersiri 30 episod bertajuk “Aku Yang Kau Tinggalkan”lakonan Ungku Ismail Aziz, Elizad Sharifuddin, Natasya Mahyan, Adam Shadan, Safwan Nazri, Syaffiq Sahli, Husna Mustaffa dan Aedy Ashraf. Kisah tentang perkahwinan Nia dan Zaril Ikhwan atas sebab tertentu. Dalam tempoh menjaga Zaril Ikhwan, Nia mula jatuh cinta dengan suaminya.

Namun, akibat salah faham, mereka berpisah. Nia lari ke Turin, Itali meneruskan hidupnya. Takdir menentukan mereka bertemu kembali namun masih adakah jodoh mereka? Ia disiarkan mulai 6 Mei, setiap hari, pukul 7.00 malam.

Lima telemovie khas disiarkan bertajuk ‘Syiling Opah’ (18 Mei, pukul 9.00 malam), ‘Abang, Adik Patah Balik’ (25 Mei, pukul 9.00 malam), ‘Yang Terindah’ (1 Jun, pukul 9.00 malam), ‘Cincin Belah Rotan’ (12 Mei, pukul 10.00 pagi) dan ‘Budak Betul’ (26 Mei, pukul 10.00 pagi).

Diikuti program kanak-kanak khas “Ramadan Mat Jo” mulai 13 Mei ini, setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 11.05 pagidan 20 episod ‘Kuliah Ramadan 2019” mulai 6 Mei ini, setiap hari, pukul 6.00 pagi.

TV2 pula tampil dengan tiga program baharu iaitu ‘Resipi VIP Glamor”mulai 7 Mei ini, setiap Isnin hingga Sabtu, pukul 5.30 petang.Menampilkan hos Anis Al-Idrus, majalah masakan ini mengundang selebriti popular dalam 26 episod siarannya. Menyusul 13 episod drama ‘Alahai Cucu Atok’mulai 6 Mei ini, setiap Isnin hingga Rabu, pukul 3.00 petanglakonan Habiel Lutfillah Halim, Nur Qistina Raisah, Kazar Saisi, Ana Dahlia dan Wan Raja.  

Ketuk-Ketuk Ramadan musim ke-15 bersama tetamu Alif Satar

26 episod drama‘Tolong Aku Doktor Cinta’gandingan tiga pelakon utama Nina Iskandar, Puteri Aishah dan Hafreez Adam disiarkan mulai 6 Meisetiap Isnin hingga Sabtupukul 6.00 petang. Kisah konflik Hana dan Anita yang mahu membalas dendam kepada pemilik blog percintaan popular, Dr. Love Online.

Turut disiarkan program ‘Kecoh Dapur musim 3’mulai 7 Mei ini, setiap Isnin hingga Sabtu, pukul 7.00 pagi, ‘Geng Bazar’mulai 6 Mei ini, setiap Isnin hingga Sabtu, pukul 1.00 tengah hari (26 episod), ‘Musafir’ mulai 6 Mei ini, setiap Isnin hingga Sabtu, pukul 1.30 tengah hari (26 episod)dan‘Geng Tadarus’mulai 6 Mei ini, setiap Isnin hingga Sabtu, pukul 4.00 pagi (26 episod).

Alahai Cucu Atok 1

Selain itu, saluran TV Okeyjuga berkongsi sepuluh program terbaharu merangkumi program majalah 13 episod bertajuk ‘Risik-Risik Resipi Ramadan’(mulai 5 Mei, setiap Jumaat hingga Ahad, pukul 9.30 pagi)‘Kembara Iftar Dari Stockholm Ke Dublin’(mulai 7 Mei, setiap Selasa hingga Khamis, pukul 9.30 pagi)‘Biscotti siri 3’(mulai 8 Mei, setiap Rabu hingga Jumaat, pukul 11.00 pagi)‘Cuit-Cuit Ramadan’(mulai 11 Mei, setiap hari, pukul 1.00 tengah hari), dan ‘Raya Cara Kita’(mulai 23 Mei, setiap hari, pukul 2.30 petang).

Tayangan tiga drama bersiri menarik mengetengahkan tajuk ‘Sambalado’, drama Indonesia 27 episodmulai 9 Mei, setiap hari, pukul 12.00 tengah hari lakonan Ayu Ting Ting dan Vaneesa Angel. Begitu juga 13 episod ‘Anugerah Cinta Aisyah’ mulai 8 Mei, setiap hari, pukul 10.00 malammenampilkan pelakon Ruhainies, Idris Khan, PU Rizz, Hanna Aqeela dan Puteri Farah. Ia diikuti ‘Calon Menantu Tuan Rumah’ mulai 21 Mei, setiap hari, pukul 10.00 malam dibintangi oleh Hafidz Roshdi, Zara Zya, Dayana Roza, Aprena Menrose, Atikah Suhaime, Hefny Sahad, Haleeda Mazleen dan Nik Adam Mika. 

