in , ,

Ebit Lew Tampil Buat Live Dedah Jawab Segala Tuduhan, Tapi Ada Satu Soalan Buat Nadir

Pendakwah bebas, Ebit Lew meminta Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman mengemukakan bagaimana duit sumbangan rakyat Malaysia diagihkan untuk penduduk di Palestin.

Ebit Lew dalam sidang akhbar yang disiarkan secara langsung di Instagramnya tadi berkata, dia tidak membawa duit sesiapa daripada kutipan tabung kerana pihak tidak pernah membuka sebarang tabung Gaza.

“Saya pergi sana dengan duit saya sendiri dan tidak pernah buka satu tabung pun untuk ke Gaza, Palestin. Saya pergi dengan duit saya bersama sahabat yang sangat rapat dengan saya dan juga ada beberapa rakan di Facebook yang menyumbang.

“Ramai maki saya dakwa saya bawa duit Malaysia ke sana, dalam Live Muhammad Nadir Al-Nuri sebelum ini dia pernah sebut beliau mengumpul duit sumbangan yang berjumlah RM20 juta, jadi soalan itu sebenarnya berbalik kepada beliau di mana duit itu?

“Saya yakin dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sana, tetapi saya mahu balikkan soalan itu kepada dia, di mana sumbangan RM20 juta, ada resit ada bukti?,”

Ebit juga menjawab persoalan yang dibangkitkan Muhammad Nadir Al-Nuri mengapa pihaknya membeli barang keperluan di Cairo, Mesir, di mana katanya persoalan itu sepatutnya tidak dibangkitkan kerana satu-satunya NGO dibenarkan ialah Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir.

“Sebenarnya soalan ini tidak patut wujud, kerana satu-satunya NGO yang dibenarkan ialah Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir.

“Hal-hal bantuan memang melalui persatuan Bulan Sabit Merah Mesir. Saya beli barang perubatan empat lori di Mesir, semua sudah masuk. Di Gaza juga saya ada beli barang sumbangan. Saya guna juga duit saya beli barangan di Mesir,”

Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew hari ini mena.fikan segala t.uduhan yang dilemparkan terhadapnya oleh beberapa individu adalah tidak benar dan bersifat fi.tnah semata-mata.

Menurutnya, tu.duhan tersebut tidak berasas sama sekali sekali gus menyangkal d.akwaan yang dilemparkan terhadapnya.

“Segala pertuduhan itu tidak benar, saya ada bukti. Hari ini, saya buat laporan polis dan polis minta saya agar tidak memanjangkan lagi i.su ini.

“Jadi, saya serahkan kes ini kepada peguam untuk t.indakan selanjutnya sama ada untuk s.aman malu atau sebagainya.

Selagi pegawai penyiasat belum rakam percakapan, saya tak boleh bercakap lebih-lebih hari ini.

“Lagi satu saya nafikan bahawa saya tidak membuka satu pun tabung untuk G.aza, semua kerja amal saya ke sana guna duit saya sendiri,”

Terdahulu beliau tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi kira-kira pukul 6.15 petang dengan kereta jenis Toyota Alphard berwarna putih dengan diiringi dua buah kenderaan lain.

Jelasnya, laporan polis itu dibuat berkisar kepada d.akwaan yang dibuat oleh Caprice atau pemilik nama sebenar, Ariz Ramli dan juga Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman.

Sementara itu, Datuk Hasnal Rezua Merican selaku peguam yang mewakili beliau berkata, laporan polis dibuat bagi membolehkan siasatan dilakukan jika wujud unsur-unsur fitnah berbentuk jenayah terhadap anak guamnya.

“Kita akan mulakan tuduhan sivil kepada mana-mana pihak yang mengulangi fitnah terhadap anak guamnya dan akan heret mereka yang tidak bertanggungjawab ke mahkamah,”

Terdahulu, kecoh di media sosial mengenai perb.alahan antara penyanyi rap, Caprice yang ingin mend.edahkan sesuatu mengenai kehadiran Ebit bersama pasukannya di G.aza, P.alestin baru-baru ini.

Ia disusuli dengan dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman yang menuduh Ebit menggunakan syarikat Hala yang mengenakan bayaran mahal bagi membolehkannya memasuki Palestin.

