in ,

Pengarah Drama Opah, Mat Yusoff Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Pengarah drama bersiri popular era 1980-an, Opah, Mat Yusoff Ismail menghembuskan nafas terakhir pada usia 74 tahun akibat pandemik COVID-19 di Hospital Kuala Lumpur (HKL), jam 9 malam tadi.

Berita pemergian pengarah senior yang juga ahli Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia (PKAVM) itu disahkan oleh anak sulungnya, M Yusri Mat Yusoff.

“Arwah bapa dimasukkan ke HKL sejak Isnin lalu. Namun, sebelum ini keadaannya sudah semakin pulih. Namun, Allah lebih menyayanginya apabila menghembuskan nafas terakhir, semalam.

“Selain jangkitan COVID-19, arwah mempunyai komplikasi penyakit lain termasuk kencing manis.

“Arwah tinggal bersama ibu di Damansara Damai. Lebih menyedihkan, ibu juga disahkan positif COVID-19 dan sedang melakukan kuarantin kendiri di rumah adik di Selayang.

“Apa yang merisaukan, ibu berusia 72 tahun juga sudah semakin uzur,”

– M Yusri
Pengarah Drama Opah, Mat Yusoff  Meninggal Dunia Akibat COVID-19
Allahyarham Mat Yusoff Ismail mula berkecimpung dalam kerja di balik tabir termasuk bergelar pengarah dan penerbit lebih empat dekad lalu. – Foto PKAVM

M Yusri berkata, jenazah arwah bapanya dijangka disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah KL-Karak (Taman Selasih), Batu Caves, petang ini.

“Saya sedang menguruskan jenazah arwah, ketika ini. Lagipun, kematian akibat COVID-19, jadi perlu menjalani beberapa prosedur sebelum dikebumikan, petang ini,”

– M Yusri

Allahyarham Mat Yusoff mula berkecimpung dalam kerja di balik tabir termasuk bergelar pengarah dan penerbit lebih empat dekad lalu.

Bagaimanapun, M Yusri berkata, arwah bapanya mula memperlahankan rentak dalam dunia seni sudah agak lama. Sebelum ini, arwah banyak bergerak sebagai karyawan bebas.

Pengarah Drama Opah, Mat Yusoff  Meninggal Dunia Akibat COVID-19
Jenazah pengarah drama bersiri popular era 1980-an, Opah, Mat Yusoff Ismail sedang menjalani beberapa prosedur di Hospital Kuala Lumpur sebelum dikebumikan, petang ini. – Foto M Yusri Mat Yusoff

“Arwah bapa antara pengarah yang bertanggungjawab mengarahkan drama bersiri popular, Opah yang disiarkan di RTM pada 1983.

“Seingat saya, arwah bapa juga pernah menjadi penolong penerbit untuk filem Layar Lara arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba,” katanya.

– M Yusri

Allahyarham Mat Yusoff meninggalkan seorang isteri, dua cahaya mata dan enam cucu.

*Sumber: BH Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

RIM Tubuh Dana Tabung Kecemasan, Bantu Pengamal Industri Muzik Yang Terkesan

Ebit Lew Tampil Buat Live Dedah Jawab Segala Tuduhan, Tapi Ada Satu Soalan Buat Nadir