Saksikan juga program‘Sirah Anbiya’ mulai 5 Mei, setiap Sabtu dan Ahad, pukul 1.30 tengah hari,telemovie bertajuk‘Sahur Terakhir’ lakonan mantap Saharul Ridzuan, Izzue Islam, Mimi Lana dan Fauziah Nawi pada 3 Junpukul 8.00 malam

Pendengar setia saluran radio RTM turut dijanjikan dengan pelbagai program utama termasuklah ‘Jelajah Ramadan 2019’yang merupakan program tonggak saluran radio RTM setiap tahun. Skuad Jelajah Ramadan 2019 bakal menjelajah ke seluruh negara dengan berkongsi aktiviti mendekati orang ramai mulai 5 Mei 2019 hingga 28 Mei 2019

Pelancaran Flag Offdi JOHORfm pada 5 Mei 2019seterusnya ke Negeri Sembilan (7 Mei 2019)dan Melaka (8 Mei 2019). Penjelajahan diteruskan ke pantai timur dimulakan di Pahang (8 Mei 2019)Terengganu (9 Mei 2019)dan Kelantan (10 Mei 2019). Ke utara menuju ke Perlis (11 Mei 2019)Kedah (12 Mei 2019)Langkawi (13 Mei 2019)dan Pulau Pinang (14 Mei 2019). Singgah pula di Radio Ibu Pejabat pada 14 Mei 2019dan terus ke Selangor (16 Mei 2019)dan Perak (18 Mei 2019). Sabah dan Sarawak juga tidak ketinggalan. Skuad akan singgah di Keningau (15 Mei 2019)Tawau (17 Mei 2019)Labuan (18 Mei 2019),Sandakan (19 Mei 2019)dan Kota Kinabalu (21 Mei 2019). Meneruskan perjalanan ke negeri jiran, Sarawak yang bermula di Limbang (14 Mei 2019)Miri (15 Mei 2019)Bintulu (16 Mei 2019),Sibu (20 Mei 2019)Sri Aman (22 Mei 2019)dan Kuching (24 Mei 2019)Penutup Jelajah Ramadan 2019bertempat di Wisma Radio, Angkasapuri pada28 Mei 2019.

Radio Klasik berkongsi dengan pendengar program tazkirah muzikal, ‘Safeenatur Ramadan’, dan‘Resepi Warisan’ yang menjemput chef selebriti terkenal berkongsi resepi untuk sahur dan berbuka puasa.

NASIONALfmpula tampil dengan ‘Raudhah Edisi Khas : Risalah Ramadan’‘Nidaa’ Ul Islam Edisi Khas Ramadan’, dokumentari ‘NASIONALfm Ambil Tahu Siri 3/ 2019’dan ‘CSR NASIONALfm Ambil Tahu Siri 4/ 2019’. KLfm turut mengetengahkan program ‘Nak Tahu Ustaz… Ramadan Qareem’ dan‘Kasih Kepada Kekasih Edisi Ramadan’.

Sementara radio berbahasa Inggeris RTM, TRAXXfm menyediakan dua program iaitu ‘Ramadan Specials’, perkongsian pengalaman memeluk agama Islam oleh pendakwah bebas Bro Lim Jooi Soon dan ‘Reflections Ramadan’,mengenai keistimewaan Ramadan oleh Dr Shaik Saifuddin Salleh dari IKIM.

Saluran radio ASYIKfmyang majoriti pendengarnya terdiri daripada kaum orang asli tampil dengan program ceramah bertajuk ‘Suci Hanem’,‘program CSR sempena Jelajah Ramadan 2019’dan ‘Sucinya Ramadan’, siaran lagu-lagu berunsur ketuhanan. 

Pengisian radio MINNALfm pula dua program ceramah bertajuk ‘Raudatul Muttaqin – Sahar Sinhanai’,dan ‘Hikmah Ramadan’juga ‘Motivasi Ramadan’. Begitu juga saluran AiFM dengan program bicarawara menggalakkan pendengar berpuasa dalam ‘Ai Ceria’,temu bual memperkenal bazar Ramadan dalam ‘Ai Melancong’, interaksi nilai murni bulan Ramadan dalam ‘Ai Aksi’dan sketsa ‘Kasih Sayang di 893’.

babak dalam telemovie Sahur Terakhir
babak dalam drama bersiri Tolong Aku Doktor Cinta

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pengecas Nirwayar Infinity Gauntlet Ini Boleh Dimiliki Pada Harga RM32,000

Amerul Affendi

Komen Amerul Affendi Selepas Menang Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik AIFFA 2019