Ebit Lew Mahu Nadir Al-Nuri Jelaskan Pula Tentang Sumbang RM20 Juta Yang Diterima Daripada NGO

Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew tampil menjelaskan mengenai beberapa perkara yang telah dibangkitkan oleh Nadir Al-Nuri.

Ebit berkata, antara yang ditegaskan olehnya adalah pemergiannya ke Gaza adalah menggunakan duitnya sendiri dan dia tidak pernah membuka satu tabung pun untuk pergi ke sana.

“Saya pergi ke sana dengan duit sendiri, tak pernah buka satu tabung pun untuk pergi Gaza. Ada beberapa sahabat yang rapat dengan saya yang menyumbang.

“Malah, tiket penerbangan juga saya mendapat tajaan daripada Turkish Online. Yang lain semua saya pakai duit sendiri,” jelasnya.

Dalam pada itu, menjelaskan mengenai proposal yang dihantar kepadanya, Ebit berkata antara isi kandungannya adalah mengenai sebut harga untuk kotak sumbangan.

Jelasnya, selain Nadir, pihaknya juga telah mendapatkan beberapa sebut harga daripada pihak lain.

“Mengenai proposal yang dihantarnya itu, antara kandungan ialah dia menyatakan sebut harga tentang harga kotak makanan untuk sumbangan iaitu sebanyak USD40 (RM160) sekotak.

“Kemudian pihak kami mendapat sebut harga iaitu sebanyak USD20 dengan jumlah barang yang sama. Saya pun tak pernah persoalkan kenapa Nadir letak harga yang sebegitu,” ujarnya.

Mengenai tuduhan dia membayar pihak tertentu berjumlah ratusan ribu ringgi untuk masuk ke Gaza, Ebit Lew menegaskan ia satu fitnah dan dia sendiri tidak mengetahui mengenai syarikat Hala seperti yang diperkatakan oleh Nadir.

Jelasnya, sebelum pihaknya juga telah berhubung dengan Mile Of Smile dalam usaha untuk memasuki Gaza.

“Sebelum datang saya dah call dan berkomunikasi dengan Mile Of Smile dan mereka charge RM50,000 satu kepala. Saya uruskan beberapa nama dan proses tu gagal.

“Untuk masuk ke sana perlu ada dua kelulusan iaitu pertama kelulusan kerajaan Mesir dan kedua kelulusan tentera dan yang paling lama tunggu adalah kelulusan pertama,” ujarnya.

Menurut Ebit, untuk mendapatkan kelulusan pertama, dia telah memohon menerusi kedutaan Malaysia di Mesir dan tidak sangka ia lulus.

Bagaimanapun, apa yang menjadi halangannya adalah pihaknya tidak mendapat kelulusan tentera.

“Pada mulanya kami nak balik sebab kelulusan tentera tak dapat. Kemudian pihak tentera ada beritahu mengenai satu syarikat yang boleh urusakan.

“Syarikat tersebut ialah Lucky Tour dan mereka hanya mengenakan bayaran sebanyak USD2500 (RM10,000) sahaja untuk satu kepala,” katanya.

Jelasnya, tempoh untuk dia dan pasukannya masuk ke Gaza adalah selama 33 hari dan menyatakan semuanya yang berlaku atas pertolongan Allah.

Dalam pada itu, Ebit juga turut mempersoalkan mengenai kutipan sebanyak RM20 juta yang diterima oleh Nadir daripada pelbagai NGO di Malaysia.

Jelasnya, prinsipnya sebelum ini adalah tidak mencampuri urusan orang lain, tetapi kini dia perlu bersuara apabila dirinya dipersoalkan.

“Saya tak bawa duit siapa-siapa… tak pernah buka tabung Gaza… Mengenai duit RM20 juta yang diserahkan kepadanya oleh beberapa NGO… dia patut jawab duit RM20 juta tu kat mana?

“RM20 juta tu ke mana sekarang… Kat akaun siapa? Dah transfer kat siapa? Prinsip saya tak campur hal orang lain. Patut check dia.. mana bukti resit? Tuduhan pasal duit Gaza, saya pakai duit sendiri. saya ada bukti,” tegasnya.

Pada masa sama, dia turut memaafkan mana-mana pihak yang telah mencaci maki dirinya sejak isu berkenaan timbul.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pengarah Drama Opah, Mat Yusoff Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Sinopsis Drama SITIK TOK & Drama MATA KETIGA Menemui Penonton TV3